Categories
Teknologi

RACE – Dron Pertanian Swapandu Darat Pertama Buatan Malaysia

RACE (Robotic Agro in Complex Environment) kini dilancarkan secara rasminya. Ia direka untuk melakukan tugasan membaja dan menyembur di ladang kelapa sawit tanpa bantuan pekerja manusia. Dron swapandu darat ini dibina khusus untuk penuhi keperluan ladang kelapa sawit tempatan, mengatasi masalah kekurangan buruh.

Categories
Kewangan Semasa

Malaysia Alami Kekurangan Akauntan Bumiputera – Tidak Sampai 10%

Walaupun Malaysia memiliki lebih 22,000 akauntan bertauliah di negara, namun tidak sampai 10% daripada jumlah tersebut hanya melibatkan akauntan bumiputera negara. Ia kini disasarkan untuk angka ini mencapai 30% akauntan bertauliah Bumiputera menjelang 2027 kelak.

Categories
Gaming

Malaysia Menang Emas Pada Kejohanan Esukan Komanwel Bagi Acara DOTA 2 (Terbuka)

Disamping memenangi pingat Emas untuk acara DOTA 2 (Wanita), pasukan DOTA 2 (Terbuka) turut sama membawa pulang pingat emas pada acara Kejohanan Esukan Komanwel. Di peringkat akhir, Malaysia tewaskan tuan rumah, England. Pasukan Malaysia terdiri dari Mango’Rose, Wonder’boy, Ws’, Ahyad, Ponyo dan jurulatih Hao.

Categories
Kewangan

AirAsia Pocket Kini Hanya Sokong Tambah-Nilai Menggunakan Kad BigPay Sahaja

AirAsia Pocket merupakan platform dompet digital baharu dibawah AirAsia. Setelah dilancarkan pada Jun lalu, kini ia melalui beberapa perubahan menjadikan ia kurang menarik digunakan, termasuk dihadkan untuk tambah-nilai menggunakan kad BigPay sahaja. Ciri pemindahan dana juga dilihat telah dibuang.

Categories
Sains

NASA Ingin Menggunakan Angkasawan Pencen Sebagai Pelatih Pelancong Ke ISS

NASA kini dianggar terdapat sekitar 200 angkasawan pencen, dan ingin guna khidmat angkasawan pencen ini sebagai pelatih dan pemandu pelancong. Angkasawan pencen ini boleh bantu pelancong melakukan persiapan di Bumi, sebelum mereka ke ISS, serta pastikan mereka tidak ganggu tugasan angkasawan lain.

Categories
Teknologi

Instagram Akan Sokong Gambar Menegak Panjang Tidak Lama Lagi

Instagram sedia menguji antaramuka pada paparan penuh sebelum ini, dan terkini mereka mengesahkan bakal memperkenalkan keboleha memuat-naik gambar bersaiz penuh pada resolusi 9:16 pada perkhidmatan mereka tidak lama lagi. Dengan langkah ini, halaman utama turut akan memberikan pengalaman penggunaan seumpama Reels.

Categories
Gaya Hidup Semasa

Shopee : Rakyat Malaysia Semakin Gemar Beli Produk Lestari Atau Mesra Alam

Shopee kini berkongsi tinjauan terkini, mengatakan permintaan meningkat sebanyak 14% melibatkan produk lestari dan mesra alam. Ia dikatakan lebih selesa digunapakai untuk jangka masa panjang. Ini termasuk meliputi produk isi rumah seperti lampu solar, penghawa dingin, termasuk barangan keperluan, dan juga produk kebersihan diri organik.

Categories
Kewangan Teknologi

Khazanah Berkongsi Mengapa Mereka Tidak Melakukan Pelaburan Awal Ke Grab

Khazanah kini menjawab persoalan ramai, mengapa mereka tidak melabur pada Grab. Menurut Khazanah, mereka melakukaan pelaburan bersaiz besar, dan tidak terus ke sesuatu startup. Khazanah juga tidak beroperasi sebagai VC. Sebaliknya Khazanah menyalurkan dana ke dana VC, yang kemudian dilabur oleh VC berkaitan ke sesuatu syarikat.

Categories
Gaya Hidup

Metalfish Y2 – Kerangka PC Yang Turut Dilengkapi Akuarium

Metalfish, sebuah firma dari China kini menawarkan kerangka PC Y2. ia membawakan rekaan unik dengan menyertakan sebuah tangki akuarium ikan di bahagian atas kerangka. Akuarium berkenaan berkapasiti 13 liter, sementara kerangka PC pula menyokong papan induk bersaiz Micro-ATX atau Mini-ITX.

Categories
Gaming

Malaysia Menang Emas Pada Kejohanan Esukan Komanwel Bagi Acara DOTA 2 (Wanita)

Pasukan Malaysia kini turut berjaya memenangi pingat emas dibawah acara DOTA 2 pada Kejohanan Esukan Komanwel yang diadakan selari Sukan Komanwel 2022. Pingat emas ini dimenangi oleh pasukan wanita untuk DOTA 2. Pasukan ini terdiri daripada Stephanie “Auroraa” Lim, Nadrah “Nada” Saufi, Wong “HG” Wei Sian, Bette “iStarx” Chia dan juga Tan “Shizuma” Lyn Xhin.