Categories
Gaya Hidup

Tealive Memperluaskan Penawaran Minuman Kopi – Akan Dijenamakan Sebagai Coffee By Tealive

Syarikat induk Tealive sedia mempunyai penawaran seperti BaskBearCoffee untuk segmen kopi. Tetapi, ia tidak menghentikan mereka untuk hadir dengan sebuah penawaran kopi terus dibawah Tealive, dijenamakan Coffee By Tealive. Buat masa ini, menu yang ditawarkan agak terhad, tetapi dijangka akan diperluaskan secara berperingkat oleh pihak Tealive.

Categories
Semasa

55% Pekerja Muda Di Malaysia – Tidak Gusar Untuk Berhenti Kerja, Jika Tiada Keseimbangan

Mengikut tinjauan terbaru, ia didapati 55% golongan pekerja muda antara usa 25 tahun ke 34 tahun, tidak khuatir untuk berhenti kerja sekiranya tidak memiliki keseimbangan dalam tugasan dan rutin peribadi. Lebih 80% juga ingin memiliki kebebasan masa bekerja, dan lokasi bekerja.

Categories
Sains Teknologi

Kubota Glasses Direka Untuk Merawat Rabun Jauh Tanpa Pembedahan

Kubota Glasses merupakan sebuah kaca mata khusus direka untuk merawat myopia aksial. Ini dijayakan dengan lampu dipancarkan ke retina pemakai. Ini akan membuatkan objek dekat kelihatan kabur dan memaksa lensa mata untuk memfokus objek jauh, sekaligus untuk jangka masa panjang, mengatasi masalah rabun jauh.

Categories
Sains

China Mengatasi Amerika Syarikat Dari Segi Kualiti Dan Kuantiti Kajian Saintifik

China kini menjadi peneraju di dunia dari segi output kajian saintifik, termasuk kajian berimpak tinggi. Secara purata, China menerbitkan sekitar 407,181 kajian setiap tahun, jauh dihadapan Amerika Syarikat yang menerbitkan sekitar 293,434 jurnal kajian. Ia juga didapati kajian China meliputi 27.2% daripada pada 1% kajian paling banyak dipetik.

Categories
Sukan

RTM Akan Siarkan 27 Perlawanan Piala Dunia 2022 Qatar Secara Langsung, Termasuk Perlawanan Akhir

Kerajaan kini mengesahkan orang ramai boleh menonton perlawanan kejohanan Piala Dunia 2022 Qatar secara percuma melalui tiga saluran, iaitu TV2, TV Okey dan juga Sukan RTM – selain strim melalui RTM Klik. Sebanyak 27 perlawanan akan disiar secara langsung, termasuk perlawanan akhir – selain 14 perlawanan dalam bentuk siaran tertunda.

Categories
Teknologi

Jepun Menggunakan Robot Untuk Susun Stok Barangan Di Kedai Runcit

Di Jepun, sebuah syarikat robot menggunakan robot untuk susun stok di rak-rak jualan barangan di kedai runcit. Ini sekaligus mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja manusia. Robot ini boleh menyusun sehingga 1000 unit barangan setiap hari, termasuk botol dan juga tin minuman. FamilyMart turut akan melakukan ujian rintis guna robot ini.

Categories
Teknologi

Majoriti Besar Telefon Android Masih Menggunakan Sistem Operasi Versi Lama

Bagi telefon Android, ia dilihat kemaskini untuk versi baharu masih menjadi salah satu cabaran besar. Mengikut data terbaru, Android 12 yang dikeluarkan pada tahun lepas, hanya dinikmati oleh sekitar 13.3% peranti Android aktif seluruh dunia buat masa ini. Google dijangka memperkenalkan Android 13 tidak lama lagi.

Categories
Gaya Hidup

Tahukah Anda? 5 Jenis Kain Yang Tidak Sesuai Dicuci Menggunakan Pelembut Fabrik

Pada hari ini, penggunaan pelembut fabrik telah menjadi kebiasaan ketika membasuh pakaian pada mesin. Tetapi, tahukah anda, terdapat 5 jenis fabrik yang tidak sesuai dicuci guna pelembut fabrik, iaitu pakaian sukan, tuala mandi, tuala dapur mikrofiber, pakaian kalis api dan juga fabrik kalis air.

Categories
Sukan

PM Umum Setiap Negeri Sekurangnya Satu Litar “Drag” Untuk Perkasa Sukan Permotoran Negara

Perdana Menteri kini mengumumkan setiap negeri di Malaysia akan mempunyai sekurang-kurangnya satu litar untuk kegunaan drag race. Cadangan ini dijangka akan dimasukkan dalam Belanjawan 2023 yang bakal dibentangkan pada Oktober kelak.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Samsung Galaxy Buds 2 Pro Boleh Kenal Pasti Postur Kepala, Beri Peringatan Regangkan Leher

Disebabkan penggunaan peranti, kita sering melihat kebawah, dan bukan ke hadapan. Ini sekaligus memberikan tekanan pada leher, dan mungkin memberi kesan jangka masa panjang. Dalam membantu pengguna, kini fon telinga terbaru Samsung hadir dengan ciri memantau posisi postur kepala, dan beri peringatan kepada pengguna untuk regangkan leher.