Categories
Semasa

Anda Kelak Boleh Guna Lesen Memandu Malaysia, Di Maldives

Malaysia dan Republik Maldives kini telah memeterai kerjasama, sekaligus mengiktiraf lesen memandu domestik yang dikeluarkan oleh setiap negara. Dengan langkah ini, anda boleh menggunakan lesen memandu Malaysia di Maldives, dan juga sebaliknya tanpa perlu melakukan sebarang proses tambahan. Pengenalan ini akan berkuat-kuasa mulai Isnin, 12 September 2022.

Categories
Teknologi

K-KOMM Akan Memperkenalkan Aplikasi Anti-Godam

Dengan pelbagai perkara melibatkan keselamatan siber yang semakin merisaukan, kini Menteri Kementerian Komunikasi dan Multimedia, mengatakan kelak sebuah aplikasi anti-godam akan diperkenalkan. Buat masa ini, maklumat penuh berkaitan dengannya masih belum dikongsikan lagi.

Categories
Teknologi

Menjelang 2025, Samsung Sasar Lebih 50% Telefon Premium Mereka Adalah Telefon Boleh-Lipat

Samsung sedia menawarkan dua keluarga telefon dengan skrin boleh-lipat pada hari ini. Berkongsi hari ini, Samsung sasar kategori produk ini akan meliputi lebih 50% pasaran produk premium mereka – sekaligus memperlihatkan akan mengatasi jualan siri Galaxy S kelak.

Categories
Sains

Wajah “Penang Woman” Yang Hidup 5000 Tahun Lalu, Dihasilkan Pasukan USM Menggunakan Teknik Forensik

Tahun lepas, kita telah melihat wajah Orang Perak dipertontonkan hasil penyelidik USM. Kini, pasukan sama turut menggunakan teknik forensik dan hadir dengan wajah “Penang Woman” berdasarkan kepada penemuan di Guar Kepah pada 2017 lepas. “Penang Woman” dianggar hidup sekitar 5000 tahun lalu, dan meninggal dunia pada usia 30 ke 35 tahun.

Categories
Sains

Ahli Astronomi Mungkin Telah Menemui Planet Termuda Di Galaksi Setakat Ini

Sekumpulan ahli astronomi kini mungkin telah menemui planet yang paling termuda dalam galaksi. Melalui kertas kajian yang diterbitkan, ia dijangka berusia sekitar 1.5 juta tahun sahaja. Sebagai perbandingan, Bumi dianggar berusia sekitar 4 bilion tahun.

Categories
Semasa

Mark Cuban : Membeli Hartanah Maya Di Metamesta Adalah Idea Paling Dungu

Mark Cuban, salah seorang bilionwan yang popular, termasuk menjadi juri Shark Tank, kini menyatakan membeli hartanah maya di alam metamesta adalah salah satu idea yang paling dungu atau tidak bijak. Ini kerana ia tidak terhad seperti di dunia nyata, dan tidak membawa kepada nilai sebenar.

Categories
Sukan

Piala Futsal Malaysia Akan Diadakan Pada Ogos 2023

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kini mengumumkan Piala Futsal Malaysia akan diadakan pada Ogos 2023 kelak, selain mana saingan Malaysia Premier Futsal League (MPFL) akan berlangsung bermula Februari 2023. Maklumat lanjut dijangka akan dikongsikan apabila semakin menghampiri kejohanan tersebut.

Categories
Gaya Hidup

Disney Kini Mempunyai Lebih Ramai Pelanggan Berbayar Perkhidmatan Penstriman, Berbanding Netflix

Disney kini mencatatkan peningkatan pelanggan perkhidmatan penstriman video, sekaligus mengatasi angka pengguna Netflix. Walaubagaimanapun, angka Disney ini bukan terhad kepada Disney+ semata, tetapi turut meliputi Disney+ Hotstar, Hulu dan juga ESPN.

Categories
Teknologi

Google Membuka Penawaran Rantau Malaysia Pada Google Cloud

Google hari ini secara rasminya mengumumkan sokongan pembukaan rantau Malaysia pada Google Cloud. Ia sekaligus akan melihat Google melabur pada infrastruktur Google Cloud di Malaysia, sekaligus menawarkan masa pendam lebih rendah untuk pengguna tempatan yang mengakses perkhidmatan menggunakan Google Cloud.

Categories
Gaya Hidup Semasa

Johnson & Johnson Akan Tamatkan Pengeluaran Bedak Bayi Talkum Menjelang 2023

Johnson & Johnson kini mengumumkan mereka akan menamatkan pengeluaran bedak talkum untuk bayi secara global menjelang 2023. Ini disebabkan oleh penurunan permintaan produk di kebanyakkan negara, selain isu keselamatan penggunaan bedak bayi J&J.