Twitter hari ini mengemaskini terma untuk pengguna berbayar Twitter Blue, sekaligus menyatakan kini pengguna boleh memuat-naik video sehingga sepanjang atau berdurasi 2 jam lamanya. Ini sekaligus akan membolehkan lebih banyak video diterbitkan pada platform berkenaan, tanpa perlu memotong ia kepada beberapa bahagian. Dari segi saiz pula, Twitter membenarkan setiap fail video itu bersaiz mencapai 8GB. Namun, untuk masa ini, resolusi video masih dihadkan kepada 1080p sahaja.
Categories