Categories
Gaming

TikTok Bakal Memperkenalkan Integrasi Gaming Pada Platform Mereka

TikTok sedia menguji beberapa permainan ringkas pada aplikasi mereka, dan kini mereka menjadualkan minggu hadapan untuk berkongsi lanjut berkenaan arena gaming dan platform TikTok. Beberapa nama besar turut dijangka akan menyertai dan mengumumkan sokongan untuk platform TikTok, termasuk EA, 2K dan juga NetEase Games.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Apple Mengesahkan iPhone Akan Menerima Sokongan Sambungan USB-C

Pihak Apple melalui temuramah khusus, kini mengesahkan mereka akan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh Kesatuan Eropah, dan memperkenalkan sokongan sambungan berasaskan USB-C pada telefon pintar mereka, iPhone. Namun, ia tidak diketahui sama ada iPhone 15 akan menjadi yang terawal atau kita perlu nantikan iPhone 16 untuk melihatnya.

Categories
Semasa

Lebih 1.3 Juta Belia Akan Mengundi Buat Kali Pertama Di Malaysia

Menjelang 19 November ini, Malaysia kali pertama akan menyaksikan penyertaan pengundi muda berusia antara 18 tahun – 20 tahun dalam proses Pilihan Raya Umum. Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), setakat 9 Oktober lalu didapati seramai 1.39 juta daripada kumpulan 18-20 tahun telah didaftarkan sistem untuk mengundi buat pertama kali pada PRU kali ini.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Jepun Sedang Membangunkan Mesin Basuh Tubuh Manusia

Sebuah mesin basuh tubuh manusia sedang dibangunkan oleh satu satu firma di Jepun. Mesin basuh ini akan membersihkan tubuh manusia dengan menggunakan gelembung udara. Ia turut boleh memainkan muzik untuk berehat dan terdapat sistem aromaterapi terbina juga. Kecerdasan buatan akan membersihkan tubuh dalam masa lima belas minit.

Categories
Sains

Penguin Maharaja Diklasifikasikan Sebagai Spesis Diancam Kepupusan

Perubahan iklim telahpun mengakibatkan popular haiwan liar dunia menyusut 60% sejak 1970. Minggu ini penguin maharaja telah diklasifikasikan sebagai spesis yang diancam kepupusan. Menurut data terkini, terdapat 650,000 penguin maharaja di Antartika tetapi ia diramalkan menyusut kepada 47% menjelang 2050. Jika tindakan tidak diambil, ia akan pupus menjelang 2100.

Categories
Gaya Hidup Semasa Teknologi

Ladang Solar RM400 Juta Kini Dibuka Di Marang

Ladang tenaga solar fotovoltaik (PV) kini dibuka di Marang, menjadikan ia antara ladang solar terbesar di Malaysia. Pengarah Eksekutif Coara Solar Sdn Bhd berkata Projek Solar Coara Marang yang melibatkan kos sebanyak RM400 juta itu telah dibangunkan di kawasan seluas 245 hektar. Ia telah dibina bermula Februari 2021 lepas, dan berakhir pada April 2022. Ia mencapai operasi komersial pada 17 September 2022.

Categories
Semasa Teknologi

‘Kiamat Internet’ Diramal Berlaku Dalam Beberapa Dekad Lagi

Kejadian ribut besar di angkasa lepas dilaporkan mampu mencetuskan ‘kiamat internet’ dalam dekad akan datang. Hal ini disahkan oleh sekumpulan saintis yang meramalkan berlakunya gangguan talian berbulan lamanya apabila ribut merosakkan satelit dan talian kuasa. Berdasarkan data tersedia, kira-kira satu peratus peluang untuk melihat ribut lain dalam dekad akan datang.

Categories
Kewangan

AEON Dijangka Uji Bank Digital Menjelang Oktober 2023

AEON menjangkakan dalam 12 bulan mendatang, pihaknya berupaya melaksanakan ujian rintis ke atas bank digitalnya iaitu ACS Digital menjelang Oktober 2023. Untuk makluman, pada akhir April lalu di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 – AEON menjadi antara 5 syarikat diiktiraf Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menjadi penerima lesen bank digital negara.

Categories
Gaming

Kajian Mendapati Permainan Video Meningkatkan Kemampuan Kognitif Kanak-Kanak

Kajian terkini yang disokong oleh Institut Kesihatan Nasional Amerika Syarikat (NIH), permainan video didapati meningkatkan kemampuan kognitif kanak-kanak. Data menunjukkan kanak-kanak yang menghabiskan 3-4 jam sehari bermain permainan video mempunyai kemampuan kognitif yang lebih baik berbanding kanak-kanak yang tidak bermain permainan video.

Categories
Gaya Hidup

Mengapa IKEA Mula Menjual Bebola Daging?

Tahukah anda, idea wujudnya kehadiran restoran ini adalah disebabkan oleh pengasas IKEA bimbang mereka akan kehilangan pelanggan yang kelaparan semasa proses pembelian dan pencarian perabot di sekitar kedai IKEA.