Categories
Semasa

99 SpeedMart Memperkenalkan Perkhidmatan Pembelian Borong Secara Atas-Talian

99 SpeedMart merupakan salah satu rangkaian kedai serbaneka yang menjual barangan secara runcit – dan agak popular di Malaysia. Terbaru, 99 SpeedMart juga dilihat mempelbagaikan perkhidmatan mereka untuk turut meliputi jualan borong secara atas-talian, dinamakan 99 BulkSales, dan menyokong kawasan sekitar Lembah Klang.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Xiaomi Ingin Menjadi Kuasa Besar Automotif Dalam Masa 15-20 Tahun

Xiaomi sedia mengumumkan perancangan dalam arena automotif, dan akan mula menjual kereta pertama mereka secara rasminya pada tahun ini, dinamakan Xiaomi SU7. Selari dengannya juga, CEO Xiaomi Lei Jun mengatakan syarikatnya kini menyasarkan untuk menjadi kuasa besar dalam dunia automotif global dalam masa 15-20 tahun lagi.

Categories
Semasa

Watak Mickey Mouse 1928 Memasuki Domain Awam

Watak Mickey Mouse yang dipaparkan dalam animasi Steamboat Willie dari tahun 1928 kini memasuki domain awam. Ini bermakna sesiapa sahaja boleh menggunakan rekaan Mickey Mouse daripada animasi ini tanpa membayar royalti kepada Disney. Dibawah undang-undang harta intelek Amerika, sebarang media yang berusia 95 tahun akan secara automatik memasuki domain awam.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Pengguna Boleh Lakukan Pembaharuan Lesen Memandu Melalui Aplikasi MyJPJ Bermula Februari 2024

Menteri Pengangkutan kini mengumumkan para pengguna boleh melakukan pembaharuan lesen memandu terus secara atas-talian melalui aplikasi MyJPJ bermula Februari 2024 kelak. Diskaun rebat sebanyak RM5 juga akan diberikan bagi mereka yang melakukan pembaharuan ke lesen memandu digital – mulai Februari 2024 sehingga 31 Disember 2024

Categories
Gaya Hidup Semasa

TheNoor Menyertai Sektor Makanan Melalui “TheNoor Coffee”

TheNoor sedia dikenali ramai sebagai aplikasi gaya hidup muslim, yang digunakan ramai dalam bukan sahaja mengikuti waktu solat, tetapi juga untuk mengakses pelbagai kandungan lain melaluinya. Terbaru, memulakan tahun 2024, TheNoor turut memasuki sektor makanan melalui pengenalan TheNoor Coffee. Ia disasarkan sebanyak 50 cawangan dibuka sepanjang 2024 ini.

Categories
Gaya Hidup Semasa

Pos Malaysia Memperluaskan Penawaran Melalui Pengenalan Pos Kafe

Pos Malaysia sedia memberikan nafas baharu kepada cawangan mereka, dengan mula menambah akses kepada kedai serbaneka dinamakan Pos Shop. Terbaru, hari ini Pos Malaysia turut membuka cawangan baharu Pos Shop di Brickfields, Kuala Lumpur – dan menariknya kali ini Pos Malaysia turut memperkenalkan Pos Kafe.

Categories
Teknologi

Proton Dan Perodua Dijangka Hadir Dengan Kereta EV Menjelang 2025

Timbalan Menteri MITI kini melalui jawapan di Parlimen berkongsi, menyatakan kerajaan telah berbincang dengan dua pengeluar kenderaan nasional untuk mengeluarkan kereta elektrik masing-masing menjelang 2025. Dengan langkah ini, ia dijangka akan dapat hadir dengan kenderaan elektrik pada harga lebih kompetitif berbanding pada hari ini.

Categories
Teknologi

Microsoft Menjenamakan Semula Bing Chat Kepada Copilot

Microsoft sedia memfokuskan penjenamaan Copilot bersama Windows 11 untuk penawaran integrasi bot berasaskan kecerdasan buatan. Hari ini, pihak Microsoft mengorak langkah setapak kehadapan dan mengurangkan kekeliruan dikalangan pengguna – sekaligus mengumumkan penjenamaan semula Bing Chat kepada Copilot.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

DIRI Diperkenalkan – Platform Pembelajaran Seumpama MasterClass Bersama Pelbagai Bakat Tempatan

DIRI menawarkan platform perkongsian ilmu, pengalaman, dan pendapat dalam bentuk video – lebih kurang sama seperti MasterClass. DIRI dilihat menghimpunkan kandungan melibatkan sejumlah tokoh-tokoh dan bakat tempatan, termasuk seperti Abdul Wahid Omar, Nazir Razak, dan juga Nicole David.

Categories
Sains

Spaceborn United Memulakan Kajian Membolehkan Manusia Melahirkan Bayi Di Angkasa Lepas

Firma Spaceborn United dari Belanda kini ingin melakukan pelbagai ujian saintifik untuk melihat sama ada manusia boleh membiak di angkasa lepas. Ini adalah soalan yang perlu dijawab bagi membolehkan kelangsungan spesis manusia jika Bumi tidak lagi sesuai untuk menjadi tempat tinggal.