Sekumpulan pelombong di Angola kini menemui sebentuk berlian merah jambu yang paling besar pernah direkodkan dalam tempoh 300 tahun ini. Ia mencecah berat 170 karat, dan dikenali sebagai The Lulo Rose.
Sekumpulan pelombong di Angola kini menemui sebentuk berlian merah jambu yang paling besar pernah direkodkan dalam tempoh 300 tahun ini. Ia mencecah berat 170 karat, dan dikenali sebagai The Lulo Rose.
Oppo, salah satu pengeluar telefon pintar terkemuka, kini turut menerbitkan permainan MMORPG tersendiri, dinamakan World of Immortals. Permainan pertama yang dihasilkan Oppo ini hanya diterbitkan pada Android buat masa ini, dan sedia untuk dipra-daftar. Tarikh pelancarannya masih tidak diketahui lagi.
Rang Undang-Undang (RUU) Larangan Lompat Parti telah pun diluluskan hari ini, apabila ia menerima persetujuan 209 ahli parlimen pada sidang hari ini. Tiada sebarang bantahan yang dicatatkan. Dengan langkah ini, ia dijangka akan memastikan situasi politik lebih stabil berbanding sebelum ini. Ia seterusnya akan dibentang di Dewan Negara pada Ogos ini.
Manchester City kini hadir dengan sebuah selendang pintar, yang menyertakan sensor nadi, pergerakkan dan suhu, sekaligus boleh digunakan untuk menjejak emosi peminat ketika menonton perlawanan di padang. Buat masa ini, selendang ini sekadar prototaip awal.
Mercedes-AMG sedia menawarkan kerusi yang selesa bersama penawaran kereta mereka, dan kini turut membawa kepakaran mereka, dalam menawarkan kerusi pejabat dengan teknologi lebih kurang sama. Kerusi AMG Office Chair ini dikeluarkan hanya 50 unit sahaja, pada harga hampir RM16,000 sebuah.
Redmi, sebuah subsidiari dibawah Xiaomi, kini dikatakan bakal memperkenalkan telefon pintar pertama mereka dengan kamera utama dengan sensor 200MP. Model berkenaan, Redmi K50s dijangka diperkenalkan tidak lama lagi, termasuk dilengkapi cip Snapdragon 8+ Gen 1.
AirAsia kini umum kerjasama dengan pihak Skyports dalam mengekplorasi bersama kerjasama pembangunan infrastruktur teksi-udara di Malaysia. AirAsia sebelum ini pernah nyatakan hasrat penawaran teksi-udara menjelang 2025 untuk perjalanan antarabandar.
AirAsia kini hadir dengan penawaran makanan baharu dibawah Santan, iaitu “Nasi Lemak On-The-Go”, menawarkan nasi lemak dalam pek kecil berbentuk piramid, yang boleh dimakan terus melaluinya, dan ditawarkan pada harga RM4.90.
Disney kini akhirnya mengesahkan filem Thor baharu, iaitu Thor : Love & Thunder tidak akan ditayangkan di Malaysia. Sebelum ini, tayangan berkenaan telah ditangguhkan sebanyak dua kali di Malaysia, dan akhirnya kini dibatalkan tayangan di Malaysia.
Pelbagai produk kini beralih daripada bahan plastik kepada bioplastik, dan mengurangkan pencemaran. Terbaru, Mos Burger dari Jepun, hasilkan sudu dan garpu bioplastik yang diperbuat daripada bahan berasaskan beras. Dengan langkah ini, ia dijangka menjadikan penawaran lebih mesra alam berbanding penggunaan plastik.