Categories
Uncategorized

Pesawat Pejuang Tempest Akan Dilengkapi Helmet Yang Membaca Otak Juruterbang

Pesawat pejuang Tempest dijangka digunakan bermula 2035 kelak, dan hadir dilengkapi keupayaan membaca gelombang otak juruterbang. Sensor pada helmet boleh mengesan sama ada juruterbang dalam keadaan tertekan, atau pengsan ketika kawalan. Seterusnya, sistem swaterbang boleh membantu dan mengambil-alih tugas juruterbang.

Categories
Uncategorized

Pihak Yang Jual Rokok, Vape Kepada Individu Lahir 2007 Dan Ke Atas, Akan Didenda Sehingga RM50,000

Minggu ini menyaksikan pembentangan Rang Undang-Undang baharu, yang membawa kepada larangan jualan rokok, vape dan produk tembakau kepada mereka yang lahir selepas 1 Januari 2007. Bagi yang melanggar, mereka akan didenda sehingga RM50,000 untuk penjual, dan sehingga RM5,000 untuk pembeli.

Categories
Uncategorized

Facebook Catat Penyusutan Pendapatan Buat Pertama Kali

Disebabkan pergerakkan ekonomi yang rendah, ia dilihat Facebook turut terkesan, dan kini mencatatkan penyusutan pendapatan buat pertama kalinya. Ia dilihat ramai yang mula mengurangkan perbelanjaan pengiklanan, sekaligus membawa kesan kepada pendapatan Facebook.

Categories
Uncategorized

Kelak Anda Akan Melihat Kandungan Rawak Lebih Banyak Pada Facebook Dan Instagram

Mark Zuckerberg kini mengatakan mereka akan gandakan paparan kandungan pada garis masa Instagram dan Facebook – menggunakan kaedah cadangan berasaskan kecerdasan buatan. Ia akan ditingkatkan paparan kepada 30% berbanding hanya 15% pada hari ini – sekaligus memudahkan pengguna menemui kandungan baharu.

Categories
Uncategorized

Tahi Gajah Dikitar Semula Menjadi Batu Bata Di Thailand

Di Bangkok, sebuah projek dihasilkan memfokuskan penggunaan tinja gajah yang mengandungi serat tinggi dalam penghasilan batu-bata. Ini dijayakan melalui campuran simen dan air, sekaligus menjadikannya cukup keras sebagai bahan binaan.

Categories
Uncategorized

Lebih 188 Juta Pengguna Kini Melanggan Spotify Premium

Pihak Spotify kini telah mengeluarkan statistik semasa, mengatakan mereka mempunyai seramai 433 juta pengguna aktif setiap bulan. 188 juta pengguna daripadanya adalah pelanggan berbayar untuk Spotify Premium.

Categories
Uncategorized

Lebih 1.6 Juta Pekerja Berpendidikan Tinggi Di Malaysia Tidak Memiliki Kerjaya Setara Kemahiran

Jabatan Perangkaan Negara kini berkongsi statistik terkini, menunjukkan terdapat sekitar 1.6 juta siswazah di Malaysia yang kini bekerja dalam kategori separuh mahir, dan kemahiran rendah. Ini sekaligus memperlihatkan kemahiran mereka tidak dapat digunakan sepenuhnya kerana ketiadaan penawaran pada pekerjaan semasa.

Categories
Uncategorized

GTA 6 Dikatakan Tidak Akan Tiba Sebelum 2025

Permainan popular GTA dijangka memperkenalkan versi terbaru GTA 6 dijangka tidak akan tiba sebelum 2025, dan mengalami kelewatan pembangunan sedikit. Permainan GTA 6 ini kelak dikatakan bakal hadir dengan dua watak utama, selain menyertakan peta permainan terbesar dalam dunia GTA.

Categories
Uncategorized

Pelan Data Selular Di Malaysia Di Tangga Ke-27 Termurah Dunia, Ketiga Termurah Di Asia Tenggara

Mengikut perbandingan harga pelan data selular untuk peranti mudah-alih, kini Malaysia menduduki tangga ke-27 termurah pada peringkat dunia, dan nombor tiga termurah di Asia Tenggara. Di Malaysia, purata kos untuk 1GB Data adalah RM2.

Categories
Uncategorized

Samsung Ingin Hadir Dengan Kamera 450MP Untuk Telefon

Samsung sedia menawarkan sensor kamera 200MP untuk telefon, dan kini mereka telah memfailkan tanda dagang Hexa2pixel – memberikan petanda mereka bakal menawarkan sensor kamera sehingga 450MP.