Categories
Uncategorized

Samsung Mungkin Tidak Meneruskan Siri Telefon Galaxy S FE

Samsung sebelum ini telah mula menawarkan siri telefon pintar “Galaxy S FE” dengan menyertakan sejumlah ciri-ciri mercu utama pada harga kompetitif. Namun, selepas memperkenalkan Galaxy S20 FE dan juga Galaxy S21 FE, Samsung kini dikatakan mungkin akan menamatkan penawaran tersebut, dan tidak meneruskannya lagi.

Categories
Uncategorized

Meta Ingin Ubah Facebook Menjadi Seumpama TikTok

Meta kini dilihat ingin mengubah beberapa perkara pada Facebook, termasuk mengubah algoritma supaya pengalaman seumpama TikTok. Ini termasuk pada garis masa dalam memaparkan kandungan rawak yang dioptimasikan seumpama “FYP” pada TikTok.

Categories
Uncategorized

Kerajaan Tawar MRT, LRT, Monorel, Dan Bas RapidKL Percuma Selama Sebulan

Perdana Menteri kini mengumumkan perkhidmatan pengangkutan awam dibawah kendalian RapidKL percuma selama 1 bulan, bermula dari hari ini. Perkhidmatan percuma ini meliputi MRT, LRT, BRT, Monorel dan bas RapidKL. Penawaran percuma ini adalah selari pengenalan laluan MRT Putrajaya Fasa 1 yang beroperasi hari ini.

Categories
Uncategorized

Jalan Raya Yang Dilengkapi Pengecas Nirwayar Untuk Kereta Diuji

Pada hari ini, salah satu cabaran untuk pengguna kereta elektrik adalah keperluan mengecas sebelum dapat memandu. Untuk mengatasinya, kini sistem pengecasan terbina pada jalan raya diuji, membolehkan kenderaan bergerak di atasnya, dan pada masa yang sama dicas secara automatik.

Categories
Uncategorized

Malaysia Akan Kurangkan Jam Kerja Mingguan Maksimum Dari 48 Jam Kepada 45 Jam

Menteri Sumber Manusia kini menyasarkan Akta Kerja (Pindaan) 2022 akan berkuat-kuasa bermula 1 September 2022 kelak. Ia akan membawa beberapa pindaan, termasuk cuti bersalin dari 60 hari kepada 98 hari untuk pekerja wanita, dan juga jam kerja maksimum daripada 48 jam kepada 45 jam.

Categories
Uncategorized

Realme Hadir Dengan Telefon Pintar Bertemakan Naruto

Bagi para peminat Naruto, kini Realme hadir dengan sebuah telefon baharu bertemakan Naruto – sekaligus menyertakan sejumlah elemen dari anime Naruto pada rekaan telefon pintar berkenaan. Namun, walaupun sangat cantik, telefon pintar berkenaan tidak akan memasuki pasaran Malaysia.

Categories
Uncategorized

Pengguna Android Kini Boleh Membawa Data WhatsApp Bersama Ketika Pindah Ke iPhone

Apple kini mengemaskini aplikasi “Move to iOS” yang disediakan untuk pengguna Android yang berpindah ke iPhone – membolehkan mereka turut membawa sama kandungan WhatsApp ke iPhone dengan mudah. Melaluinya, ia akan mengimport pelbagai perbualan dan data dari WhatsApp di telefon Android terus ke iPhone baharu anda.

Categories
Uncategorized

Lesen Baharu Akan Dikeluarkan, Jikalau Banyak Syarikat Telekomunikasi Tidak Sertai 5G

Menteri Komunikasi dan Multimedia kini mengatakan sekiranya banyak syarikat telekomunikasi tidak sertai 5G melalui model DNB, maka lesen baharu akan dikeluarkan kepada syarikat-syarikat baharu. Ini adalah dalam usaha mempercepatkan pengenalan 5G, selepas tarikh akhir yang ditetapkan untuk persetujuan semua syarikat adalah pada 30 Jun 2022.

Categories
Uncategorized

Bill Gates Mengatakan NFT Dan Kriptowang Adalah Berasaskan Teori “Greater Fool”

Pengasas Microsoft, Bill Gates kini menyatakan yang mana kriptowang dan juga NFT adalah berasaskan kepada teori “Greater Fool” – dimana aset berkenaan adalah dinilaikan tinggi, dan harga terus meningkat apabila ada yang lebih sanggup membayar untuknya. Bill Gates turut nyatakan beliau tidak terlibat dengan kriptowang.

Categories
Uncategorized

Kamera Leica Menjadi Kamera Terpaling Mahal Di Dunia Pada Nilai Mencecah RM66 Juta

Jenama Leica sedia popular dalam arena fotografi, dan kini Leica 0-Series dilelong pada harga mencapai RM66.7 juta, sekaligus menjadikan ia kamera paling mahal di dunia. Sebanyak 23 unit Leica 0-Series pernah dihasilkan, dan dipercayai sekitar 12 masih wujud.