Categories
Uncategorized

Meta Perlihatkan Rekaan Set VR Yang Lebih Moden Dan Futuristik

Meta dengan fokus terhadap metamesta, kini mempertontonkan set realiti-maya yang dipakai dikepala dengan rekaan nipis, moden, dan dilihat lebih selesa dipakai berbanding pelbagai penawaran pada hari ini. Set ini hanya sekadar konsep dan dipertontonkan melalui video terbaru Meta dalam mempromosikan metamesta.

Categories
Uncategorized

Elon Musk : Twitter Boleh Berjaya Dengan Menyerupai WeChat Di China

WeChat merupakan sebuah superapp di China, yang digunakan hampir majoriti rakyat China, Kini, Elon Musk mengatakan Twitter boleh melihat dan menyerupai WeChat untuk berjaya. Namun, apakah maksud penuh dan evolusi seterusnya untuk Twitter tidak dikongsikan buat masa ini.

Categories
Uncategorized

Kulit Ikan Digunakan Untuk Pembuatan Barangan Kulit

Kita sedia melihat beberapa barangan kulit menggunakan kulit haiwan pada produk mereka, dan terbaru Inversa hadir dengan penawaran menggunakan produk yang diperbuat daripada kulit ikan. Kulit ikan depu (lionfish) dan juga bahagian sisiknya digunakan dalam penghasilan produk fesyen – termasuk kasut, dan dompet.

Categories
Uncategorized

Minum Kopi Sebelum “Shopping”, Membuatkan Anda Berbelanja Lebih

Kajian kini mendapati sekiranya anda meminum kopi berkafein sebelum membeli-belah atau berbelanja, ia membawa kepada kesan dimana anda berbelanja lebih. Ini kerana pembebasan dopamin di otak membawa kepada peningkatan impulsif serta kurang kawalan diri pengguna.

Categories
Uncategorized

Astro Mempunyai 11.3 Juta Penonton Setiap Hari, Menonton 187 Minit Secara Purata

Astro kini berkongsi mengatakan saluran televisyen linear mereka yang dipancarkan melalui satelit mempunyai 11.3 juta penonton setiap hari, dengan masa tontonan secara purata sekitar 187 minit setiap hari. Disamping itu, Astro Go pula mempunyai 919k pengguna bulanan, dengan masa tontonan purata selama 244 minit setiap minggu.

Categories
Uncategorized

Pelancaran Diablo Immortal Di Malaysia Ditangguhkan Ke 8 Julai

Blizzard kini menyatakan pelancaran permua terbaru mereka, Diablo Immmoirtal ditangguhkan untuk pasaran Malaysia ke 8 Julai 2022. Ia dikatakan terdapat beberapa perkara perlu dibaiki, sebelum dilancarkan di rantau ini.

Categories
Uncategorized

Meta Lancar Kedai Menjual Pakaian Digital Untuk Avatar Di Facebook Dan Instagram

Meta sedia memfokuskan kepada arena metamesta, dan sebagai permulaan, kini mereka turut memperkenalkan Avatar Store, membolehkan pengguna membeli pakaian digital untuk avatar mereka di Facebook, Instagram dan Messenger.

Categories
Uncategorized

China Bangunkan Kanta Lekap Pintar – Pantau Tekanan Mata Dan Glaukoma

Saintis di China kini membangunkan sebuah kanta lekap pintar yang boleh pantau kadar tekanan mata, dan pada masa yang sama mengubati glaukoma dengan sediakan ubat bila diperlukan. Glaukoma merupakan penyakit mata yang menyebabkan kerosakkan saraf optik. Kanta lekap pintar ini masih pada peringkat pembangunan dan ujian.

Categories
Uncategorized

Golongan Belia Akan Terima Peruntukkan Khas Pada Belanjawan 2023

Belanjawan 2023 dijangka dibentangkan pada Oktober kelak, dan kini Menteri Kewangan mengatakan sebuah peruntukkan khas khusus untuk golongan belia. Perincian penuh masih tidak dikongsikan lagi – tetapi dijangka akan meningkatkan penyertaan golongan muda dalam lanskap perniagaan.

Categories
Uncategorized

Penjara Terbesar Dan Moden Akan Dibina Di Kelantan, Siap Menjelang 2027

Kerajaan kini menyasarkan untuk membina sebuah penjara yang terbesar dan paling moden, menempatkan 3000 banduan di Kelantan, menjelang 2027 kelak. Proses pembinaan dijangka bermula pada penghujung 2023 kelak, di Ketereh, Kelantan.