Categories
Gaya Hidup Semasa

Baskin Robbins Memperkenalkan Rekaan Logo Dan Dekorasi Baharu Di Malaysia

Baskin Robbins di Malaysia kini mengemaskini penggunaan warna dan juga muka taip logo, selain turut menyertakan pengalaman dan persekitaran kedai yang lebih moden dan elegan. Dengan penjenamaan semula kedai Baskin Robbins ini, nampaknya, jenama ini kini mula mengetengahkan elemen yang lebih matang dan telah menggantikan gaya yang memfokuskan kepada kanak-kanak pada logo dan seni hias sebelum ini.

Categories
Kewangan

Rakyat Perlukan RM2.24 Juta Untuk Sertai Kumpulan Terkaya 1% Di Malaysia

Mengikut tinjauan yang dilakukan firma hartanah Knight Frank, ia dilihat orang ramai perlu mempunyai kekayaan sekurang-kurangnya RM2.24 juta untuk menyertai kumpulan terkaya 1% di Malaysia. Ia dijangka, akan terdapati seramai 164,839 individu pada tahap 1% ini menjelang 2027 kelak.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Apple Vision Pro Diperkenalkan – Set Realiti Gabungan Pada Harga Mencapai RM16,000

Apple kini telah memperkenalkan set kepala realiti gabungan pertama secara rasminya, dinamakan Apple Vision Pro. Ia hadir dengan sejumlah sensor, sekaligus membolehkan pengguna menikmati kandungan digital di atas dunia sebenar dengan memakainya pada kepala. Set kepala ini akan dijual pada 2024 pada harga mencapai RM16,000.

Categories
Semasa

Sesi Persekolahan Akan Kembali Bermula Pada Awal Januari Mulai Tahun 2026

Kementerian Pendidikan kini telah memutuskan supaya sesi persekolahan kembali bermula pada bulan Januari, mulai tahun 2026 kelak. Sebelum ini, sesi persekolaahn terpaksa ditangguhkan sementara ketika penularan Covid-19, membuatkan sesi akedemik sekolah kini bermula sekitar bulan Mac. Sesi persekolahan untuk tahun 2025 juga akan diawalkan ke bulan Februari 2025.

Categories
Gaya Hidup

Sofyank Bakal Hadir Dengan Syarikat Produksi Sendiri

Sofyank atau Mohamad Sofian Abdullah terkenal dengan video pendek magis beliau di mana video-video ini mempertontonkan gelagat lucu yang menggunakan kesan visual. Terbaru menurut laporan Bernama, Sofyank pada hujung tahun ini ingin tubuhkan syarikat produksi tersendiri ingin mengembangkan lagi operasi beliau lebih ke arah Zach King. Sofyank ingin lebih ramai menceburi bidang kesan visual khas ini.

Categories
Semasa

Kerajaan Akan Mansuhkan Penggunaan Alat Timbang Neraca Sepenuhnya Dalam Tempoh Setahun

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, kini menyatakan kerajaan akan mansuhkan penggunaan alat timbang neraca sepenuhnya dalam tempoh setahun dari sekarang. Langkah ini diambil dalam usaha menggantikan penggunaannya dengan alat penimbang elektronik. Buat masa ini, ia dikatakan hanya sekitar 25% alat timbang berasaskan elektronik digunakan di seluruh negara.

Categories
Teknologi

Anda Kini Boleh Menggunakan Bing Chat Tanpa Akaun Microsoft

Sebelum ini anda perlukan tunggu dan wajib menggunakan akaun Microsoft untuk mengakses Bing Chat. Tetapi, kini pihak Microsoft telah membuka akses, sekaligus membolehkan sesiapa sahaja menggunakan Bing Chat tanpa perlu akaun Microsoft. Cuma penggunaan akan terhad kepada 5 perbualan sahaja. Anda perlu log masuk untuk perbualan yang lebih lama dan akses mencapai 20 perbualan dan 200 sesi sehari.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Canon Dilaporkan Ingin Bekerjasama Dengan Pengeluar Telefon Pintar

Kerjasama antara Zeiss dan Nokia serta Huawei dan Leica sudah menjadi legenda dalam dunia telefon selular. Dalam kedua-dua kes, nama kesemua syarikat yang terlibat semakin dikenali ramai serta menjadi sinonim dengan kemampuan fotografi yang baik. Terbaru, muncul pula ura-ura baharu, mengatakan yang mana Canon kini bakal menjalinkan kerjasama dengan salah satu pengeluar telefon pintar, sekaligus membolehkan telefon pintar dipasarkan dengan kamera berteknologi Canon.

Categories
Teknologi

Meta Dijangka Memperkenalkan Aplikasi Alternatif Twitter Seawal Penghujung Jun

Meta dijangka memperkenalkan aplikasi memfokuskan teks seumpama Twitter, seawal penghujung Jun 2023 kelak. Aplikasi dibawah Instagram ini dijangka ditawarkan dalam bentuk aplikasi berasingan, dan membolehkan pengguna melakukan perkongsian teks sehingga 500 aksara. Selain teks sahaja, seperti Twitter, pengguna turut boleh menyertakan gambar dan video pada perkongsian tersebut. Meta turut dijangka mengintegrasikan ciri terpencar pada platform baru mereka ini.

Categories
Teknologi

Liputan Rangkaian 5G Di Malaysia Kini Capai Hampir 60% Kawasan Berpenduduk

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil kini berkongsi menyatakan liputan rangkaian 5G di Malaysia kini telah mencapai angka 59.5% kawasan berpenduduk, setakat penghujung April 2023. Disamping angka secara menyeluruh, ia turut dikongsikan yang mana peratusan capaian 5G di negeri Sarawak telah mencapai 34% kawasan berpenduduk. Namun, ia turut ditekankan yang mana capaian ini masih belum memadai, dan perlu ditambah-baik lagi.