Categories
Kewangan Semasa

BNM Sasar Penggunaan Nirtunai Kalangan Isi Rumah Naik 15% Setiap Tahun

Memahami lonjakan kaedah nirtunai melalui pendekatan e-pembayaran semakin meluas, Bank Negara Malaysia (BNM) kini melancarkan kempen e-Duit buat pemerkasaan sektor ekonomi negara. Dengan langkah ini, BNM mempercepatkan penerapan nirtunai dalam kalangan perniagaan dan isi rumah sebanyak 15% setiap tahun dan meningkatkan transaksi pembayaran atas-talian per kapita daripada 221 kepada 400 transaksi menjelang tahun 2026 kelak.

Categories
Teknologi

Apple iPhone 15 Mungkin Membuang Penggunaan Butang Fizikal

Mengikut ramalan terbaru, ia dijangka Apple akan membuang penggunaan butang fizikal pada bahagian sisi peranti melalui siri iPhone 15 kelak. Ini sekaligus akan membawa kepada pengenalan rekaan baharu – berkemungkinan selari pengenalan penggunaan USB-C pada iPhone.

Categories
Sains

NASA Merakamkan Gambar Matahari “Tersenyum”

NASA sering memerhatikan ruang angkasa, dan melakukan pelbagai kajian berkaitan dengannya. Terbaru, mereka berjaya merakamkan sebuah gambar matahari, memperlihatkan seumpama ia “tersenyum”. Dirakamkan menggunakan pencahayaan ultraungu, ruangan berwarna gelap pada matahari tersebut adalah lohong korona – yang turut menjadi punca utama pengarus kelajuan tinggi angin suria.

Categories
Sains Teknologi

Khairy : Vaksin Covid-19 Berbentuk Semburan Yang Perlu Disedut Sedang Diuji Di Malaysia

Menteri Kesihatan (Sementara), Khairy Jamaluddin kini berkongsi mengatakan kerajaan telah memulakan ujian vaksin Covid-19 berbentuk semburan yang perlu disedut sedang diuji di Malaysia. Melalui vaksin ini, orang ramai hanya menyedut semburan vaksin selama sekitar 5 saat, dan prosesnya dilihat lebih pantas dan mudah.

Categories
Semasa Teknologi

Elon Musk Kini Menjadi Pemilik Twitter

Individu terkaya dunia Elon Musk pagi ini secara rasmi mengambil alih Twitter pada nilai $44 bilion seperti yang dipersetujui beberapa bulan yang lalu. Pengambil alihan dimuktamadkan selepas beliau melawat ibu pejabat Twitter semalam dan mengubah status pada akaun rasmi ke “Chief Twit”.

Categories
Kewangan Semasa

Gaji Pekerja Malaysia Dijangka Naik Lebih 2%, Mulai Tahun 2023

Malaysia disasarkan bakal menaikkan gaji pekerja pada kitaran 2.2% bagi tahun hadapan, 2023. Jangkaan ini sekaligus meletakkan negara antara 10 negara di dunia yang akan menaikkan gaji pekerja mereka. Tinjauan di bawah ECA International berkaitan laporan Trend Gaji ini jelas menunjukkan Malaysia di kedudukan ke-6, yang akan menaikkan gaji pekerja.

Categories
Semasa

DBKL Tidak Benarkan Bina Lebuh Raya Baharu, Ingin Atasi Kesesakan Trafik di KL

Menyedari masalah kesesakan trafik yang semakin meruncing di laluan ibu negara, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kelak akan mengambil pendekatan untuk mengehadkan dan tidak membenarkan lebuh raya baharu dibina bagi tangani isu tersebut. Pembinaan lebuh raya baharu sedemikian telah mengakibatkan kesesakan pada kemasukan kenderaan ke pusat bandar

Categories
Kewangan Semasa

UOB Ambil Alih Perbankan Runcit Citi Di Malaysia, Mulai 1 November Ini

United Overseas Bank Malaysia (UOB) pada pertengahan September lalu telah berjaya meraih kebenaran dari Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengambil-alih perniagaan perbankan runcit Citibank di Malaysia. Lanjutan daripadanya, kini Citibank mengumumkan akan melakukan peralihan dan pemindahan kepada UOB mulai 1 November ini.

Categories
Semasa Teknologi

TNB Bekerjasama Dengan Gamuda Untuk Bina Stesen Pengecasan Elektrik Dikuasakan Solar

Tenaga Nasional Berhad (TNB) kini mengumumkan kerjasama strategik bersama Gamuda, dan akan bina dua stesen pengecasan elektrik – masing-masing di Gamuda Cove yang terletak pada bahagian selatan Lembah Klang, dan juga Gamuda Gardens yang terletak pada bahagian utara Lembah Klang. Stesen pengecasan elektrik ini dijangka akan beroperasi menjelang 2025 kelak.

Categories
Teknologi

210W – Kadar Pengecasan Telefon Terpantas Kini Dipegang Oleh Redmi

Xiaomi kini telah memperkenalkan siri telefon baharu, iaitu Redmi Note 10. Beberapa variasi ditawarkan, termasuk salah satunya dinamakan Redmi Note 12 Discovery Edition – yang mana menjadi telefon pintar pertama yang hadir dengan sokongan pengecasan mencapai 210W, yang paling laju di dunia setakat ini. Ia boleh mengecas dari 0 ke 100% dalam masa 9 minit.