Kerajaan hari ini mengumumkan tema untuk Hari Kebangsaan dan juga Hari Malaysia 2022, iaitu “Keluarga Malaysia Teguh Bersama”. Menariknya juga logo tahun ini berkonsepkan kepada jalur liputan internet.
Kerajaan hari ini mengumumkan tema untuk Hari Kebangsaan dan juga Hari Malaysia 2022, iaitu “Keluarga Malaysia Teguh Bersama”. Menariknya juga logo tahun ini berkonsepkan kepada jalur liputan internet.
Dua penerjun negara, Datuk Pandelela Rinong dan juga Nur Dhabitah Sabri kini berjaya membawa pulang pingat gangsa melalui acara terjun 10 meter platform seirama wanita pada Kejohanan Dunia FINA 2022 yang berlangsung pada minggu ini.
Persatuan Pengusaha Restoran India Muslim Malaysia kini menyatakan disebabkan oleh pasaran semasa, mungkin terdapat kenaikkan harga nasi kandar sehingga RM1 bagi lokasi di ibu kota. Di lokasi lain pula, kenaikkan mungkin sekitar 50 sen.
China kini berkongsi berkenaan projek eksplorasi angkasa terbaru mereka yang ingin mencari planet-planet lain yang mempunyai ciri-ciri seperti Bumi, yang mengelilingi bintang. China menyasarkan untuk melancarkan projek ini seawal 2026 melalui satelit yang menyertakan tujuh teleskop untuk tujuan mencari eksoplanet ini.
Mojo Visionn kini telah pun memperlihatkan prototaip kanta lekap pintar mereka yang turut boleh memaparkan kandungan realiti-terimbuh, AR. Ia boleh dipakai terus pada mata, dan akan memaparkan kandungan mengikut pergerakkan mata pengguna. Prototaip ini kini sedang menantikan pengesahan pihak berkuasa.
Filem Mat Kilau menjadi filem yang paling pantas untuk mencapai kutipan sebanyak RM23.3 juta dalam hanya tujuh hari, sekaligus memecahkan rekod sebelum-sebelum ini. Buat masa ini, filem tempatan dengan kutipan tertinggi di Malaysia dipegang oleh Munafik 2 dengan kutipan RM48 juta.
Sabah kini memeterai perjanjian antara Qhazanah Sabah dan juga Berjaya Land dalam mengkaji pemindahan Kota Kinabalu International Airport (KKIA) dari Tanjung Aru, ke Kimanis. Lokasi sedia ada KKIA dikatakan sukar untuk diperluaskan kerana persekitaran, membawa kepada kajian di Kimanis ini.
Projek Rangkaian Digital Lebuh Raya kini diumumkan, dimana ia akan membangunkan infrastruktur telekomunikasi dengan memasang kabel gentian fiber optik sepanjang lebuh raya. Fasa pertama untuknya akan menghubungkan lebuh raya utara selatan.
MR DIY, salah satu penyedia kedai jualan barangan yang agak popular di Malaysia, kini menyatakan mereka akan cuba pastikan harga produk kekal rendah. Namun, terdapat potensi harga naik disebabkan oleh situasi inflasi akhir-akhir ini.
Kerajaan sedia tawarkan pegangan sebanyak 70% pada Digital Nasional Berhad dalam mempercepatkan penawaran 5G di Malaysia. Lanjutan daripadanya, kini Menteri mengumumkan 6 syarikat telah bersetuju dengan pegangan pada DNB.