Categories
Teknologi

Android 13 Kini Dilancarkan

Google hari ini telah melancarkan sistem operasi terbaru mereka, Android 13. Ia menyertakan sejumlah ciri baharu seperti lebih kawalan kustomasi, kawalan privasi, dan sekuriti ditambah-baik. Buat masa ini, ia hanya ditawarkan untuk telefon Google Pixel sahaja. Pengeluar telefon lain dijangka menawarkan kemaskini Android 13 dalam beberapa bulan lagi.

Categories
Teknologi

Perodua Bakal Perkenal Platform Tempahan Kereta Digital Tersendiri Pada November 2022

Perodua, pengeluar kenderaan terkemuka Malaysia, kini merancang untuk memperkenalkan platform tempahan digital mereka tersendiri, menjelang November tahun ini. Ini akan memudahkan pengguna memilih pengedar, seterusnya memilih model kenderaan, dan melakukan bayaran yuran tempahan dengan mudah.

Categories
Kewangan Semasa

Touch n Go eWallet Kini Mudahkan Tempahan Barangan Runcit

Touch n Go eWallet kini menambah integrasi tempahan barangan runcit melalui aplikasi mini, hasil kerjasama dengan KK Mart. Dengan langkah ini, sebuah ikon KK Mart disediakan, membolehkan pengguna menambah barangan, dan melakukan bayaran terus melalui integrasi aplikasi dompet digital tersebut.

Categories
Teknologi

Apple Dijangka Tambah Lebih Banyak Paparan Iklan Pada Aplikasi Terbina Di iPhone

Apple pada hari ini sedia menyertakan pengiklanan pada AppStore, dan kini hadir laporan baharu Apple ingin menggandakan pendapatan melalui pengiklanan. Justeru, pengguna dijangka akan dapat melihat paparan iklan pada aplikasi Apple lain, seperti Apple Maps, Apple Podcast, dan lain-lain.

Categories
Gaya Hidup

Kasut Kulit Ini Mempunyai Bahagian Belakang Yang Lembut Untuk Disarung Seperti Selipar

Sebuah firma di Jepun kini hadir dengan rekaan kasut dinamakan Borderless Genuine Leather Shoes, menawarkan rekaan bahagian belakang berhampiran tumis kasut yang lebih lembut berbanding bahagian kasut lain. Ini sekaligus memudahkan pemilik sarung kasut seperti selipar, dan tidak merosakkan bahagian belakang kasut tersebut.

Categories
Semasa Teknologi

UAE Ingin Bangunkan Kapal Selam Berbentuk Ikan Pari

UAE kini sedang membina kapal selam Kronos, yang mengambil inspirasi dari ikan pari. Kapal selam ini mempunyai tingkap di hadapan, membolehkan krew melihat terus ke luar kapal ketika menyelam. Ia boleh memuatkan 10 orang, menyelam sehingga 100 meter, dengan kelajuan mencecah 50km/j.

Categories
Semasa

Kerajaan Sasar 300,000 Pekerjaan Kemahiran Tinggi Tersedia Untuk Belia, Menjelang 2025

Dengan perkembangan dunia, kini MITI menyasarkan sebanyak 300,000 pekerjaan kemahiran tinggi akan tersedia menjelang 2025, memfokuskan kepada golongan belia. Langkah ini termasuk dalam terus mengekalkan Malaysia sebagai destinasi pelaburan dari pelbagai negara.

Categories
Faktaria Sains

Siput Dengan Perisai Bersisik Ditemui Di Lautan Hindi

Sejenis siput baharu kini ditemui di Lautan Hindi, dimana siput tersebut mungkin mempunyai gaya hidup ekstrem, membawa kepada rongga pada badan yang mengeluarkan kimia, membentuk sisik besi dan melekat pada cengkerang. Ini sekaligus membentuk perisian pada badan siput tersebut yang hidup pada kedalaman laut sekitar 2400 meter.

Categories
Teknologi

6 Syarikat Malaysia Bersetuju Dengan Pegangan Pada DNB

Enam syarikat telekomunikasi utama negara, iaitu Celcom, Digi, Maxis, U Mobile, Telekom Malaysia dan juga Yes kini telah bersetuju mendapatkan pegangan pada Digital Nasional Berhad, dan kini dalam perancangan untuk menyelesaikan terma penawaran perkhidmatan seperti harga dan sebagainya sebelum mula tawarkan khidmat 5G kepada pengguna akhir.

Categories
Teknologi

Rusia Hasilkan Laptop Guna Cip Tersendiri, BitBlaze BM15

Disebabkan oleh sekatan ekonomi terhadap Rusia, kini negara tersebut mula menghasilkan beberapa perkara secara sendiri. Terbaru, sebuah komputer riba dinamakan BitBlaze Titan BM15 diperkenalkan, iaitu sebuah komputer riba yang dihasilkan di Rusia, termasuk guna cip keluaran Rusia, dinamakan Baikal-M.