Categories
Gaming

Malaysia Menang Pingat Emas Acara eFootball (Open) Pada Kejohanan Esukan Komanwel

Malaysia kini mencatatkan sejarah apabila berjaya membawa pulang pingat Emas pada acara esukan eFootball (Open) yang dianjurkan pada Kejohanan Esukan Komanwel. Acara ini diwakili Nor Haikal Noh, yang turut merupakan wakil juara Liga Super Malaysia, JDT. Malaysia tewaskan Scotland dengan skor 2-0 pada acara akhir.

Categories
Teknologi

Tesla Ingin Pertontonkan Prototaip Robot Berbentuk Manusia Pada September

Elon Musk kini berkongsi menyatakan Tesla akan mempertontonkan prototaip awal untuk robot berbentuk manusia mereka seawal September ini. Ia dinamakan Optimus, dijangka akan memudahkan manusia dalam melakukan tugasan mudah dan berulang.

Categories
Semasa Teknologi

SKMM : Awas Dengan Scam Penipuan Yang Dihantar Melalui SMS “GOV” Berkenaan Bantuan Kewangan

SKMM kini beri peringatan kepada orang ramai, agar berwaspada dengan SMS daripada ID “GOV” menggunakan nama MySejahtera, mengatakan bantuan khas kewangan telah dikreditkan ke akaun TNG eWallet. SKMM mengatakan ID penghantar “GOV” telah disalahguna oleh pihak tidak bertanggungjawab, dengan memanipulasikan ID untuk tujuan penipuan.

Categories
Semasa

Alibaba Ingin Bina Bangunan Paling Tinggi Di Singapura

Alibaba, salah satu syarikat dari China yang popular dalam arena edagang, dan juga pemilik Lazada, kini mengumumkan bakal membangunkan bangunan paling tinggi di Singapura. Bangunan ini dijangka akan setinggi 305 meter, dengan 63 tingkat keseluruhannya dan bakal siap dibina sekitar 2028 kelak.

Categories
Teknologi

YouTube Premium Membolehkan Anda Zum Dalam Video

Sering kali kita melihat video berkaitan dunia penyiasatan yang zum ke dalam video untuk melihat sesuatu perkara dengan jelas. Kini, YouTube turut menambah ciri tersebut, membolehkan anda zum sehingga 2x. Buat masa ini, ciri ini terhad kepada pelanggan berbayar sahaja.

Categories
Gaya Hidup

McDonald’s Kini Sokong Pembayaran Menggunakan Boost, Perbankan Internet Untuk Ciri Pesan & Ambil

McDonald’s menerusi ciri Pesan & Ambil telah pun menambah dua lagi sokongan pembayaran iaitu menggunakan dompet digital Boost dan juga perbankan internet. Ini sekaligus memberikan lebih pilihan kepada pengguna, berbanding hanya kad kredit dan debit sebelum ini.

Categories
Gaya Hidup

HBO Max Bakal Digantikan Dengan Penstriman Baharu Pada 2023

Warner Bros Discovery kini mengesahkan perkhidmatan HBO Max akan digantikan dengan sebuah perkhidmatan penstriman baharu. Kandungan masih akan dikekalkan, tetapi peralihan ini untuk mengatasi masalah prestasi dan teknikal pada perkhidmatan penstriman tersebut. Ia juga bakal digabungkan dengan Discovery+.

Categories
Gaya Hidup Kewangan Teknologi

Tahukah Anda? Boleh Guna ShopeePay Untuk Beli Di Google Play Store

Google Play Store merupakan gedung aplikasi dan permainan pada platform Android. Ia menawarkan kandungan percuma, dan untuk berbayar pengguna boleh membeli menggunakan penggunaan kad kredit, kad debit, Touch n Go eWallet, kad prabayar, dan tahukah anda, anda juga boleh menggunakan ShopeePay!

Categories
Gaya Hidup

Balenciaga Hadir Dengan ‘Trash Pouch’ Yang Diilhamkan Dari Beg Sampah – Harga Sekitar RM8,000

Balenciaga yang terkenal dengan penawaran produk mewah, kini hadir dengan sebuah produk dinamakan Trash Pouch, menjadikan ia beg sampah paling mahal, dengan bahan premium serta tali guni dengan teks ikonik Balenciaga, pada harga menghampiri RM8,000.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Razer Kini Mempunyai Skuter Elektrik Pada Harga RM6,600

Razer kini bekerjasama dengan Niu, dan menawarkan skuter elektrik merekaa tersendiri dinamakan Niu x Razer SQi Edition. Ia hadir dengan motor 400W dengan kelajuan mencapai 25km/j. Pengecasan penuh juga membawa perjalanan sejauh 65km. Ia dijual di China pada harga RM6,600.