Categories
Uncategorized

Netflix Anggar Sekitar 100 Juta Akaun Berkongsi Kata Laluan

Netflix hari ini berkongsi mengatakan mereka anggarkan sekitar 100 juta isi rumah berkongsi kata laluan pada hari ini. Dengan angka pelanggan yang berkurangan, Netflix dijangka akan memerangi perkongsian kata laluan ini. Netflix turut menganggarkan mereka akan kehilangan sekitar 2 juta pelanggan pada suku tahun kedua 2022 ini.

Categories
Uncategorized

Maybank Sedia ATM Khusus Untuk Keluar Duit Raya Dalam RM10 Dan RM50

Bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri menjelang tiba, kini Maybank menyediakan ATM Raya 2022, membolehkan orang ramai untuk mengeluarkan duit dalam pilihan wang kertas RM10 atau RM50. ATM khusus ini akan beroperasi di sejumlah lokasi terpilih seluruh negara antara 21 April sehingga 4 Mei 2022 kelak.

Categories
Uncategorized

Seperti Apple, Tesla Berhenti Menawarkan Pengecas Mudah-Alih Untuk Kereta

Beberapa pengeluar telefon sudah tidak menyertakan pengecas bersama pembelian, dan kini Tesla turut melakukan perkara sama, dan tidak lagi akan menyertakan “Mobile Connector” bersama pembelian kereta baharu. Ia akan dijual secara berasingan. Pihak Tesla mengalakkan pengguna menggunakan Wall Connector sebagai alternatif untuk memudahkan pengecasan.

Categories
Uncategorized

Netflix Ingin Tawar Pelan Langganan Lebih Murah Dengan Sokongan Iklan

Netflix hari ini berkongsi mereka sedang pertimbang untuk memperkenalkan pelan langganan berharga lebih murah, tetapi hadir dengan sokongan pengiklanan. Apa pun, pelan langganan seperti sekarang masih akan dikekalkan, dan pelan langganan dengan sokongan iklan akan ditujukan kepada mereka yang inginkan pelan lebih murah.

Categories
Uncategorized

Ops Hari Raya : 5 Kesalahan Trafik Tidak Akan Dikompaun – Terus Ke Mahkamah

Bersempena dengan musim perayaan, dalam memastikan trafik lancar dan selamat, pihak berkuasa akan melaksanakan Ops Hari Raya. Dibawahnya, sebanyak lima kesalahan trafik tidak akan dikompaun, sebaliknya terus ke mahkamah. Kesalahan berkenaan adalah memandu melebihi had laju, memandu pada lorong kecemasan, menggunakan telefon ketika memandu, langgar lampu isyarat, dan juga memotong barisan.

Categories
Uncategorized

USIM Perkenal Aplikasi Quran Isyarat Untuk OKU Pendengaran

Universiti Sains Islam Malaysia kini hadir dengan aplikasi Quran Isyarat yang memudahkan OKU pendengaran untuk mengikuti bacaan al-Quran, selain terjemahan untuknya. Aplikasi ini dilengkapi dengan bahasa isyarat dalam bentuk tulisan untuk memudahkan bacaan, selain turut menyediakan video untuk memudahkan rujukan. Aplikasi ini ditawarkan percuma di Android dan iPhone.

Categories
Uncategorized

Xbox PC Game Pass Kini Boleh Diuji Di Malaysia Pada Harga 50 sen Untuk Bulan Pertama

Microsoft kini telah melancarkan Xbox PC Game Pass di Malaysia, membolehkan pengguna komputer mengakses lebih 100 permainan PC pada harga langganan bulanan. Microsoft menawarkan ia pada harga 50 sen untuk bulan pertama, dan seterusnya RM15 untuk setiap bulan.

Categories
Uncategorized

Anda Mungkin Perlukan Lesen Untuk Guna Skuter Elektrik Pada Kelajuan Tertentu

Kementerian Pengangkutan Malaysia kelak akan putuskan sebuah peraturan kecil berhubung skuter elektrik – termasuk berkaitan pelaksanaan penggunaan lesen untuk pengguna skuter elektrik dan juga pembekal kenderaan tersebut. Penggunaan lesen ini mungkin tertakluk untuk penggunaan pada suatu kelajuan. Pada hari ini, akta mikro mobiliti merangkumi penggunaan kenderaan dipacu sumber elektrik pada kelajuan maksimum 50km/j.

Categories
Uncategorized

Starbucks Mula Beroperasi 24 Jam Di Beberapa Lokasi Di Malaysia

Starbucks Malaysia kini telah mula beroperasi 24 jam di sekitar 33 cawangan terpilih di seluruh negara, sekaligus membolehkan para pengguna mendapatkan minuman kegemaran mereka pada bila-bila masa. Antara cawangan yang dibuka 24 jam termaasuk di Ampang, Eco Grandeur, Genting, KLIA, dan beberapa cawangan di lebuhraya.

Categories
Uncategorized

TikTok Shop Mula Diperkenalkan Di Malaysia – Bersaing Dengan Shopee Dan Lazada

TikTok sedia popular sebagai perkhidmatan sosial perkongsian video, dan kini mereka turut telah mula memperluaskan penawaran meliputi edagang. Beberapa akaun TikTok di Malaysia telah mula mengaktifkan TikTok Shop – dan pengguna pula boleh lakukan pembelian terus melalui aplikasi tersebut, dan memantau proses penghantaran melaluinya.