Categories
Kewangan

Shopee Akan Mengenakan Caj Pemprosesan Sebanyak 1.5% Untuk Khidmat BNPL

Shopee kini mengumumkan mereka akan mengenakan caj sebanyak 1.5% daripada keseluruhan nilai pembelian bermula 17 Oktober 2022 untuk perkhidmatan Buy Now Pay Later (BNPL) mereka. Dengan langkah ini, pengguna yang memilih bayaran melalui BNPL, akan dikenakan caj tambahan yang sebelum ini percuma. Untuk perkhidmatan SPayLater yang dipecahkan kepada ansuran, nilai yuran pemprosesan 1.5% dikekalkan seperti biasa untuk setiap bulan.

Categories
Gaming

Razer Edge Diperkenalkan – Konsol Mudah-Alih Berasaskan Android, Menyokong Xbox Cloud Gaming

Razer kini memperkenalkan konsol mudah-alih mereka dinamakan Razer Edge. Ia hadir berasaskan sistem operasi Android, dan boleh memainkan sejumlah permainan video, termasuk secara penstriman melalui Xbox Cloud Gaming atau NVIDIA GeForce Now. Ia juga turut menyokong permainan Steam dimainkan menggunakan Steam Link.

Categories
Semasa Teknologi

5.3 Bilion Telefon Dianggar Akan Dibuang Pada Tahun 2022

Ia kini dianggarkan sekitar 5.3 bilion telefon mudah-alih akan dibuang pada tahun 2022 ini, sekaligus terus menambah kepada sampah elektronik di Bumi. Perkara ini dikongsikan oleh WEEE (International Waste Electrical & Electronic Equipment Forum). Secara keseluruhan, ia dianggar terdapat 16 bilion telefon mudah-alih di dunia pada hari ini.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Microsoft Rewards Kini Di Malaysia – Kumpul Mata Untuk Guna Produk Microsoft

Program pengumpulan mata ganjaran Microsoft Rewards kini boleh diakses oleh pengguna di Malaysia. Microsoft melakukan pengumumannya hari ini. Menerusi Microsoft Rewards, pengguna boleh mengumpul mata ganjaran apabila menggunakan produk Microsoft seperti Edge dan carian Bing. Mata kemudiannya boleh ditebus untuk mendapatkan barangan digital untuk permainan Roblox atau menderma ke UNICEF.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Selamat Tinggal Microsoft Office – Dijenamakan Semula Kepada Microsoft 365

Microsoft kini menyatakan koleksi perisian produktiviti mereka akan dijenamakan semula daripada Office kepada Microsoft 365. Dengan langkah ini, dalam bulan-bulan akan datang, Office.com, aplikasi mudah-alih Office dan juga aplikasi Office untuk Windows akan berubah kepada penjenamaan baharu, iaitu Microsoft 365.

Categories
Semasa

41.4% Penjawat Awam Di Jabatan, Agensi Malaysia – Berdepan Masalah Obesiti

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada makluman Modul Pengurusan Berat Badan Trim & Fit untuk semua kementerian pada minggu ini, telah berkongsi daripada tinjauan menyeluruh, dimana masalah obesiti dalam kalangan penjawat awam yang bekerja di agensi mahupun jabatan kerajaan kini mencapai sekitar 41.4%.

Categories
Kewangan Teknologi

Kerajaan Johor Ke Arah Nirtunai Melalui JohorPay – Sasar 70% Transaksi Agensi Kerajaan Guna JohorPay Menjelang 2025

Johor kini dilihat memfokuskan kepada arena nirtunai melalui pelaksanaan penggunaan JohorPay untuk tujuan pembayaran bagi sejumlah perkhidmatan agensi kerajaan negeri tersebut. Kerajaan Johor menyasarkan JohorPay digunakan untuk menerima 70% bayaran melibatkan agensi kerajaan negeri Johor, menjelang 2025 kelak.

Categories
Sukan

Lee Chong Wei Atlet Negara Pertama Mempunyai Figura Lilin Di Madame Tussauds

Legenda badminton tanah air, Datuk Lee Chong Wei menjadi atlet pertama negara mempunyai figura lilin ditempatkan di muzium lilin yang cukup terkenal, Madame Tussauds di Singapura. Figura beliau menjadi penambahan terbaru di dewan kemasyhuran muzium berkenaan disamping atlet terkenal seperti Muhammad Ali, Cristiano Ronaldo, David Beckham, dan lain-lain lagi.

Categories
Teknologi

Apple Akan Guna Pengimbas Mata Untuk Pengesahan Akaun Dan Bayaran Pada Set AR

Apple sedia diperkatakan bakal hadir dengan set kepala realiti-gabungan tersendiri seawal 2023 kelak. Terbaru, dilaporkan set kepala Apple kelak akan turut menyertakan pengimbas mata terbina padanya – yang akan digunakan untuk pengesahan pembayaran, termasuk untuk log masuk ke akaun pengguna. Ini sekaligus membawa fasa seterusnya untuk Apple selepas Face ID dan Touch ID sebelum ini.

Categories
Kewangan Semasa

Terengganu Catat 80.2% – Antara Pengguna Tertinggi Buat Pesanan Barang, Khidmat Secara Atas-Talian

Tinjauan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mendapati Terengganu menjadi negeri yang merekodkan peratusan paling tinggi individu melakukan pesanan barangan atau perkhidmatan secara atas-talian sejak 2020. Negeri Terengganu mengatasi prestasi negeri lain, termasuk Selangor sekitar 79.3% dan Wilayah Kuala Lumpur pada kadar 78.0%.