Categories
Kewangan Teknologi

RUU Untuk Belian Barangan Import Bernilai Rendah Secara Atas-Talian Dikenakan Cukai 10% Dibentangkan

Rang Undang-Undang berkaitan untuk cukai ke atas belian barangan bernilai rendah secara atas-talian kini dibentangkan di Parlimen, dan menantikan kelulusan. Melaluinya, barangan bernilai bawah RM500 yang diimport melalui belian atas-talian, akan dikenakan cukai 10%.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Kerajaan Sasar Pengenalan Sistem Tol Aliran Bebas Tanpa Palang Seawal 2026

Kerajaan kini telah menetapkan sasaran untuk memperkenalkan laluan lebuhraya bebas palang tol menjelang 2026 kelak. Dengan sistem aliran tol bebas tanpa palang tol ini, ia dijangka mengurangkan lagi kesesakkan pada plaza tol, dan memudahkan lagi aliran trafik. Beberapa sistem kini sedang dikaji buat masa ini.

Categories
Semasa

Harga Siling Minyak Masak Berbotol 5kg Ditetapkan RM34.70

Kerajaan kini menetapkan pelaksanaan harga siling untuk minyak masak berbotol 5kg, pada paras RM34.70. Harga siling ini adalah berkuat-kuasa daripada 8 Ogos 2022 ini. Harga siling minyak masak berbotol ini dijangka ditetapkan secara bulanan.

Categories
Gaya Hidup

IKEA Hadir Dengan Menu Khas Sempena Bulan Kemerdekaan, Rendang Bebola Daging

Bersempena bulan Kemerdekaan, Ogos, pihak IKEA kini hadir dengan menu khas, iaitu Rendang Bebola Daging. Ia mengadunkan tekstur dan aroma wangi seakan rendang asli, dan disebatikan di dalam bebola daging IKEA. Ia dijual pada harga RM16.50 untuk 16 biji bebola.

Categories
Teknologi

LG Sedang Bangunkan Sistem Kawalan Suara Dalam Kereta

LG kini umum kerjasama dengan pihak SoundHound, dan sedang membangunkan sistem kawalan suara dalam kereta. Ia membolehkan pengguna untuk memberikan arahan seperti, “turunkan tingkap”, “tukar radio” dan sejumlah arahan lain ketika sedang membantu.

Categories
Gaya Hidup

Montblanc Tampil Dengan Rekaan Pen Diinspirasi Dari Kisah Dongeng

Montblanc sedia hadir dengan sejumlah penawaran barangan mewah, dan terkini mereka memperkenalkan pen edisi terhad bertemakan cerita dongeng rakyat, Hansel & Gretel, Sleeping Beauty, Rapunzel dan Snow White. Setiap pen mempunyai keunikkan tersendiri, termasuk penggunaan emas putih, selain ukiran eksklusif.

Categories
Teknologi

Xiaomi Perkenal Kaca Mata Realiti-Terimbuh (AR)

Xiaomi kini memperkenalkan kaca mata pintar AR mereka dinamakan Mijia AR Glass. Ia hadir dengan skrin mikro OLED 0.23-inci yang membolehkan anda melihat kandungan AR, disamping kamera 50MP untuk rakaman, selain penjejakkan pergerakan tangan untuk kawalan.

Categories
Gaming

Liga eMas Diumumkan – Kejohanan Baharu eSukan Di Malaysia

Malaysia eSports Federations (MESF) telah mengumumkan Liga eMas yang akan mempertandingkan empat permainan, Mobile Legends Bang Bang, PUBG Mobile, Valorant dan juga FIFA Online 4. Liga eMas akan dibahagikan kepada dua musim setiap tahun.

Categories
Teknologi Uncategorized

BlackBerry Akan Menamatkan Sokongan Aplikasi Android Pada Ogos 2022

BlackBerry kini menyatakan mereka akan menamatkan sokongan untuk aplikasi-aplikasi Android pada 31 Ogos 2022 ini, termasuk aplikasi BlackBerry Launcher, BlackBerry Keyboard, Privacy Shade, Password Keeper, dan juga DTEK. Dengan ini, ia juga memperlihatkan penamatan era BlackBerry.

Categories
Kewangan Teknologi Uncategorized

Maybank2U Kini Membolehkan Anda Menetapkan Had Transaksi FPX Harian

Maybank kini menambah ciri baharu pada perkhidmatan perbankan, membolehkan pengguna menetapkan had transaksi FPX harian, sekaligus lebih mengawal perbelanjaan wang keluar dari akaun merea. Sekiranya tidak ditetapkan sebelum 20 Ogos 2022, Maybank secara automatik akan tetapkan ia maksima kepada RM3000 pada akaun anda.