Categories
Gaya Hidup Semasa

TheNoor Menyertai Sektor Makanan Melalui “TheNoor Coffee”

TheNoor sedia dikenali ramai sebagai aplikasi gaya hidup muslim, yang digunakan ramai dalam bukan sahaja mengikuti waktu solat, tetapi juga untuk mengakses pelbagai kandungan lain melaluinya. Terbaru, memulakan tahun 2024, TheNoor turut memasuki sektor makanan melalui pengenalan TheNoor Coffee. Ia disasarkan sebanyak 50 cawangan dibuka sepanjang 2024 ini.