Pemindahan organ rentas spesis (xenotransplan) ialah antara penyelesaian kepada isu kekurangan organ. Khinzir menjadi haiwan pilihan kerana ia mempunyai banyak persamaan dengan organ manusia serta boleh diternak pantas sebelum organ “dituai” untuk kegunaan manusia. Terkini penyelidik dari NYU Langone Health mengumumkan kejayaan ginjal khinzir bertahan selama 32 hari selepas dipindahkan ke dalam tubuh manusia.
Categories
Ginjal Khinzir Beroperasi Normal Sebulan Selepas Dipindahkan Ke Tubuh Manusia
