7-Eleven Malaysia kini mengesahkan telah melepaskan kepentingan 75% dalam Caring Pharmacy kepada BIG Pharmacy setelah Convenience Shopping (Sabah) Sdn Bhd menerima tawaran peralihan kepentingan pada nilai pertimbangan RM637.5 juta. Untuk makluman CSSSB adalah anak syarikat milik penuh 7-Eleven Malaysia Holdings. Namun pengambil-alihan ini tidak termasuk akan operasi Indonesia.