Categories
Uncategorized

Boleh Masuk Premis Tanpa Imbas Kod QR MySejahtera Bermula 1 Mei 2022

Bermula 1 Mei 2022 kelak, orang ramai tidak lagi wajib untuk imbas kod QR ketika ingin memasuki premis atau kawasan awam. Kemasukan ke premis dibenarkan tanpa mengira status vaksinasi. Pemilik premis dikehendaki untuk menyemak status risiko pengunjung dalam MySejahtera.

Categories
Uncategorized

Tidak Lagi Wajib Memakai Pelitup Muka Ketika Di Kawasan Terbuka Bermula 1 Mei 2022

Menteri Kesihatan hari ini mengumumkan tidak lagi wajib untuk memakai pelitup muka ketika berada di tempat terbuka, bermula 1 Mei 2022. Walaubagaimaapun, pemakaian pelitup muka diwajibkan di dalam bangunan. Ia juga diwajibkan ketika dalam pengangkutan awam dan juga dalam kenderaan seru-pandu.

Categories
Uncategorized

Poco F4 GT Rasmi – Telefon Snapdragon 8 Gen 1 Paling Murah Di Malaysia Setakat Ini

Poco Malaysia kini telah memperkenalkan Poco F4 GT untuk pasaran Malaysia, hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen 1, dilengkapi skrin AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz, selain sokongan pengecasan pantas 120W HyperCharge. Di Malaysia, Poco F4 GT ini ditawarkan pada harga serendah RM1999.

Categories
Uncategorized

WhatsApp Kini Membolehkan Anda Membuat Panggilan Suara 32 Orang Serentak

WhatsApp Groups kini membolehkan anda membuat panggilan suara sehingga 32 orang secara serentak pada sesuatu masa, sekaligus memudahkan anda berkomunikasi dan membincangkan sesuatu perkara secara serentak. Bersama pengenalan ini, WhatsApp turut membawakan rekaan antaramuka baharu untuk ciri panggilan suara berkumpulan.

Categories
Uncategorized

Elak Sesat Di Bulan, NASA Perkenal Beg Galas Khas Untuk Angkasawan

Dengan misi ke bulan dijangka dilakukan pada tahun 2025 kelak, kini NASA telah hadir dengan sebuah beg galas khusus, bagi memastikan perjalanan dan pergerakkan angkasawan di bulan berjalan lancar, dan tidak sesat. Ia dilengkapi dengan sistem LiDAR dan lazer dalam memastikan angkasawan jejak semula perjalanan sekiranya sesar.

Categories
Uncategorized

Elon Musk Beli Twitter Pada Nilai Lebih RM191 Bilion


Elon Musk, manusia terkaya di dunia, kini telah pun membeli perkhidmatan media sosial Twitter, pada nilai lebih RM191 bilion. Dengan pembelian ini, Twitter akan menjadi syarikat persendirian kembali, selain turut bakal melalui beberapa perubahan termasuk dari segi algoritma yang lebih sumber terbuka, disamping beberapa perkara lain pada media sosial tersebut.

Categories
Uncategorized

Kerajaan Beri Tol Percuma Untuk Balik Beraya

Kerajaan hari ini umumkan penawaran tol percuma untuk balik beraya, melalui Lebuhraya PLUS dan juga Lebuhraya Pantai Timur. Tol percuma ini diberikan pada 30 April sehingga 1 Mei, selain ketika pulang kembali iaitu pada 7 dan 8 Mei 2022. Disamping itu, beberapa tol lain turut memberikan diskaun bersempena Hari Raya 2022 ini.

Categories
Uncategorized

Instagram Ingin Anda Berhenti Berkongsi Semula Video Dari TikTok Pada Reels

Instagram kini mengemaskini algoritma di Instagram Reels, dimana ia akan lebih banyak mengetengahkan kandungan asli pada Instagram, dan bukannya perkongsian kembali daripada mana-mana platform, seperti video dari TikTok. Langkah ini dijangka akan memperbanyakkan lagi kandungan asli baharu yang diterbitkan pada platform Reels.

Categories
Uncategorized

Filem Mechamato Mungkin Menemui Penonton Pada Penghujung 2022

Memperkembangkan dunia Boboiboy, kini Monsta mengacah filem seterusnya mereka, iaitu Mechamato. Mechamato mengisahkan Amato dan spesis Power Sfera, MechaBot – sekaligus menjaga Kota Hilir daripada robot-robot jahat. Ia sedia ditayangkan dalam siri animasi, dan filemnya dijangka ditayangkan pada penghujung 2022 ini.

Categories
Uncategorized

Astro Berjaya Dapatkan Hak Siaran EPL Sehingga 2025

Astro hari ini mengumumkan mereka telah berjaya memperbaharui hak siaran Premier League di Malaysia untuk tiga musim lagi, iaitu bermula 2022/23 sehingga ke 2024/25. Dengan pengumuman ini, para pengguna tempatan yang ingin menonton siaran perlawanan bola sepak EPL perlu melanggan atau mempunyai akses ke siaran Astro dalam menontonnya. Selain itu, pengguna juga boleh menonton melalui perkhidmatan penstriman Sooka.