Categories
Teknologi Uncategorized

Ingin Mencabar TikTok, YouTube Kini Mudahkan Video Ditukar Ke Shorts

YouTube Shorts adalah penawaran seumpama TikTok daripada pihak YouTube. Terbaru, YouTube menambah sokongan khas pada aplikasi Android dan iOS, memudahkan pengguna untuk menerbitkan kandungan Shorts sehingga 60 saat daripada sebarang video yang sedia ada milik mereka.

Categories
Kewangan Teknologi Uncategorized

Polis : Berhati-Hati Dengan SMS Palsu Maklumkan Wang Dikredit Ke Akaun TNG eWallet

Pihak Polis kini memberikan peringatan kepada orang ramai, supaya berhati-hati dengan SMS palsu yang memaklumkan para pengguna, mengatakan wang telah dikreditkan ke akaun Touch n Go eWallet. SMS ini berbentuk phishing, dan mencuri beberapa maklumat daripada pengguna, melibatkan TNG eWallet.

Categories
Sains Uncategorized

Serpihan Roket Milik China Yang Masuk Semula Ke Ruang Udara Bumi Dilihat Lintas Udara Malaysia

China sebelum ini telah lancar roket Long March 5B, dalam usaha menghantar modul Wnetian ke Stesen Angkasa Tiangong. Peringkat teras roket Long March 5B telah memasuki orbit rendah Bumi dalam melepaskan modul. Dan disebabkan oleh seretan atmosfera yang kuat, serpihan roket ini memasuki atmosfera Bumi semula, dan kini direkodkan melintasi ruang udara Malaysia.

Categories
Semasa Uncategorized

Menteri : TNB Akan Berikan Rebat Kepada Pengguna Terjejas Dengan Gangguan Elektrik

Menteri kini mengatakan Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan diberikan rebat kepada pengguna terjejas dengan gangguan elektrik pada awal minggu ini. Info lanjut berkenaan dengannya bakal dibentangkan di Parlimen pada minggu hadapan. Sebelum ini, sekitar 1 juta pengguna terjejas dengan gangguan bekalan elektrik pada hari Rabu lepas.

Categories
Gaya Hidup Teknologi Uncategorized

GSC Bakal Perkenal Perkhidmatan Penstriman Tersendiri – GSC Now

Dengan populariti perkhidmatan penstriman, kini GSC turut tidak ingin ketinggalan. Terbaru, GSC telah mula mengacah pengenalan perkhidmatan penstriman tersendiri dinamakan GSC Now. Ia dijangka akan menyertakan pelbagai filem edaran GSC melaluinya, sekaligus memudahkan pengguna untuk menonton filem terus dari rumah tanpa perlu ke pawagam.

Categories
Faktaria Teknologi Uncategorized

Pusat Data Di Jepun Menternak Ikan Belut Melalui Air Yang Digunakan

Setiap pusat data, menggunakan kuantiti air yang agak tinggi dalam memastikan ia kekal sejuk. Kini, dalam usaha menambah pendapatan, dan memanfaatkan air yang digunakan, pusat data di Jepun turut menternak ikan belut – dan menyasarkan untuk menjual 300,000 ekor ikan belut menjelang 2023 sebagai pendapatan sampingan.

Categories
Gaya Hidup Teknologi Uncategorized

TM Akan Pindahkan Semua Pelanggan Streamyx Ke Fiber Menjelang 2025

Telekom Malaysia menyasarkan untuk pindahkan semua pelanggan Streamyx dan Unifi Lite ke perkhidmatan internet fiber menjelang 2025 kelak. Pada hari ini, terdapat sekitar 300,000 pelanggan Streamyx di Malaysia. TM sudah berhenti menerima pendaftaran baharu untuk perkhidmatan Streamyx dan Unifi Lite sejak awal tahun ini.

Categories
Sains Teknologi Uncategorized

Airbus A380 Berjaya Terbang Menggunakan Bahan Api Berasaskan Minyak Masak

Pelbagai pihak melihat kepada penggunaan bahan bakar yang lebih lestari. Selari dengannya, kini Airbus berjaya menerbangkan pesawat A380 terbesar dunia mereka dengan menggunakan bahan api berasaskan minyak masak dan lemak. Airbus menyasarkan semua kapal terbang menggunakan bahan api bio 100% menjelang 2030.

Categories
Gaming Teknologi Uncategorized

Backbone One – Alat Kawalan Permainan Pada iPhone, Bertemakan PlayStation

Sony dan Backbone kini bekerjasama dalam hadir dengan Backbone One, sebuah alat kawalan permainan untuk iPhone. Ia hadir dengan rekaan elemen PlayStation, serta menawarkan pengoptimasian untuk PlayStation Remote Play. Ditawarkan di Malaysia pada harga RM495. Versi Android dijangka menyusul pada November 2022 kelak.

Categories
Gaya Hidup Semasa Uncategorized

Farm Fresh Ingin Buka 50 Cawangan Kiosk “Jom Cha” Menjelang Penghujung 2022

Farm Fresh kini hadir dengan penawaran jenama minuman terbaru mereka, dinamakan Jom Cha. Melaluinya, sejumlah menu air disediakan, termasuk teh mutiara. Farm Fresh sasar untuk membuka sekitar 50 cawangan kiosk “Jom Cha” ini menjelang penghujung 2022 kelak.