Categories
Kewangan

CIMB Menamatkan Sokongan Tambah-Nilai Kad TNG Melalui ATM

CIMB kini mengumumkan mereka telah menamatkan sokongan untuk tambah-nilai kad Touch n Go melalui mesin ATM, berkuatkuasa hari ini, 2 Mei 2023. Pihak CIMB menyatakan pengguna boleh menyemak laman Touch n Go untuk mengetahui lokasi tambah-nilai terdekat. Dengan langakh ini, pengguna perlu mencari alternatif lain dalam menambah-nilai kad TNG mereka, sekiranya sebelum ini sering melakukan tambah-nilai melalui mesin ATM CIMB.

Categories
Teknologi

Kakitangan Samsung Diharamkan Menggunakan ChatGPT Dan Bing

Samsung kini mengeluarkan memo kepada kakitangan supaya tidak lagi menggunakan kecerdasan buatan seperti ChatGPT, Microsoft Bing dan Google Bard. Hal ini kerana untuk mengelak sebarang ketirisan data berlaku akibat penggunaan data yang dilatih pada kecerdasan buatan berkenaan.

Categories
Sains

Kajian Di China Mendapati Pengambilan Makanan Bergoreng Dikaitkan Dengan Risiko Kemurungan

Menurut pasukan penyelidik di Hangzhou, China, mereka mendapati bahawa pengambilan makanan bergoreng yang kerap, terutamanya kentang goreng, dikaitkan dengan risiko kebimbangan 12% selain turut menunjukkan risiko kemurungan hampir 7% lebih tinggi berbanding orang yang tidak makan makanan bergoreng. Dan bukan itu sahaja, ia cenderung berlaku dalam kalangan lelaki muda serta individu dalam lingkungan umur bawah 30 tahun.

Categories
Semasa

WEF : 23% Pekerjaan Di Dunia Dijangka Berubah Dalam Tempoh 5 Tahun

Forum Ekonomi Dunia (WEF), mendedahkan sekitar 23% pekerjaan di dunia akan alami perubahan dalam tempoh 5 tahun – kesan keperluan kepakaran dan sokongan teknologi digital. Perubahan ini didorong tekanan kos semasa yang memperlihatkan paras inflasi tinggi, pertumbuhan ekonomi perlahan serta kesan kekangan bekalan yang menimbulkan ancaman buat segelintir industri.

Categories
Semasa

Jemaah Menteri Teliti Cadangan Naikkan Caruman KWSP Majikan Ke 20%

Jemaah Menteri kelak akan berbincang meneliti syor berhubung menaikkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada bahagian majikan. Setakat ini syor tersebut telah dikemukakan namun masih belum dirujuk pada kabinet. Disuarakan oleh Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC), kumpulan ini menyarankan agar pentadbiran meneliti keupayaan untuk naikkan kadar caruman KWSP bahagian majikan daripada 13% kepada 20%.

Categories
Teknologi

Presiden Microsoft Melihat China Menjadi Pesaing Terbesar Untuk ChatGPT

Presiden Microsoft, Brad Smith kini melalui sebuah temuramah menyasarkan yang mana syarikat dan firma dari China bakal menjadi pesaing terbesar untuk perkhidmatan ChatGPT dibawah OpenAI pada hari ini. Beliau turut mengatakan melihat tiga firma pada barisan hadapan dalam persaingan kecerdasan buatan, iaitu diterajui OpenAI, Google pada tempat kedua, dan Akademi Kecerdasan Buatan Beijing pada kedudukan ketiga.

Categories
Teknologi

Apple Dilaporkan Sedang Bangunkan Pembimbing Memfokuskan Kesihatan, Berasaskan AI

Terkini, dalam terus memfokuskan arena kesihatan, kini Bloomberg melaporkan Apple sedang bangunkan sebuah ciri baharu yang diberikan nama kod Quartz. Quartz ini dikatakan merupakan sebuah pembimbing memfokuskan kesihatan, yang mana berasaskan kepada kecerdasan buatan (AI). Quartz akan menggunakan pelbagai data pengguna sedia ada melalui Apple Watch, dan seterusnya menyediakan program yang bersesuaian memfokuskan kepada senaman, corak tidur dan juga makanan serta diet.

Categories
Teknologi

Meta Kini Mempunyai 3.02 Bilion Pengguna Aktif Harian

Meta kini berkongsi perkembangan terbaru platform mereka, dan menyatakan penawaran aplikasi dan perkhidmatan mereka mempunyai 3.02 bilion pengguna aktif harian sehingga Mac 2023 kelak. Pengguna aktif harian ini meliputi aplikasi Facebook, Instagram, Messenger dan juga WhatsApp.

Categories
Sains

Percubaan Mendarat Di Permukaan Bulan Oleh Syarikat Swasta Menemui Kegagalan

Misi Hakuto-R Mission 1 ke bulan telah dilancarkan oleh iSpace Inc, sebuah syarikat swasta dari Jepun yang ingin menjadi syarikat swasta pertama berjaya meletakkan sebuah kenderaan pendaratan (lander) ke permukaan bulan. Namun begitu misi ini menemui kegagalan pagi tadi apabila kenderaan pendaratan bulan Hakuto-R hilang perhubungan dengan pusat kawalan semasa dalam proses pendaratan. Pendaratan di kawasan Mare Frigoris bulan terputus ketika ia berada sekitar 30 kaki sahaja lagi dari permukaan bulan.

Categories
Semasa

The Edge Beli Pegangan Pada Star Media

The Edge Communications yang sedia terkenal dengan penawaran berita-berita memfokuskan perniagaan dan pergerakkan industri, kini dilihat membeli pegangan pada satu lagi syarikat media terkemuka tempatan, iaitu Star Media Group. Melalui pemfailan di Bursa Malaysia, kini The Edge mempunyai pegangan sebanyak 5.17% pada Star Media Group. Disamping itu, pemilik The Edge sendiri turut membeli pegangan sebanyak 0.25% pada Star Media Group – sekaligus membawa kepada pegangan berjumlah 5.42% oleh pihak The Edge.