Categories
Uncategorized

Kerajaan Akan Umum Kelonggaran SOP Baru – Berkaitan Pelitup Muka, MySejahtera

Perdana Menteri, Ismail Sabri kini berkongsi mengatakan kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mengumumkan kelonggaran SOP dari masa ke semasa, termasuk meliputi pemakaian pelitup muka dikawasan awam, selain keperluan mengimbas kod QR MySejahtera. Ia masih pada peringkat perbincangan, dan mungkin diumumkan tidak lama lagi.

Categories
Uncategorized

Sony Hadir Dengan Pelan Langganan PS Plus Baharu Bermula Mei

Sony kini bakal menawarkan pelan langganan baharu untuk PS Plus dalam tiga variasi untuk pasaran Malaysia, bermula 23 Mei kelak. Melaluinya, ia akan menawarkan PS Plus Essentials pada harga RM29 sebulan, PS Plus Extra (hadir dengan tambahan 400 permainan) pada harga RM44 sebulan, dan PS Plus Deluxe yang turut menyertakan akses tambahan permainan PS2 dan PSP pada harga RM50 sebulan.

Categories
Uncategorized

CNN+ Jadi Perkhidmatan Penstriman Yang Ditamatkan Hanya Selepas Sebulan Dilancarkan

CNN+ merupakan salah satu perkhidmatan penstriman yang diperkatakan ramai, dan telah dilancarkan beberapa minggu lepas. Namun, tidak sampai sebulan, kini pemiliknya telah mengumumkan perkhidmatan berkenaan akan ditamatkan pada 30 April 2022 ini. CNN+ sebelum ini menyasarkan kandungan berbentuk berita, wawancara, dokumentari dan sejumlah kandungan ilmiah lain.

Categories
Uncategorized

NASA Hadir Dengan Aloi Yang 1000x Tahan Tekanan Dan Suhu

NASA yang popular dengan eksplorasi angkasa, kini mengumumkan telah berjaya menghasilkan aloi baharu untuk kegunaan industri aeroangkasa. Aloi ini diperkukuh dan mampu bertahan sehingga suhu 2,000° F (1093 °C), selain 1000 kali ganda tahan lasak berbanding aloi biasa. Ia dijangka akan digunakan hasilkan enjin jet yang lebih tahan berbanding hari ini.

Categories
Uncategorized

Kad Touch ’n Go Baru Kini Boleh Ditambah-Nilai Terus Melalui Aplikasi

Touch ’n Go kini telah memperkenalkan kad generasi baharu mereka, yang boleh ditambah-nilai terus menggunakan sokongan NFC pada telefon bersama aplikasi TNG eWallet. Pengguna boleh kemaskini aplikasi TNG eWallet ke versi baharu, dan menikmati ciri ini, selain membeli kad ini pada harga RM10. Dengan langkah ini, ia sekaligus memudahkan proses tambah-nilai oleh pengguna TNG.

Categories
Uncategorized

Sony Dan Microsoft Ingin Papar Iklan Pada Permainan Percuma

Sony dan Microsoft masing-masing dilaporkan akan menambah sokongan iklan pada permainan percuma mereka di platform Xbox dan PlayStation. Ini akan galakkan penerbitan permainan percuma. Iklan tidak akan berbentuk menganggu, sebaliknya pada bahagian seperti papan iklan dalam permainan, dan objek-objek lain.

Categories
Uncategorized

Samsung Akan Guna Teknologi Bateri Kereta Pada Telefon Pintar

Samsung SDI sedia membangunkan teknologi bateri yang berlapis untuk kereta. Ia dijangka akan menggantikan teknologi bateri telefon yang digulung dan jeli sebelum ini. Menerusi teknologi ini bateri yang lebih padat dapat dihasilkan sekaligus membuatkan bateri dengan kapasiti lebih tinggi pada saiz yang sama dapat dihasilkan.

Categories
Uncategorized

Filem Fast & Furious Seterusnya Akan Dikenali Sebagai “Fast X”

Siri filem Fast & Furious merupakan salah satu siri yang popular dengan mengetengahkan aksi dan perlumbaan kereta. Selepas menerbitkan sembilan filem dibawah siri berkenaan sebelum ini, kini filem seterusnya telah mulakan penggambaran, dan akan dikenali sebagai Fast X. Ia dijangka ditayangkan pada April 2023.

Categories
Uncategorized

Mereka Yang Lahir Selepas 2005 Akan Diharamkan Daripada Membeli Produk Rokok

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin kini menggesa supaya rang undang-undang larangan merokok diluluskan pada Julai 2022 ini. Melaluinya, mereka yang lahir selepas 2025 akan diharamkan daripada membeli sebarang produk rokok – termasuk rokok elektronik atau vape.

Categories
Uncategorized

BSN Perlihat Konsep Gelang Tangan Pintar Untuk Pelajar Bagi Tujuan Pembayaran Di Kantin

Bank Simpanan Nasional kini memperlihatkan konsep menggunakan gelang tangan pintar dalam memudahkan pembayaran oleh pelajar di kantin, kedai buku sekolah dan sebagainya. Konsep ini diperlihatkan oleh BSN di Perlis, dengan aspirasi menjadikan sekolah nirtunai.