Categories
Uncategorized

Micron Hadir Dengan Kad Mikro-SD Bersaiz 1.5TB

Micron kini memperkenalkan pilihan kad mikro-SD dengan storan bersaiz sehingga 1.5TB. Penawaran ini lebih ditujukan kepada pengguna kamera litar tertutup, memudahkan rakaman dilakukan untuk tempoh lebih lama dan disimpan untuk rujukan. Harga jualan masih belum dikongsikan buat masa ini.

Categories
Uncategorized

Malaysia Kini Mempunyai Rangkaian 5G Kedua Terpantas Di Dunia

OpenSignal kini mengeluarkan laporan kajian untuk tiga bulan terakhir, memperlihatkan Malaysia kini mempunyai rangkaian kedua terpantas di dunia untuk 5G dari segi muat-turun, dan paling pantas di dunia untuk muat-naik. Buat masa ini, hanya Yes menawarkan rangkaian 5G di Malaysia.

Categories
Uncategorized

Saintis Jumpa Kaedah Hasilkan Bahan Seumpama Kayu Di Makmal

Saintis di MIT kini telah berjaya menghasilkan bahan seumpama kayu di makmal, dimana apabila digabungkan bersama teknik percetakkan 3D, ia akan memudahkan penghasilan produk seperti perabot tanpa pembaziran – dan pada masa yang sama mengurangkan pembalakkan.

Categories
Uncategorized

Harga Ayam Dan Telur Dijangka Naik Bermula 1 Julai 2022

Kerajaan kini memansuhkan harga kawalan siling untuk ayam dan juga telur ayam bermula 1 Julai 2022 kelak, sekaligus memberikan petanda harga jualan untuk ayam dan telur akan memperlihatkan peningkatan bermula bulan hadapan.

Categories
Uncategorized

Kini Anda Boleh Tonton Video YouTube Pada Apple Watch

Apple Watch sedia mempunyai pelbagai jenis aplikasi, dan kini sebuah aplikasi baru dinamakan WatchTube hadir, membolehkan anda menonton video YouTube pada skrin Apple Watch. Selepas ini, jangan lagi terkejut jikalau ada yang tenung jam tangan mereka lama-lama, kerana mungkin mereka sedang menonton YouTube.

Categories
Uncategorized

Sony Sedang Bangunkan Sensor Kamera 100MP Untuk Telefon


Pada hari ini, kita sedia melihat beberapa pengeluar peranti memasarkan telefon dengan sensor 100MP, malah ada yang 200MP. Tidak ingin ketinggalan dalam arena tersebut, kini Sony turut dilaporkan bakal hadir dengan sensor 100MP untuk telefon pintar, dan menyasarkan peranti premium berspesifikasi pertengahan.

Categories
Uncategorized

Meta Akan Perluas Sokongan NFT Ke Facebook Dan Instagram Stories

Mark Zuckerberg kini berkongsi mengatakan akan memperluaskan lagi sokongan koleksi digitalNFT di Instagram, disamping turut membawa ciri NFT ke Facebook, Instagram Stories dan juga SparkAR. Namun, ia dijangka akan memfokuskan pasaran Amerika Syarikat buat peringkat awal.

Categories
Uncategorized

Eclimo ES11 – Motorsikal Elektrik Buatan Malaysia

Eclimo, salah satu syarikat Malaysia kini memperkenalkan projek membina motorsikal elektrik mampu-milik, dinamakan Eclimo ES11. Ia dijangka mempunyai jarak perjalanan 100km dengan kelajuan 100km/j, serta mengambil masa pengecasan penuh 1 jam. Ia dijangka akan dijual pada harga RM9999.

Categories
Uncategorized

Xiaomi Cyberdog – Robot Anjing Pintar Dari Xiaomi

Xiaomi yang terkenal dengan penawaran telefon pintar dan peranti berhubung, kini turut mempunyai penawaran robot dinamakan Cyberdog. Ia mampu melakukan sejumlah tugasan, termasuk mengikut arahan yang ditetapkan melalui integrasi kecerdasan pintar.

Categories
Uncategorized

Sony Sasar Kemampuan Kamera Telefon Pintar Melangkaui Kamera SLR Menjelang 2024


Sony kini sasarkan kemampuan kamera pada telefon pintar akan melangkaui kamera SLR menjelang 2024 kelak. Ini dikatakan boleh dijayakan dengan penggunaan sensor yang semakin lebih besar, disamping pemprosesan dan bantuan dari sistem kecerdasan buatan pada kamera telefon.