Categories
Teknologi

WhatsApp Perkenal Ciri Yang Dinantikan Ramai – Guna Akaun WhatsApp Sama Pada Lebih Dari Satu Telefon

WhatsApp hari ini mengumumkan salah satu ciri yang dinantikan ramai pengguna seluruh dunia untuk sekian lama, iaitu sokongan multi-telefon untuk suatu akaun WhatsApp. Dengan pengenalan ciri baharu ini, ia membolehkan pengguna menggunakan satu akaun WhatsApp yang sama pada lebih dari satu telefon – termasuk sama ada pada Android atau iPhone.

Categories
Semasa

Universiti Di Amerika Menawarkan Biasiswa Kepada Mahasiswa Yang Tidak Menggunakan Telefon Pintar

Di Amerika Syarikat, Franciscan University of Steubenville menawarkan biasiswa kepada pelajar yang berjanji tidak menggunakan telefon pintar sepanjang tempoh pengajian. Unplugged Scholarship adalah buah fikiran kumpulan alumni universiti yang ingin mengembalikan hubungan sebenar antara pelajar dan juga tuhan. Sebagai sebuah universiti keagamaan, pelajar diminta untuk memberikan tumpuan kepada hubungan sebenar antara pelajar lain, berdoa dan mendekatkan diri kepada tuhan.

Categories
Semasa Sukan

Bulan Bintang Catat Rekod Dunia Guiness Untuk Pelari Maraton Terpantas Berpakaian Tradisional Melayu

Bulan Bintang, salah satu jenama pakaian tempatan kini berjaya mencatatkan rekod dunia Guiness untuk kategori pelari maraton terpantas yang berpakaian tradisional melayu – iaitu baju melayu lengkap bersamping. Rekod ini dicatatkan pada TCS London Marathon 2023 oleh Mohd Syahidan Bin Alias, mengambil masa 2 jam 49 minit 22 saat untuk rekod larian maraton penuh sepanjang 42.2 kilometer.

Categories
Semasa

Jumlah Penduduk India Dijangka Mengatasi Jumlah Penduduk China Tidak Lama Lagi

Setelah berabad lamanya, kini India dijangka akan tampil selaku negara paling ramai penduduk di dunia – dengan mengatasi China, melepasi jumlah penduduk dengan hampir 1.43 bilion. Pengamatan laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu meletakkan sasaran jumlah tersebut akan diatasi seawal minggu ini. Buat pengetahuan umum, menjelang akhir April ini – India dijangka miliki jumlah penduduk seramai 1,425,775,850 individu.

Categories
Sains

China Ingin Menguji Teknologi Percetakkan 3D Untuk Bina Stesen Di Bulan

China kini sedang melihat kepada kaedah pembinaan habitat serta penempatan di Bulan, melalui penggunaan teknologi percetakkan 3D, menggunakan bahan-bahan serta mineral yang terdapat di satelit semulajadi Bumi tersebut. Buat masa ini, ia masih pada peringkat penyelidikkan awal. Untuk menjayakan perkara berkenaan, China akan menghantar beberapa misi ke bulan – termasuk untuk mengkaji persekitaran serta komposisi mineral di bulan.

Categories
Teknologi

ChatGPT Dianggar Menelan Kos Operasi Sebanyak RM3.1 Juta Sehari

Mengikut anggaran penganlisa di SemiAnalysis, ia dianggarkan ChatGPT menelan kos operasi sekitar $700,000 atau RM3.1 juta sehari. Kos ini dianggarkan untuk memastikan chatbot tersebut kekal beroperasi dari hari ke hari, dan menampung kadar trafik semasa. Ia dianggarkan OpenAI memerlukan hampir 30,000 GPU, atau secara tepatnya 28.936 GPU dalam memastikan ChatGPT beroperasi.

Categories
Teknologi

Google Bard Kini Boleh Menulis Kod Dalam Lebih 20 Bahasa Pengaturcaraan

Google Bard merupakan penawaran chatbot yang diintegrasikan dengan kecerdasan buatan oleh pihak Google. Buat masa ini, ia masih ditawarkan secara terhad kepada beberapa pengguna di Amerika Syarikat sahaja. Terbaru, Bard dikatakan boleh menjana kod, melakukan debug, serta menerangkan sesuatu kod pengaturcaraan. Bard juga menyokong lebih 20 bahasa pengaturcaraan buat masa ini, termasuk C++, Java, Javascript, Go, Python, dan Typescript.

Categories
Gaya Hidup

Apple Dilaporkan Bakal Perkenal Aplikasi Berbentuk Jurnal Dalam Memfokuskan Arena Kesihatan Mental

Apple kini dilaporkan sedang membangunkan sebuah lagi aplikasi dibawah penawaran mereka, dengan memfokuskan kepada ciri menulis jurnal atau diari. Aplikasi ini akan bersaing dengan beberapa yang lain di pasaran, termasuk salah satu yang popular adalah Day One. Apple dijangka memposisikan aplikasi ini dalam arena kesihatan mental.

Categories
Sains

SpaceX Starship Meletup Semasa Ujian Pelancaran Ke Orbit

Pelancaran pertama Starship untuk mengorbit bumi telah berjaya dilakukan dari Boca Chica, Texas menggunakan sebuah roket Super Heavy. Namun begitu selepas melepasi tahap pertama, roket mengalami isu dan berkecai sebelum Starship sempat berpisah dan menyalakan enam enjin tahap keduanya. Walaupun gagal memenuhi sasaran misi, SpaceX mengatakan data ujian hari ini adalah berguna untuk melakukan pelancaran yang seterusnya.

Categories
Semasa

Twitter Mula Membuang Tanda Calit Biru Legasi Pada Akaun Pengguna

Seperti dijanjikan, Twitter kini dilihat telah mula membuang tanda calit biru legasi pada akaun-akaun yang tidak melanggan Twitter Blue. Dengan perubahan ini, Twitter kini hanya memperlihatkan tanda calit biru atau dikenali ramai sebagai “Verified” pada akaun yang melanggan Twitter Blue sahaja. Di Malaysia, Twitter Blue ditawarkan pada harga langganan RM35 sebulan.