Categories
Sains

China Sedang Bangunkan Sistem Nuklear Baharu Untuk Menjana Tenaga Di Bulan

China kini sedang membangunkan sebuah sistem nuklear baharu yang akan digunakan di stesen Bulan menjelang 2028 kelak. Tenaga yang dijana akan digunakan dalam memudahkan operasi peralatan di Bulan, termasuk untuk menjana oksigen, air dan sebagainya. Tenaga ini juga penting untuk tujuan komunikasi dan pemindahan data.

Categories
Sukan

Johor Darul Ta’zim Sapu Bersih Empat Piala Musim 2022

Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya mendapatkan trofi kemenangan Piala Malaysia, selepas menumpaskan Selangor FC dengan keputusan 2-1. Terdahulu, JDT turut telah berjaya merangkul kejuaraan Liga Super tanpa kalah, menjuarai Piala FA dengan menumpaskan Terengganu FC dan menjulang Piala Sumbangsih hasil mengalahkan Kuala Lumpur City FC (KL City).

Categories
Gaming Teknologi

PlayStation 6 Mungkin Hadir Sekitar 2027 Atau 2028

Sony kini mengatakan sekiranya pengambil-alihan Activision oleh Microsoft berlaku, terdapat kemungkinan permainan dibawah Microsoft mungkin ditarik daripada PlayStation menjelang 2027, dan Sony mengatakan ia memberikan kesan terhadap peralihan pengguna ke konsol generasi baharu kelak. Ini sekaligus memberikan gambaran konsol Sony generasi seterusnya hadir seawal 2027 atau 2028 kelak.

Categories
Semasa Sukan

Apple Dilaporkan Berminat Membeli Pasukan Bola Sepak Manchester United

Apple kini dilaporkan telah menyatakan minat dalam mengambil alih salah satu pasukan bola sepak popular di dunia, iaitu pasukan Manchester United. Selain Apple, beberapa pihak lain turut dikatakan telah menyatakan hasrat untuk mendapatkannya.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Ingin Memecut Lebih Laju? Mercedes-Benz Kini Menawarkannya Dalam Bentuk Langganan

Terbaru, Mercedes-Benz menawarkan peningkatan kelajuan dalam bentuk langganan. Dinamakan “Acceleration Increase”, ia membolehkan pengguna membayar sebanyak $1200 setahun untuk menikmati kadar peningkatan pecutan sekitar 24% berbanding kebiasaan. Penawaran ciri ini disediakan kepada pemilik kenderaan Mercedes-EQ EQE dan juga Mercedes-EQ EQS.

Categories
Faktaria Gaya Hidup

Ikan Emas Seberat 30Kg Ditemui Di Perancis

Secara purata, sekiranya diberi makanan yang mencukupi, kebanyakan ikan emas akan mempunyai berat sekitar 0.23kg. Dan di dalam beberapa kes, ikan emas gergasi berpotensi untuk mempunyai saiz yang lebih besar iaitu sekitar berat 1.8kg. Walau bagaimanapun, baru-baru ini, seorang pemancing telah menemui seekor ikan emas dengan berat mencecah 30kg di BlueWater Lakes di Perancis.

Categories
Semasa

Anwar Ibrahim Dilantik Menjadi PMX (Perdana Menteri Ke-10)

Lanjutan daripada Pilihan Raya Umum Ke-15 yang diadakan pada penghujung minggu lepas, kini YDPA telah melantik Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10. Ini sekaligus menamatkan penantian seluruh rakyat Malaysia yang telah keluar mengundi pada Sabtu lepas.

Categories
Gaya Hidup

AI Meramal Siapa Yang Bakal Memenangi Piala Dunia FIFA 2022 Melalui Simulasi 100,000 Kali

The Alan Turing Institute kini guna sokongan kecerdasan buatan dalam melakukan ramalan berkaitan siapakah yang mempunyai kebarangkalian tinggi untuk menang. Melalui simulasi yang dilakukan sekitar lebih 100,000 kali, ia dilihat Brazil hadir sebagai pemenang hampir 25% kali, dan diikuti oleh Belgium, Argentina, Perancis dan juga England.

Categories
Gaya Hidup Semasa

Grab Menyaksikan Sekitar 20 Tempahan Ayam Goreng Pada Setiap Minit

GrabFood kini berkongsi sejumlah statistik menarik pada platform mereka, sekaligus memperlihatkan ayam goreng kekal menjadi makanan kegemaran melalui platform tersebut untuk dua tahun berturut-turut. Mengikut statistik kasar, sebanyak 20 tempahan melibatkan ayam goreng dilakukan melalui GrabFood pada setiap minit sepanjang 2022 ini.

Categories
Gaya Hidup

Pokok Tertua Di Dunia – Ginkgo Biloba Dikenali Sebagai Fosil Hidup

Ginkgo biloba adalah salah satu spesies pokok hidup tertua di dunia. Ia merupakan satu-satunya pokok purba yang terselamat dan masih wujud sejak ia mula ditemui sebelum munculnya zaman dinosaur di Bumi. Disebabkan ia sangat kuno, pokok ini turut digelar sebagai fosil hidup kerana Ginkgo Biloba telah ditanam bermula dari zaman awal sejarah manusia dan telah hidup antara 66 hingga 245 juta tahun dahulu.