Apple hari ini telah memperkenalkan sokongan pembayaran nirtunai menggunakan iPhone atau Apple Watch, dinamakan Apple Pay. Ia diperkenalkan dengan sokongan daripada tiga bank, iaitu Maybank untuk kad kredit, debit serta prabayar, sementara hanya kad kredit untuk bank Ambank dan Standard Chartered.