Categories
Gaya Hidup Teknologi

Korea Selatan Merancang Memperkenalkan 6G Seawal 2028

Korea Selatan kini menyasarkan untuk memperkenalkan rangkaian telekomunikasi generasi ke-6, atau turut dikenali sebagai 6G, seawal 2028 kelak. Dengan langkah ini, ia meletakkan hanya sekitar 5 tahun lagi sebelum Korea Selatan melancarkan rangkaian 6G mereka. Sebelum ini, sasaran tersebut diletakkan pada 2030, tetapi kini diawalkan 2 tahun.

Categories
Sukan

Safee Sali Umum Persaraan Pada Usia 39 Tahun

Selepas menjaringkan lebih 183 gol untuk kelab dan negara sepanjang karier bola sepak, penyerang prolifik tanah air, Safee Sali mengumumkan persaraannya pada usia 39 tahun. Secara langsungnya, perlawanan akhir Piala AFC 2022 antara Kuala Lumpur City FC (KL City) menentang Al Seeb di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) menjadi penampilan profesional yang kompetitif terakhir buat kariernya.

Categories
Semasa

7% Pekerja Rakan Penghantar Didapati Penjawat Awam – Akui Sertai Untuk Tingkatkan Pendapatan

Pasaran penghantaran di Malaysia dilihat semakin meluas dan berupaya membantu rakyat negara menyokong pendapatan sampingan mereka, ini termasuklah dalam kalangan penjawat awam negara – apabila didapati sekitar 7% daripada rakan penghantar (p-hailing) adalah penjawat awam. Daripada jumlah menyeluruh, didapati 70.35% responden mengakui menjadikan kerjaya ini sebagai pendapatan utama, sementara 29.65% pula adalah sambilan.

Categories
Gaya Hidup

Mark Zuckerberg Perkenal Meta Verified – $11.99 Sebulan Untuk Tanda Biru Pengesahan Akaun

Mark Zuckerberg hari ini secara rasminya mengumumkan pengenalan sebuah ciri baharu yang dinamakan sebagai Meta Verified. Melalui perkhidmatan Meta Verified ini, ia merupakan khidmat langganan yang membolehkan pengguna melakukan pengesahan akaun mereka dengan menggunakan identiti yang disahkan kerajaan – sekaligus memberikan tanda biru pada akaun mereka. Ia ditawarkan pada harga bermula $11.99 sebulan, bermula di New Zealand dan Australia.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Samsung Kini Menawarkan TV 4k 146-inci Pada Harga RM1.23 Juta Di Malaysia

Pada penghujung tahun 2022 lepas, Samsung telah memperkenalkan penawaran televisyen dibawah siri “The Wall All-In-One”. Kini, selang beberapa bulan, Samsung telah mula membawa masuk siri televisyen ini untuk pasaran Malaysia. Sebanyak tiga variasi televisyen menggunakan panel mikro-LED ini ditawarkan, dan yang paling mahal adalah televisyen bersaiz 146-inci dengan resolusi 4K pada harga RM1.23 juta.

Categories
Teknologi

Elon Musk : Kecerdasan Buatan (AI) Merupakan Salah Satu Risiko Untuk Peradaban

Dengan populariti ChatGPT, Elon Musk mengatakan yang mana kecerdasan buatan mungkin akan menjadi salah satu risiko untuk peradaban dan tamadun manusia akan datang. Elon Musk menyatakan ia menawarkan kebaikkan atau keburukkan tersendiri, serta menjanjikan pelbagai kemampuan melaluinya. Namun, bersama-sama dengannya turut hadir salah satu bahaya atau cabaran yang besar.

Categories
Teknologi

Dr Zulkifli : Sistem Kecerdasan Buatan Amat Baik Dan Luar Biasa, Namun Kurang Sesuai Sebagai Rujukan Agama Islam

Dr Zulkifli, bekas Mufti WP sebelum ini, kini berkongsi mengatakan berdasarkan penelitian beliau, sistem kecerdasan buatan (AI) adalah amat baik dan luar biasa, namun ia masih kurang sesuai sebagai rujukan dalam bidang agama Islam. Namun, menurut Dr Zulkifli, antara elemen yang tiada pada ChatGPT adalah kemampuan menilai isu yang disoal, mentarjiah setiap pandangan dan menyampaikan jawapan yang sesuai dengan soalan.

Categories
Gaya Hidup Semasa

Pelaksanaan Aliran Laluan Tol Tanpa Palang Mungkin Diimplementasi Lebih Awal Dari Sasaran 2025

Malaysia sebelum ini menyasarkan untuk pengenalan aliran tol tanpa palang seeawal 2026 kelak. Menariknya, kini Menteri Kerja Raya menyasarkan perkara tersebut mungkin dilaksanakan lebih awal lagi. Dengan pengenalan sistem tol aliran bebas tanpa palang tol ini, ia dijangka akan dapat mengurangkan kesesakkan pada plaza tol, selain memudahkan lagi pergerakkan kenderaan ketika keluar dan masuk ke lebuhraya.

Categories
Faktaria

Tahukah Anda Kawasan Paling Mahal Untuk Membeli Air?

Menurut sebuah laporan, kawasan yang paling mahal untuk mendapatkan air di dunia adalah Venezuela. Kos satu liter air di negara ini mencecah $3.71, atau sekitar RM15.60. Selain Venezuela, terdapat beberapa kawasan di dunia yang menghadapi masalah yang sama. Negara-negara seperti Libya, Tunisia, dan Algeria semuanya menghadapi masalah krisis air yang serius.

Categories
Kewangan

Malaysia Berpotensi Jadi Negara Berpendapatan Tinggi, Seawal 2026

Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi kini berkongsi mengatakan, sekiranya Malaysia berjaya mengekalkan pertumbuhan sekitar 4% ke 5% setiap tahun, maka Malaysia boleh mencapai status negara berpendapatan tinggi seawal 2026 kelak. Berkongsi lanjut berkenaan dengannya, Rafizi mengatakan ia bergantung kepada dua perkara. Yang pertama adalah pertumbuhan ekonomi yang baik dan melebihi 4% setiap tahun bermula tahun 2023 ini, dan keduanya adalah berdasarkan kadar tukaran matawang.