Categories
Uncategorized

Dengan iOS 16, Pengguna iPhone Boleh Memintas Pengesahan CAPTCHA


Sistem CAPTCHA digunakan pada hari ini dalam membezakan manusia dengan bot. Ia kadang-kala membuang masa kerana perlu melakukan sesuatu ujian beberapa kali. Namun, dengan iOS 16 kelak, pengguna iPhone boleh memintas dengan sebuah ciri baharu di namakan “Automatic Verification”.

Categories
Uncategorized

Durian Baharu Ditemui Di Kedah – Durian J Sparrow Dan Durian Jerai

Terdapat pelbagai variasi durian di Malaysia, dan terkini, di Kedah, dua buah durian ditemui, iaitu Durian J Sparrow dan juga Durian Jerai. Durian J Sparrow dikatakan tidak mempunyai aroma yang terlalu kuat, dan tidak memberikan rasa terlalu pahit. Sementara Durian Jerai pula hadir dengan isi warna kuning muda, dan aroma yang kuat.

Categories
Uncategorized

Google Sambut Dr Lim Boot Liat Dengan Doodle Khas

Google hari ini menyambut Dr Lim Boo Liat yang merintis bidang zoologi di Malaysia dengan sebuah doodle khas. Beliau telah bantu memulakan Zoo Negara, dan telah melakukan lebih 300 penerbitan saintifik berkaitan mamalia dan parasitologi.

Categories
Uncategorized

Arab Saudi Beli Pegangan Sebanyak 5% Pada Nintendo

Arab Saudi melalui firma pelaburan, kini telah membeli pegangan sebanyak 5% pada syarikat permainan video popular, Nintendo. Ini sekalligus mempelbagaikan pelaburan kerajaan Arab Saudi dalam arena permainan video, yang mana kini meliputi Capcom, Koei Temco, dan lain-lain.

Categories
Uncategorized

Tarikh Akhir Gabungan Celcom-Digi Dilanjutkan Kepada 31 Disember 2022

Celcom dan Digi kini menyatakan mereka perlukan lebih masa, dan tetapkan tarikh sehingga 31 Disember 2022 untuk menyelesaikan proses gabungan kedua-dua syarikat. Pihak SKMM juga seperti masih belum memberikan kata putus, yang turut mungkin menyumbang kepada penyatuan kedua-dua syarikat telekomunikasi ini.

Categories
Uncategorized

Xiaomi Smart Band 7 Hadir Dengan Pemantauan Oksigen Dalam Darah Sepanjang Hari

Xiaomi kini telah membawa masuk gelang tangan pintar Xiaomi Smart Band 7 ke pasaran Malaysia, dan boleh didapati serendah RM169. Ia menawarkan pemantauan oksigen dalam darah sepanjang hari, disamping sejumlah mod sukan baharu, kebolehan memantau kadar denyutan nadi, dan juga ketahanan bateri 14 hari.

Categories
Uncategorized

Luno Tambah Dua Lagi Kriptowang – Chainlink Dan Uniswap

Luno kini menambah dua lagi kriptowang untuk pengguna di Malaysia berjual-beli pada bursa dagangan mereka, iaitu kriptowang Chainlink dan juga Uniswap. Dengan penambahan ini, Luno menawarkan pilihan sebanyak tujuh kriptowang di Malaysia melalui aplikasi bursa dagangan mereka.

Categories
Uncategorized

Sukan Komanwel 2022 : Malaysia Sasar Tujuh Pingat Emas

Sukan Komanwel 2022 akan berlangsung di Birmingham bermula 28 Julai sehingga 8 Ogos kelak. Selari dengannya, kini kontinjen Malaysia meletakkan sasaran untuk mendapatkan sekurangnya tujuh pingat emas pada temasya sukan tersebut. Sebelum ini, pada 2018, Malaysia berjaya dapatkan 7 pingat emas, 5 perak, dan 12 gangsa.

Categories
Uncategorized

Pengguna Malaysia Kurang Bergantung Kepada Media Cetak Untuk Berita

Mengikut data kajian terbaru, pengguna Malaysia dilihat kurang bergantung kepada sumber berita daripada media cetak. Kajian pada 2022, memperlihatkan majoriti besar bergantung secara atas-talian dan melalui media sosial, dan diikuti oleh televisyen.

Categories
Uncategorized

DARPA Ingin Membangunkan Sistem Pengecasan Dron Ketika Terbang

Penggunaan dron semakin meningkat dari hari ke hari, termasuk untuk tujuan ketenteraan. Kini, DARPA di Amerika Syarikat ingin bangunkan sistem pengecasan dron semasa ia masih sedang terbang di udara. Sistem pengecasan ini dijangka berasaskan kepada lazer, dan mampu mengecas secara nirwayar.