Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan hari ini telah membentangkan Belanjawan 2023, sekaligus mengumumkan sejumlah inisiatif. Melaluinya, ia turut dikongsikan yang mana liputan 5G akan mencapai 80% menjelang penghujung 2023 kelak. Dengan pengumuman ini, kerajaan mempercepatkan pelaksanaan 5G setahun kehadapan, berbanding sasaran pada 2024 sebelum ini.