Categories
Uncategorized

Selamat Tinggal Internet Explorer!

Microsoft hari ini akhirnya menamatkan sokongan untuk pelayar web Internet Explorer. IE telah diperkenalkan pada 1995, dan hadir bersama sistem operasi Windows. Apa pun, dengan perkembangan era web moden, IE agak ketinggalan. Kini, sebagai alternatif, Microsoft menawarkan Edge menggantikan IE.

Categories
Uncategorized

Barangan Import Berharga Bawah RM500 Yang Dibeli Online Akan Dikenakan Cukai Bermula 2023

Kerajaan melalui Belanjawan 2022 telah menyatakan barangan bernilai rendah (bawah RM500) akan dikenakan cukai bermula 2023 kelak. Melaluinya, sebarang pembelian barangan secara online dan dihantar melalui kurier udara akan dikenakan cukai jualan 10%.

Categories
Uncategorized

Netflix Akan Hadir Dengan Rancangan Realiti TV Sebenar Untuk Squid Game

Squid Game merupakan salah satu siri-TV popular di Netflix. Dengan popularitinya, kini Netflix umum akan hadir dengan rancangan realiti-TV sebenar dinamakan Squid Game : The Challenge, dan tawar hadiah berjumlah $4.56 juta, dan melibatkan 456 peserta. Peserta yang kalah dijangka akan dapat pulang dengan selamat.

Categories
Uncategorized

Pelbagai Filem Spiderman Ditayangkan Melalui Disney+ Hotstar Mulai 17 Jun

Disney+ Hotstar kini akan menambah pelbagai filem Spiderman pada perkhidmatan penstriman mereka mulai 17 Jun. Ini termasuk Spider-Man 2, Spider-Man 3, The Amazing Spider-Man, Into The Spider-Verse dan juga Venom.

Categories
Uncategorized

Adobe Photoshop Versi Web Akan Ditawarkan Percuma Untuk Semua

Adobe kini telah memulakan penawaran Photoshop versi web secara percuma untuk pengguna di Kanada – dan dijangka ditawarkan kepada semua tidak lama lagi. Dengan langkah ini, orang ramai boleh melakukan suntingan gambar terus melalui pelayar web, seumpama Canva, dan menikmati kelebihan penyuntingan Photoshop.

Categories
Uncategorized

GM Ingin Tawar Khidmat Sewa Kereta…Di Bulan

General Motors kini berkongsi perancangan mengatakan bakal perkenal perkhidmatan kenderaan sewa di Bulan. Khidmat ini dijangka menyasarkan agensi kerajaan dan syarikat swasta yang melakukan misi di Bulan. Kenderaan ini dijangka dilancarkan sebelum misi manusia ke bulan pada 2025 kelak.

Categories
Uncategorized

Shopee Rancang Hentikan Sebahagian Pekerja Di Beberapa Pasaran Asia Tenggara

Shopee, laman edagang popular di rantau Asia Tenggara kini dilaporkan akan melaksanakan pemberhentian pekerja, sebagai usaha untuk seimbangkan medium operasi. Antara bahagian yang terkesan adalah ShopeePay dan juga ShopeeFood.

Categories
Uncategorized

China Hadir Dengan Peta Permukaan Bulan Paling Terperinci

Saintis di China kini terbitkan sebuah peta permukaan Bulan yang paling terperinci, sekaligus memudahkan lagi pemahaman berkenaan Bulan. Peta ini dijayakan dengan himpunkan data selama 10 tahun melalui pelbagai misi yang dihantar oleh China.

Categories
Uncategorized

Samsung Tawar Pakej “Galaxy Ecosystem” Untuk Mudahkan Pengguna Apple Beralih

Pada harga RM10,888, kini Samsung tawarkan pakej “Galaxy Ecosystem” yang membolehkan sesiapa sahaja beralih ke ekosistem Samsung – dan menerima tablet, telefon, jam tangan, dan juga fon telinga nirwayar. Pembelian pek ini juga menawarkan diskaun berbanding dengan membeli setiap peranti secara berasingan.

Categories
Uncategorized

Pil Perancangan Kehamilan Untuk Lelaki Bakal Hadir Ke Pasaran Tidak Lama Lagi

Pada hari ini, pil perancangan kehamilan hanya dihasilkan untuk wanita sahaja. Tetapi, perkara ini dijangka berubah tidak lama lagi. Dua pil perancang kehamilan untuk lelaki telah pun melepasi fasa pertama ujian proses klinikal. Pil ini kurangkan tahap testosteron dalam tubuh, dan kurangkan jumlah sperma yang dihasilkan.