Categories
Kewangan

BNM Mengekalkan Paras OPR Pada Kadar 3.0%

Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini memaklumkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) negara kini dikekalkan pada paras 3.00%. Untuk pengetahuan semua, sebelum ini OPR telah dikekal pada paras 2.75% sejak November 2022, Januari 2023 dan Mac 2023. Namun bagi menyeimbangkan tekanan inflasi semasa – aliran ini mula dinaikkan pada Mei dan kini dikekalkan untuk kesejahteraan semua pengguna.

Categories
Kewangan

KWSP : Hanya 30% Pencarum – Capai Paras Simpanan Asas RM240,000 Pada Usia 55 Tahun

KWSP kini berkongsi, daripada jumlah 8.7 juta pencarum aktif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hanya 30% sahaja iaitu 2.61 juta pencarum yang mencapai sasaran simpanan asas sebanyak RM240,000. Sementara berdasarkan jumlah keseluruhan pencarum pula – hanya 18% daripada 15.8 juta ahli memenuhi sasaran simpanan asas tersebut.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Threads Kini Tersedia Untuk Digunakan Di iPhone Dan Android – Pesaing Twitter Oleh Meta

Meta kini telah melancarkan aplikasi alternatif untuk Twitter mereka, dinamakan sebagai Threads. Ia telah pun tersedia di iPhone dan Android – sekaligus membolehkan para pengguna mendaftar dan menggunakan aplikasi berkenaan. Threads menggunakan akaun Instagram untuk tujuan pendaftaran, dan pengguna akan menggunakan nama pengguna yang sama seperti pada platform Instagram.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Apple Mengurangkan Pengeluaran Vision Pro Kerana Isu Pengilangan

Tahun depan, Apple Vision Pro akan dijual secara rasmi sebagai set kepala AR pertama daripada syarikat gergasi Apple dengan nilai pasaran $3 trilion. Tetapi kini muncul laporan Financial Times, mengatakan pengeluaran set kapal ini akan dikurangkan ke 400,000 unit sahaja berbanding cadangan 1 juta unit kerana isu pengeluaran melibatkan skrin.

Categories
Gaya Hidup

TNG eWallet Kini Menyokong Pembayaran Parkir Jalanan Sepenuhnya Di Kuala Lumpur Dan Selangor

Touch n Go eWallet kini mengumumkan mereka kini menyokong pembayaran parkir jalanan di semua kawasan di Kuala Lumpur dan Selangor. Hampir 300,000 menggunakan dompet digital TNG eWallet dalam pembayaran parkir jalanan. Terdapat sekitar 19 majlis perbandaran yang disokong, termasuk sebahagian di Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu, Perak, dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Threads Dijangka Dilancarkan Minggu Ini – Pesaing Twitter Oleh Instagram

Meta, syarikat disebalik Facebook dan Instagram kini dalam persediaan melancarkan aplikasi pesaing untuk Twitter, dan melalui penyenaraian di kedai aplikasi, ia dijangka dilancarkan pada minggu ini, seawal 6 Julai 2023. Dinamakan sebagai Threads, ia akan beroperasi dibawah pasukan Instagram dan menawarkan pengalaman penggunaan seumpama Twitter.

Categories
Teknologi

Tesla Menjadualkan Kemasukkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada 20 Julai

Tesla kini secara rasminya menjadualkan kemasukkan dan pelancaran syarikat di Malaysia, pada 20 Julai 2023. Tesla dijangka berkongsi berkenaan visi dan sasaran mereka untuk pasaran Malaysia pada tarikh berkenaan. Dengan langkah ini, kita akan mendengar lebih lanjut berkenaan sasaran pemasaran, langkah pemasangan Tesla Supercharger, dan sebagainya di Malaysia.

Categories
Semasa Teknologi

Kerajaan Akan Perkenal Nombor Plat Khas “EV” Untuk Kenderaan Elektrik

Anthony Loke, Menteri Pengangkutan kini berkongsi menyatakan kerajaan akan memperkenalkan nombor plat pendaftaran khas untuk kenderaan elektrik. Nombor plat untuk kenderaan berkenaan akan bermula dengan huruf EV, dan diikuti dengan angka. Dengan langkah ini, ia dijangka akan membezakan kenderaan elektrik berbanding kenderaan bukan elektrik.

Categories
Semasa

Twitter Hadkan Berapa Tweet Anda Boleh Baca Setiap Hari

Elon Musk kini mengumumkan perkhidmatan sosial Twitter akan mengehadkan pembacaan dan penggunaan pada perkhidmatan mereka, mengatakan disebabkan oleh akses data yang ekstrim oleh pihak ketiga serta pemanipulasian sistem. Disebabkan oleh itu, semua pengguna akan dihadkan bacaan setiap hari.

Categories
Sains

Aspartame Yang Merupakan Pemanis Buatan Paling Popular Dunia Diisytihar Sebagai Penyebab Kanser

IARC yang merupakan badan penyelidikan WHO akan mengisytiharkan Aspartame sebagai bahan karsinogenik yang boleh menyebabkan kanser pada manusia. Pengumuman rasmi akan dilakukan bulan depan. Aspartame ditemukan dalam produk popular seperti Coca Cola, coklat Mars dan juga dijual sebagai pengganti gula menggunakan jenama seperti Equal serta NutraSweet.