Categories
Semasa

45.2% Pengguna Khidmat Bas Percuma GoKL Adalah Warga Asing – Mungkin kelak Akan Dikenakan Caj

Mengikut data terbaru, sekitar 45.2% pengguna kemudahan bas percuma GoKL adalah warga asing. Susulan itu, ia kini dipertimbangkan yang mana pengguna warga asing mungkin dikenakan caj sebanyak RM1 – dan membolehkan sekitar RM9.2 juta dijana negara setiap bulan.

Categories
Semasa

PRU15 Dianggarkan Kos Sekitar RM1 Bilion Sekiranya Dilaksanakan

Ia dianggarkan kos perbelanjaan untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 akan menelan belanja sekitar RM1 bilion. Kos ini adalah lebih tinggi berbanding sebelum ini, dikatakan mengambil-kira pertambahan jumlah pengundi. Sekitar 21.1 juta pengundi dijangka mengundi pada PRU15 kelak.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Kelak, WhatsApp Akan Bolehkan Anda Tinggalkan Group Secara Senyap

Pada hari ini, apabila keluar daripada sesuatu WhatsApp Group, ia akan papar notifikasi kepada pengguna lain – sekaligus menjadikan ada yang tidak selesa untuk keluar Group. Kini, WhatsApp nyatakan perkara ini akan berubah dan kemaskini baru tidak lama lagi akan bolehkan pengguna tinggalkan Group tanpa sebarang notifikasi.

Categories
Semasa

Jemaah Menteri Malaysia Akan Menggunakan Kereta Elektrik Bermula 2023

Jemaah Menteri Malaysia kini disasar untuk mula menggunakan kereta elektrik bermula 2023. Ini adalah sebahagian usaha dalam mengurangkan pencemaran. Buat masa ini, ia masih pada peringkat awal, dan pelbagai perkara berkaitan, termasuk kos yang terlibat masih tidak dikongsikan lagi.

Categories
Kewangan Semasa

DOSM : Lebih 2.7 Juta Penduduk Malaysia Selesa Bekerja Sendiri

Jabatan Perangkaan Negara (DOSM) kini berkongsi berkenaan dengan tenaga buruh di Malaysia, dimana terdapat 15.7 juta pekerja pada suku kedua 2022. Daripadanya, 17.7% atau lebih 2.7 juta orang bekerja sendiri. Angka ini memperlihatkan peningkatan 70 ribu orang berbanding suku pertama 2022 lepas.

Categories
Kewangan Semasa

45% Rakyat Malaysia Didapati “Cukup-Cukup Makan” – Susulan Kenaikan Kos Sara Hidup

Mengikut kajian terbaru, sekitar 45% rakyat Malaysia ketika ini hanya memiliki status kewangan “cukup-cukup makan”, disebabkan tekanan kos sara hidup yang tinggi. Sekitar 7% rakyat Malaysia pula berada dikedudukan kewangan “hidup selesa”.

Categories
Semasa

Pereka Fesyen Sebalik “Turtle Neck” Steve Jobs Meninggal Dunia

Issey Miyake, salah seorang pereka fesyen dari Jepun yang popular, termasuk merekabentuk baju leher tinggi (turtle neck) dipakai Steve Jobs, kini meninggal dunia pada usia 84 tahun. Sepanjang kerjaya, beliau telah hadir dengan sejumlah perkara, termasuk beberapa kaedah lisu fabrik, serta memenangi sejumlah anugerah.

Categories
Semasa

Syarikat Induk TikTok, Bytedance Membeli Rangkaian Hospital Di China

Syarikat disebalik aplikasi popular TikTok, iaitu Bytedance, kini telah mengambil-alih dan membeli salah satu rangkaian hospital di China, memfokuskan kepada wanita dan kanak-kanak, iaitu Amcare Healthcare. Amcare sedia mempunyai 7 hospital dibawahnya, selain beberapa pusat kesihatan lain. Bytedance membayar sekitar RM6.6 bilion untuk membelinya.

Categories
Gaming Gaya Hidup

99% Pelanggan Netflix Tidak Mengakses Netflix Games

Selain penstriman video, sejak tahun lepas, Netflix telah memperkenalkan ciri Netflix Games – iaitu sejumlah permainan pada Android dan iPhone. Walaubagaimanapun, mengikut data, hanya kurang 1% pengguna sahaja yang mengakses Netflix Games buat masa ini.

Categories
Teknologi

Xiaomi Kini Jenama Telefon Nombor Satu Di Malaysia – Pegang 30% Pasaran

Canalys kini telah mengeluarkan data telefon pintar yang terjual di Malaysia pada suku kedua 2022 lepas, memperlihatkan Xiaomi menduduki tangga pertama dengan pegangan 30%, diikuti Samsung dengan 20%. Oppo dan Vivo mempunyai pegangan 14%. Pada kedudukan kelima adalah Realme dengan pegangan 8%.