Categories
Sains

Ronna, Quetta, Ronto dan Quecto Ialah Kata Awalan Baharu Untuk Unit Ukuran SI

Mikro, kilo, nano dan piko adalah tiga kata awalan yang kerap kita dengar untuk ukuran unit metrik. Terkini empat kata awalan untuk unit telah diumumkan ketika persidangan agung ke-27 mengenai timbang dan sukatan di Versailles. Empat awalan baharu yang diumumkan ialah Ronna, Quetta, ronto, dan juga quecto.

Categories
Gaya Hidup Semasa

UNIQLO Pertama Di Kelantan Akan Dibuka Pada 24 November 2022

UNIQLO hari ini mengumumkan kedai pertamanya di negeri Kelantan akan dibuka pada 24 November di AEON Mall Kota Bharu. Sempena pembukaan kedai baharu, pelanggan boleh menikmati pelbagai tawaran menarik yang eksklusif dan terhad mulai 24 hingga 27 November 2022.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Twitter Akan Menambah Ciri Panggilan Suara Dan Video

Terbaru, Elon Musk berkongsi visi Twitter 2.0 bersama sejumlah pekerja perkhidmatan media sosial tersebut, termasuk mengatakan akan menambah sokongan permesejan yang disulitkan penuh, disamping turut menambah sokongan panggilan suara dan juga video.

Categories
Sains

NASA Menyasarkan Angkasawan Menetap Di Bulan Menjelang 2030

NASA telah pun melancarkan misi baharu dalam menjelajah Bulan baru-baru ini, dan kini mengikut jadual mereka yang menyasarkan angkawasan boleh menetap dan bekerja dari bulan menjelang 2030 kelak. Dengan beroperasi dari Bulan, ia dijangka menjadi salah satu pusat operasi angkasa yang menghubungkan manusia ke Bumi dan kajian angkasa.

Categories
Semasa

Ujian Akhir MRT Putrajaya Fasa 2 Mula Dilaksana – Jangka Beroperasi Januari 2023

Selepas memulakan operasi MRT Putrajaya Fasa 1 pada 16 Jun lalu, kini MRT Corporation akan melaksanakan sesi ujian akhir laluan tren bagi Fasa 2 bermula esok, 22 November sehingga 18 Disember kelak. Proses ujian bagi MRT Putrajaya Fasa 2 ini menurut laporan akan memperlihatkan pemberhentian tren di semua laluan MRT Putrajaya Fasa 1 tetapi dimaklumkan tidak akan mengambil sebarang penumpang.

Categories
Semasa Teknologi

Pemegang Saham Digi Dan Celcom Bersetuju Untuk Membentuk Syarikat Telekomunikasi Terbesar Malaysia

Pengabungan syarikat telekomunikasi Digi dan Celcom kini menghampiri penghujungnya, apabila selepas menerima pengesahan kebenaran daripada pihak SKMM, kini para pemegang saham Axiata Group dan juga Digi turut telah bersetuju untuk gabungkan syarikat. Dengan langkah ini, kedua-dua syarikat telekomunikasi Digi dan Celcom akan bergabung menjadi Celcom Digi Berhad.

Categories
Gaya Hidup Semasa

Persiar eCurve Dijangka Dibangunkan Semula Sebagai Bangunan Kediaman

Bangunan pasaraya eCurve yang tidak lagi hidup di Mutiara Damansara, kini dirancang untuk dibangunkan semula sebagai bangunan kediaman. Sebelum ini, eCurve beroperasi dengan menyertakan sejumlah kedai dan jenama dibawahnya. Tetapi, disebabkan oleh persaingan daripada pelbagai pasaraya berdekatan, ia dilihat tidak dapat menarik angka pengunjung yang tinggi. eCurve Mall ini telah pun ditutup sejak Mac 2021 lepas.

Categories
Kewangan Semasa

74% Rakyat Malaysia Yang Bekerja Di Singapura Rancang Kekal Bekerja Di Sana

Melalui tinjuan terbaru, ia dilihat sekitar 74% rakyat Malaysia yang sedang bekerja di Singapura pada tahun ini, merancang untuk terus bekerja di Singapura, sementara hanya sekitar 26% responden sahaja tidak ingin meneruskan pekerjaan di Singapura. Berkemungkinan besar, faktor gaji membawa kepada sebab mengapa pekerja ingin terus bekerja di negara jiran tersebut.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Volkswagen Membangunkan Kerusi Pejabat Elektrik Yang Boleh Bergerak Pada Kelajuan 20km/j

Volkswagen, salah satu jenama pengeluar kenderaan popular, kini telah hadir dengan sebuah kerusi untuk pejabat, yang menariknya turut hadir dengan sokongan bergerak pada kelajuan 20km/j. Kerusi elektrik ini dilengkapi sokongan pengecasan elektrik, dan mampu bergerak sejauk 12 kilometer dengan bateri yang dicas penuh.

Categories
Kewangan Semasa

Nationwide Express Menamatkan Operasi Selepas 37 Tahun

Nationwide Express merupakan salah satu perkhidmatan kurier dan logistik yang telah beroperasi sekian lama, iaitu sejak 1985 yang lepas. Ia telah diasaskan oleh Tan Sri Basir Ismail. Namun, disebabkan oleh pelbagai cabaran, kini Nationwide Express menyatakan mereka akan menamatkan operasi perniagaan pada 15 Disember 2022 kelak.