Categories
Teknologi

Google Kini Berkemampuan Untuk Terjemah Tulisan Dan Preskripsi Doktor

Salah satu masalah yang sering dihadapi manusia adalah dalam memahami apa yang ditulis oleh doktor, mahupun preskripsi yang diberikan. Sering kali juga, tulisan doktor sering diperli sebagai antara tulisan yang sukar dibaca. Mengambil cabaran tersebut, kini Google telah mulakan kajian dalam membolehkan mereka dekod apa yang ditulis oleh seseorang doktor pada kertas preskripsi.

Categories
Kewangan Semasa

Touch n Go eWallet Soundbox Diperkenal – Memberikan Notifikasi Audio Setiap Kali Terima Bayaran

Touch n Go eWallet kini memperkenalkan sebuah peranti audio pintar baharu, dinamakan sebagai Soundbox. Ia ditujukan kepada para penjual yang menggunakan kod QR Touch n Go, dimana ia akan memainkan notifikasi audio dan mengeluarkan bunyi setiap kali anda terima bayaran melalui akaun TNG anda.

Categories
Sukan

Argentina Menjulang Trofi Piala Dunia FIFA 2022 – Menewaskan Perancis

Pemenang Ballon d’Or sebanyak tujuh kali, Lionel bersama rakan sepasukannya berjaya memacu Argentina untuk menjulang trofi Piala Dunia FIFA 2022. Kejayaan itu sekaligus menamatkan kemarau 36 tahun buat skuad berjulukan La Albiceleste menjulang trofi tersebut dimana kali terakhirnya dimenangi era Diego Maradona. Kejuaraan itu dicetuskan menerusi kemenangan melalui sepakan penalti yang berkesudahan dengan keputusan 4-2.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Kerajaan Bercadang Membawa Masuk Kereta Elektrik Dibawah RM100,000 Ke Malaysia

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim – Nik Nazmi kini mengatakan kerajaan bercadang untuk membawa masuk kereta elektrik dengan harga dibawah RM100,000 ke pasaran Malaysia. Dengan langkah ini, ia akan membolehkan lebih ramai beralih dan menggunakan kereta atau kenderaan yang dijana berasaskan kuasa elektrik.

Categories
Gaya Hidup Kewangan Teknologi

Menteri Sedang Bincang Bersama SKMM Dan Syarikat Telekomunikasi Untuk Kurangkan Harga Perkhidmatan

Menteri Komunikasi dan Digital kini menyatakan sedang berbincang dengan SKMM dan syarikat telekomunikasi untuk kurangkan kos harga perkhidmatan. Menurut Menteri Fahmi Fadzil, ramai anak muda yang berharap agar harga langganan talian dapat dikurangkan, dan kini kajian sedang dilakukan berkenaan apa yang boleh dilakukan dalam minggu-minggu akan datang.

Categories
Semasa

Bangunan Setinggi 2 Kilometer Bakal Dibina Di Riyadh

Tidak cukup dengan pelan membina banda linear terpanjang serta tertinggi dunia The Line di Neom, Arab Saudi turut mempunyai perancangan membina bangunan tertinggi dunia pula di Riyadh. Kerajaan Saudi sedang mengumpulkan cadangan dari syarikat senibina terkemuka untuk menara setinggi lebih 2000 meter.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Pengguna iPhone Kini Boleh Menggunakan Rangkaian 5G Di Malaysia

Apple hari ini telah memperkenalkan kemaskini iOS 16.2 kepada para pengguna iPhone, sekaligus menyertakan salah satu perkara yang dinantikan ramai pengguna tempatan, iaitu sokongan untuk 5G. Mengikut semakan kasar, hanya rangkaian Digi, U Mobile dan Celcom sahaja yang menawarkan sokongan untuk rangkaian 5G di Malaysia buat masa ini.

Categories
Teknologi

Tim Cook Mengesahkan Apple Menggunakan Sensor Kamera Sony Pada iPhone

Apple jarang membuat sebarang pengumuman berkaitan pembekal atau komponen yang digunakan oleh mereka dalam peranti keluaran, terutamanya iPhone. Namun, kini Tim Cook dalam lawatan di Jepun, berkongsi yang mana Apple sedia bekerjasama dengan pihak Sony untuk berdekad lamanya dalam menggunakan sensor Sony sebagai kamera pada iPhone.

Categories
Teknologi

Apple Akan Benarkan Sokongan Kedai Aplikasi Pihak Ketiga Selain App Store

Menurut laporan Bloomberg terbaru, Apple dalam persediaan membenarkan sokongan pemasangan aplikasi secara sideload pada iPhone dan iPad, melalui iOS 17 kelak – selari dengan pengenalan perundangan baharu di Eropah. Disamping itu, Apple juga dijangka akan membenarkan kedai aplikasi pihak ketiga selain App Store digunakan pada iPhone dan iPad.

Categories
Semasa Teknologi

Apple Store Dijangka Dibuka Di Malaysia Tidak Lama Lagi

Kini, sebuah gambar tertiris ke arena web, memperlihatkan sebuah kedai Apple Store sedang dalam fasa pembinaan di Malaysia. Ia dikatakan Apple akan membukanya di bangunan TRX tidak lama lagi. Dengan pembukaan Apple Store secara rasmi di Malaysia, ia sekaligus akan menjadikan pasaran Malaysia salah satu fokus utama pihak Apple, dan menawarkan lebih banyak perkhidmatan di Malaysia.