Categories
Uncategorized

Thor : Love & Thunder Mungkin Filem Terakhir Chris Hemsworth Sebagai Thor

Chris Hemsworth sedia popular sebagai watak Thor dalam siri adiwira Marvel sejak tahun 2011 yang lepas. Terbaru, ia dilaporkan filem “Thor : Love & Thunder” yang akan ditayangkan tidak lama lagi ini mungkin menjadi filem terakhir beliau sebagai watak Thor.

Categories
Uncategorized

Saintis Berjaya Tanam Pokok Guna Tanah Dari Bulan

Saintis kini berjaya melakukan eksperimen menggunakan tanah bulan, memperlihatkan pokok Arabidopsis berjaya bercambah selepas ditambah dengan nutrien pada tanah. Namun, saintis dapati ia tumbuh pada kadar lebih perlahan berbanding tanah biasa, serta menunjukkan tanda-tanda stres.

Categories
Uncategorized

Manusia Dijangka Akan Jejak Kaki Di Marikh Sebelum 2030

Presiden SpaceX kini berkongsi mengatakan manusia akan menjejakkan ke planet Marikh sebelum 2030 – dan berkemugkina tiba seawal 2029 kelak. SpaceX sedia merancang pengangkutan ke planet Marikh, disamping membina penempatan di sana. Setiap tiket penerbangan dijangka mencapai RM425,000 untuk seorang.

Categories
Uncategorized

Tiada Lagi Subsidi Minyak Masak Berbotol 2kg, 3kg, Dan 5kg Berkuatkuasa 1 Julai

Kerajaan kini mengumumkan subsidi minyak masak berbotol bagi 2kg, 3kg dan 5kg akan dimansuhkan berkuat-kuasa 1 Julai. Ini sekaligus memberikan gambaran yang harga jualan minyak masak berbotol akan naik bermula bulan hadapan. Subsidi hanya dikekalkan kepada minyak masak beg 1kg sahaja.

Categories
Uncategorized

Starbucks Malaysia Tidak Akan Naikkan Harga – Akan Menyerap Kos

Berjaya Food kini mengatakan mereka akan menyerap kos, dan tiada sebarang kenaikkan harga barangan jualan dalam masa terdekata ini. Pengendali Starbucks, Kenny Rogers Roasters, dan Jollibean mengatakan mereka akan memfokuskan pengurangan kos dalaman, dan tidak bebankan pengguna.

Categories
Uncategorized

Taman Tema Upin & Ipin Bakal Dibuka Di Cyberjaya

Les’ Copaque kini telah menandatangani perjanjian untuk membangunkan Taman Tema Upin & Ipin di Cyberjaya. Taman tema tersebut dijangka seluas 30 ekar, dan hadir dengan pelbagai elemen yang sedia diterapkan pada siri animasi berkenaan. Ia dijangka beroperasi seawal 2024 kelak.

Categories
Uncategorized

Jepun Akan Hukum Mereka Yang Lakukan Penghinaan Atas-Talian Dengan Penjara Sehingga Setahun

Parlimen Jepun kini telah meluluskan perundangan baharu, dimana mereka yang didapati bersalah melakukan penghinaan atas-talian boleh dihukum penjara sehingga setahun, atau denda 300,000 yen. Perundangan baharu ini akan disemak semula dalam tempoh tiga tahun lagi untuk melihat kesan dan impaknya.

Categories
Uncategorized

Measat-3D Bakal Dilancarkan 23 Jun – Sokong Teknologi Komunikasi Baharu

Malaysia akan melancarkan Measat-3D pada minggu ini, sekaligus membawa kepada sokongan sejumlah teknologi komunikasi baru. Ini termasuk pancaran siaran berdefinisi tinggi, dan pancaran internet melalui satelit sehingga 100Mbps. Satelit berkos RM1.2 bilion ini dijangka beroperasi selama 18 tahun.

Categories
Uncategorized

Xiaomi Akan Sertakan Teknologi Kamera Leica Pada Telefon Akan Datang

Selepas Huawei, kini Xiaomi memeterai perjanjian kerjasama dengan Leica, sekaligus akan menyertakan teknologi fotografi dan pengambaran dari Leica pada telefon pintar mereka. Telefon Xiaomi pertama menggunakan teknologi Leica dijangka hadir pada Julai 2022 ini.

Categories
Uncategorized

Pekerja Malaysia Lebih Pilih Kebebasan Waktu Kerja, Banding Kerja 4 Hari Seminggu

Mengikut kajian dan tinjauan terkini, 62% pekerja di Malaysia lebih inginkan fleksibiliti atau kebebasan waktu kerja, berbanding dengan minggu bekerja yang pendek. Lebih ramai inginkan keseimbangan dan kebebasan dalam menentukan jam bekerjaa, selain bekerja di mana-mana lokasi.