Categories
Sukan

Pos Malaysia Lancar Set Setem Khas Berharga RM45 Sempena Piala Malaysia

Bersempena dengan berlangsungnya saingan Piala Malaysia 2022, Pos Malaysia selaku Rakan Logistik Rasmi Liga Malaysia melancarkan satu koleksi setem edisi khas yang diberi nama Setem Ku. Set edisi khas yang terhad kepada 1,800 unit ini dikeluarkan sebagai satu memorabilia kepada peminat bola sepak tempatan dan juga pengumpul setem.

Categories
Gaya Hidup

Sekitar 19.7% Orang Dewasa Di Malaysia Mengalami Masalah Obesiti

Pengambilan makanan berlemak, berkalori tinggi dan bergula secara berlebihan akan menyumbang kepada penambahan berat badan dan semestinya sekiranya dilakukan secara konsisten, perubahan dalam berat badan ini akan berlaku secara drastik. Dalam laporan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019, data menunjukkan kira-kira 30.4% orang dewasa di Malaysia mempunyai berat badan berlebihan dan 19.7% adalah obes.

Categories
Semasa

Kerajaan Mengkaji Cadangan Untuk Memberi Cuti Umum Khas, Sehari Sebelum PRU15

Menyedari kepentingan rakyat Malaysia untuk melunaskan tanggungjawab mengundi pada 19 November kelak, Perdana Menteri sementara Ismail Sabri pada laporan Bernama memaklumkan pihaknya akan mengkaji cadangan pemberian cuti umum khas pada 18 November kelak.

Categories
Kewangan Semasa

Elon Musk Pertimbang Jadikan Twitter Berbayar Sepenuhnya

Pelbagai idea ingin digunakan oleh Elon Musk untuk menjana keuntungan Twitter selepas membelinya. Antaranya ialah menaikkan bayaran langganan Twitter Blue ke $8 dengan pengesahan identiti akan dilakukan lengkap dengan calitan biru. Terbaru, Elon Musk juga dilihat membincangkan idea menjadikan Twitter berbayar sepenuhnya – sekaligus meningkatkan pendapatan melalui langganan aplikasi tersebut.

Categories
Gaming

McDonald’s Memperlihatkan Kerusi Gaming Dengan Pemanas Makanan Terbina

McDonald’s di UK baru-baru ini telah memperlihatkan hadiah utama untuk pertandingan terbaru mereka bersempena pengenalan menu burger McCrispy untuk pasaran tersebut. Kerusi gaming ini agak unik, dimana bahagian kanan dan kiri kerusi ini hadir dengan tempat untuk meletakkan kentang goreng dan bekas sos, dan juga kotak pemanas makanan.

Categories
Gaya Hidup Semasa Teknologi

Perpustakaan Selangor Kini Sediakan Pinjaman Desktop Dan Laptop Secara Percuma

Perpustakaan Selangor kini menyediakan sebuah inisiatif baharu, dinamakan Skim Pinjaman Teknologi Asas Selangor (SEPINTAS). Melaluinya, warga Selangor boleh meminjam desktop dan juga laptop secara percuma untuk digunakan sehingga selama 60 hari. Setiap desktop dan laptop yang dipinjamkan akan ditawarkan bersama pembesar suara, WiFi, webcam, dan juga perisian Microsoft Office.

Categories
Kewangan Semasa

Kini, Anda Boleh Guna Touch ’n Go eWallet Untuk Pembayaran Di China

Touch ’n Go eWallet kini memperluaskan penggunaan dompet digital tersebut ke negara China, sekaligus membolehkan para pengguna tempatan melakukan pembayaran terus menggunakan dompet digital TNG di China. Langkah ini dijayakan TNG eWallet melalui integrasi dan kerjasama Alipay+.

Categories
Gaya Hidup Semasa

Pengasas Mamee, Pang Chin Hin Meninggal Dunia Pada Usia 96 Tahun

Pang Chin Hin telah memulakan dan memperkenalkan jenama Mamee seawal tahun 1971 di sebuah kilang kecil di Melaka. sepanjang 50 tahun beroperasi, jenama Mamee telah berjaya menghasilkan variasi pilihan iaitu sekitar 50 jenama makanan ringan yang terdiri daripada pelbagai mi segera, mi snek Monster, Mister Potato dan Double Decker. Pang Chin Hin telah meninggal dunia pada awal pagi 5 November 2022.

Categories
Teknologi

Apple Ingin Mengubah Kata Aktifkan Pembantu Maya Daripada “Hey Siri” Kepada Hanya “Siri”

Siri merupakan pembantu maya yang hadir pada iPhone. Untuk mengaktifkannya pada hari ini, pengguna perlu menyebut “Hey Siri” dan diikuti oleh arahan seterusnya. Perkara ini dilihat mungkin memakan proses agak lama, dan kini Apple dilaporkan sedang pertimbang untuk mengurangkan ia kepada hanya perlu menyebut “Siri” dan diikuti arahan sahaja.

Categories
Semasa

Seramai 945 Calon Bertanding Di 222 Kawasan Parlimen Pada PRU15

Pilihan Raya Umum Ke-15 akan diadakan pada 19 November 2022 kelak. Menariknya, PRU15 kali ini menyaksikan jumlah calon bertanding yang tinggi, iaitu seramai 945 calon secara keseluruhannya, bertanding di 222 kawasan Parlimen. Majoriti besar berumur antara 50-59 tahun, iaitu seramai 298 orang, dan diikuti 258 orang berumur lebih 60 tahun.