Categories
Gaya Hidup Semasa

Prasarana Cadang Sedia 100 Bas Elektrik Pada 2024

Prasarana, syarikat disebalik RapidKL kini merancang menyediakan sekitar 100 bas elektrik menjelang 2024 kelak. Ini adalah termasuk memperkenalkan 45 bas mini elektrik dengan ukuran panjang antara 7m hingga 8m, diikuti 55 bas elektrik bersaiz besar dengan ukuran 10 hingga 12m.

Categories
Gaya Hidup Kewangan

Elon Musk Kini Bukan Lagi Manusia Paling Kaya Di Dunia

Elon Musk kini dilihat menjadi manusia kedua terkaya di dunia, sekaligus kehilangan takhta manusia paling kaya di dunia yang dipegang sejak 2021 lepas. Penurunan ini adalah disebabkan oleh kejatuhan harga saham Tesla. Kini menduduki tangga teratas sebagai manusia terkaya dunia buat masa ini adalah CEO LVMH, Bernard Arnault yang terkenal dengan jenama seperti Louis Vuitton.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Xiaomi Hadir Dengan Pencabar Untuk Apple Mac Mini

Xiaomi Mini PC kini hadir sebagai komputer kompak yang menjimatkan ruang di meja kerja. Xiaomi Mini PC ini hadir dalam bentuk tubuh berbentuk kiub yang diperbuat daripada bahan aluminium. Xiaomi Mini PC dilengkapi cip Intel Core-i5 Gen-12, memori 16GB DDR4 RAM, storan 512GB PCIe 4.0 VVMe SSD dan grafik Intel Iris Xe. Buat masa ini, ia hanya ditawarkan di China sahaja.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

CapCut Kini Menjadi Antara Aplikasi Yang Dimuat-Turun Paling Tinggi – Mencabar Aplikasi Sosial

CapCut merupakan salah satu aplikasi penyuntingan video yang kini semakin meningkat popularitinya dari hari ke hari. Ia dibangunkan oleh syarikat sama disebalik TikTok, dan kini menduduki antara carta aplikasi yang tinggi dimuat-turun setiap bulan. Ini sekaligus dilihat mencabar aplikasi sosial seperti WhatsApp, Telegram, Instagram dan Facebook.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Acer Kini Bukan Sekadar Pengeluar Komputer – Turut Menawarkan Pembersih Hampagas

Acer ialah jenama yang garang dalam arena komputer menerusi produk Predator mereka. Musuh boleh diburu dalam permainan video pada tetapan grafik yang tertinggi. Tetapi kini mereka memasuki arena pembersih hampagas pula di bawah siri Acerpure. Di Malaysia Acerpure Clean V1 dijual pada harga RM1299 dan AcerPure Clean V1 Lite pula ialah RM599

Categories
Gaya Hidup Semasa

KKM Bakal Beri Tuala Wanita Percuma – Depani Isu Kemiskinan Haid Malaysia

Usaha memerangi kemiskinan haid yang berlaku pada golongan yang tidak berkemampuan, Kementerian Kesihatan Malaysia tidak lama lagi akan laksanakan inisiatif pemberian tuala wanita percuma kepada kumpulan terlibat. Langkah ini bertujuan memastikan golongan berpendapatan rendah khususnya wanita tidak mengalami kekangan stok tuala wanita, dan kos perolehannya tidak menjadi bebanan pada perbelanjaan bulanan mereka.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Twitter Dijangka Meningkatkan Had Setiap Tweet Sehingga 4000 Aksara

Twitter pada awalnya dimulakan dengan had aksara sebanyak 140 disebabkan oleh had pada setiap SMS pada suatu ketika dahulu. Selepas melanjutkan penggunaan kepada 280 aksara sebelum ini, kini, dibawah pentadbiran Elon Musk, Twitter sekali lagi dilihat akan meningkatkan had aksara, kepada sehingga 4000 aksara untuk setiap Tweet.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

DNB : Rangkaian 5G Kini Tersedia Di Sebahagian Kelantan, Sabah Dan Sarawak

Digital Nasional Berhad merupakan firma yang bertanggungjawab dalam memastikan pembangunan infrastruktur rangkaian untuk 5G di Malaysia. DNB telah perkenal rangkaian 5G sejak penghujung tahun 2021, dan kini ia turut meliputi sejumlah negeri lain, termasuk beberapa kawasan di Kelantan, Sabah dan juga Sarawak.

Categories
Gaya Hidup

Bugatti Melancarkan Jam Tangan Gentian Karbon Pertama Dunia Pada Harga RM12,242

Bugatti lebih dikenali sebagai syarikat pengeluar kereta berprestasi tinggi yang harganya mencecah puluhan juta ringgit, telah memperkenalkan beberapa jam, dan terbaru, jam tangan gentian karbon pertama di dunia. Sebanyak 2500 unit ditawarkan, dan setiap satunya turut dilengkapi sistem pengesan GPS pada jam tangan yang sebaik digunakan pada kereta lumba Chiron.

Categories
Semasa

Selangor Bakal Teliti Pelaksanaan Pengasingan Sampah Dari Rumah

Bagi memastikan proses kitar semula berjalan dengan lancar, pelaksanaan pengasingan sampah bermula dari rumah pengguna kelak akan diteliti oleh kerajaan negeri Selangor. Setakat ini, pertimbangan tersebut masih diperingkat awal dan isu pelaksanaan pengasingan sampah dari rumah akan dibincang terlebih dahulu bersama exco Alam Sekitar bersama exco Kerajaan Tempatan.