Malaysia kini dijangka mencapai status negara tua menjelang tahun 2030, dimana sekitar 15.3% penduduk dijangka akan berusia 60 tahun dan ke atas. Selain Malaysia, rantau Asia Pasifik turut melihat peningkatan populasi berumur 60 tahun dan ke atas.
Malaysia kini dijangka mencapai status negara tua menjelang tahun 2030, dimana sekitar 15.3% penduduk dijangka akan berusia 60 tahun dan ke atas. Selain Malaysia, rantau Asia Pasifik turut melihat peningkatan populasi berumur 60 tahun dan ke atas.
Digital Nasional Berhad (DNB) kini berkongsi mengatakan rangkaian 5G telah meliputi 25% kawasan berpenduduk di Malaysia, dan dalam sasaran untuk mencapai 40% menjelanng penghujung tahun 2022 ini. Buat masa ini, hanya Yes menawarkan akses 5G kepada orang awam.
KKM kini mengingatkan pengguna supaya tidak membeli air zamzam secara atas-talian kerana ia mungkin adalah palsu. KKM turut ingatkan tiada lesen dikeluarkan KKM untuk penjualan air zamzam di Malaysia setakat ini.
Bugatti, jenama pengeluar kereta mewah, kini menawarkan sebuah skuter elektrik, yang boleh bergerak pada kelajuan 30km/j dengan jarak 35km pada pengecasan penuh. Dikenali Bugatti 9.0, ia turut hadir dengan rekaan eksklusif, dan cahaya pantulan yang memaparkan logo Bugatti apabila bergerak.
Logan Paul, salah seorang bintang YouTube, kini membuat kejutan dan telah menandatangani perjanjian dengan WWE. Logan Paul dijangka bersama dengan WWE untuk tempoh sekurag-kurangnya sehingga 2023 kelak.
Saintis kini mengkaji salah satu kaedah untuk mengurangkan kesan perubahan iklim. Salah satu yang kini di kaji di MIT adalah termasuk kaedah memasang penapis berbentuk “Space Bubbles” yang boleh mengurangkan dan memantul kehangatan matahari sebelum tiba ke Bumi.
Kaodim, salah satu aplikasi yang menawarkan perkhidmatan mencari pekerja rencam, termasuk untuk membaiki pili air, kemas rumah, ubah-suai rumah, dan sebagainya. Namun, kini perkhidmatan berkenaan mengumumkan penamatan perkhidmatan, dan tidak lagi beroperasi bermula hari ini.
Trend empat hari bekerja semakin mendapat perhatian ramai. Terbaru, Jabatan Perkhidmatan Awam mengatakan mereka telah menubuhkan pasukan khas untuk mengkaji pelaksanaan waktu bekerja 4 hari dalam seminggu, utuk penjawat awam. Laporan lanjutan kajian ini dijangka dikongsikan tidak lama lagi.
GSC kini menyatakan tarikh tayangan Thor : Love & Thunder di Malaysia telah ditangguhkan oleh Disney, kepada 21 Julai 2022 – berbanding tarikh awal, 8 Julai. Ia tidak diketahui apakah sebab disebalik penundaan tarikh tayangan filem adiwira baharu ini.
Shopee sering menawarkan baucar penghantaran percuma untuk para pembeli di platform berkenaan. Namun, untuk bulan ini, ia dilihat Shopee telah mula hadkan baucar penghantaran kepada hanya RM3 untuk Semenanjung, dan RM8 untuk Sabah dan Sarawak.