Categories
Uncategorized

Teleskop Gergasi China Berjaya Rakamkan Gelombang Makhluk Asing

Sekumpulan saintis di China, kini mengatakan mereka berjaya merakamkan beberapa gelombang dari angkasa menggunakan teleskop gergasi mereka – berkemungkinan daripada makhluk asing. Kajian lanjut berkaitan dengannya masih diperlukan – dan ada yang mengatakan ia mungkin adalah gangguan radio.

Categories
Uncategorized

TikTok Melabelkan Diri Sebagai Platform Hiburan, Bukan Platform Sosial

TikTok kini menekankan mereka bukanlah sebuah platform rangkaian sosial, sebaliknya adalah platform hiburan. TikTok digunakan dalam mendapatkan hiburan, dan bukan untuk berhubung antara satu sama lain, disamping algoritma yang dioptimasikan untuk setiap pengguna, dan bukan mengikut kaedah penggunaan rakan-rakan seperti platform sosial lain.

Categories
Uncategorized

66% Rakyat Malaysia Lebih Gemar Pilihan Pembayaran Nirtunai

Tinjauan Visa kini memperlihatkan lebih 66% pengguna Malaysia lebih gemar sekiranya para peniaga menyediakan pembayaran nirtunai seperti kad, dompet digital, atau imbasan kod QR. Orang ramai juga turut memilih membayar bil secara nirtunai (65%), selain membeli-belah dipasaraya (58%).

Categories
Uncategorized

Kem Pusat Everest Semakin Mencair Sebab Aktiviti Manusia

Nepal kini dalam persiapan untuk memindahkan kem pusat Everest ke altitud lebih rendah disebabkan ais semakin mencair. Hal ini kerana aktiviti manusia, termasuk kadar air kencing yang tinggi setiap hari, penggunaan bahan bakar untuk memasak dan memanaskan badan, selain lebih banyak aktiviti di kem pusat laluan tersebut.

Categories
Uncategorized

Kabinet Setuju Turunkan Had Umur “Rider” Kepada 18 Tahun

Pada hari ini, para penunggang perkhidmatan penghantaran seperti untuk GrabFood, FoodPanda, LalaMove dan lain-lain perlu berumur 21 tahun dan ke atas. Namun, ia dijangka berubah kepada tidak kurang daripada 18 tahun tidak lama lagi. Ini akan membolehkan lebih ramai menyertai arena p-hailing dalam menjana pendapatan.

Categories
Uncategorized

Nilai Bitcoin Jatuh Dibawah RM80,000

Nilai kriptowang terus memperlihatkan penurunan dari hari ke hari. Terbaru, nilai Bitcoi jatuh dibawah RM80,000, membawa kepada nilai pasaran kriptowang keseluruhannya jatuh dibawah $844 bilion. Selain Bitcoin, nilai Ethereum juga turut jatuh dibawah RM4200.

Categories
Uncategorized

Instagram Semakin Menyerupai TikTok

Instagram sedia menambah ciri Reels yang menawarkan pengalaman menatal video seperti TikTok. Kini, Instagram turut mula memperkenalkan perubahan pada halaman utama aplikasi, memaparkan gambar dan video pada skrin penuh secara menegak.

Categories
Uncategorized

Durian Kelak Akan Mempunyai Sijil Sirim

Sirim kini menyatakan kelak mereka akan menawarkan pensijilan untuk durian, khususnya Musang King. Dengan langkah ini, ia akan memudahkan pengguna mengetahui kualiti buah tersebut, disamping menstabilkan harga jualan buah tersebut, dan memudahkan proses dokumentasi apabila mengeksport ia keluar negara.

Categories
Uncategorized

AirAsia Hadir Dengan Dompet Digital Dinamakan AirAsia Pocket

AirAsia kini memeriahkan lagi arena dompet digital tempatan, dan telah memperkenalkan secara rasminya AirAsia Pocket. Ia boleh digunakan untuk tambah-nilai menggunakan bank atas-taliaan (FPX), dan seterusnya membayar pada pelbagai perkhidmatan dan produk dalam ekosistem AirAsia, selain di beberapa cawangan Santan.

Categories
Uncategorized

Elon Musk Disaman Lebih RM1 Trilion Kerana Dogecoin

Seorang pelabur Dogecoin kini memfailkan saman ke atas Elon Musk, SpaceX dan Tesla berjumlah RM1.1 trilion, mendakwa terlibat dalam skim piramid Dogecoin. Ia dikatakan Elon Musk mempromosikan Dogecoinn dan untungkan diri sendiri sahaja, dan membawa kerugian kepada pelabur lain.