Categories
Sains

Saintis Kini Mengesan Lebih 30,000 Asteroid Berhampiran Bumi

Saintis dari NASA dan ESA menjejak asteroid di angkasa lepas yang terletak dalam lingkungan 45 juta kilometer – dikategorikan sebagai asteroid berhampiran-bumi. Kini mereka melaporkan 30,039 asteroid berhampiran-bumi sudah berjaya dijejak setakat ini. Dari jumlah ini, 1425 mempunyai kebarangkalian akan menghentam bumi dalam jangka masa 100 tahun.

Categories
Sains

Populasi Haiwan Liar Menyusut 69% Sejak 1970 Menurut Laporan WWF

Populasi haiwan liar di bumi menyusut 69% secara purata sejak 1970 menurut laporan terkini daripada World Wildlife Fund (WWF). Ia disebabkan oleh kemusnahan habitat, pencemaran dan perubahan iklim. Situasi populasi haiwan liar di Malaysia juga semakin serius dengan dianggar hanya 150 Harimau Malaya masih hidup di hutan negara.

Categories
Gaya Hidup Semasa Teknologi

Netflix Akan Mula Integrasi Paparan Iklan Bermula November

Netflix kini mengesahkan mereka akan mula memperkenalkan pelan langganan dengan sokongan iklan bermula November ini di 12 buah negara – tidak termasuk Malaysia. Pelan disokong iklan ini akan berharga lebih rendah, dan pada masa yang sama hadir dengan had akses kepada sejumlah filem dan siri-TV sahaja.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Sony Akan Mula Jual Kereta Elektrik Pertama Seawal 2026

Sony dan Honda sedia membentuk sebuah syarikat kerjasama, dinamakan Sony Honda Mobility – dimana kedua-duanya akan berkongsi kepakaran, dan membangunkan kereta elektrik bersama. Kini, berkongsi lanjut, Sony dan Honda mengumumkan akan mula menjual kereta elektrik di Amerika Syarikat seawal 2026 kelak. Kereta elektrik ini akan dijual secara atas-talian dan membawa harga premium.

Categories
Gaya Hidup Semasa

Kadar Kelahiran Hidup Di Malaysia Jatuh 6.7%, Penurunan Tertinggi Dalam 10 Tahun

Malaysia bagi tahun 2021 telah memperlihatkan penurunan pada kadar kelahiran hidup, jatuh 6.7% kepada 439,744 berbanding 471,504 kelahiran pada tahun 2020. Tinjauan di bawah Jabatan Perangkaan negara (DOSM) ini sekaligus menjadikan ia sebagai penurunan kadar kelahiran paling tinggi dalam tempoh satu dekad (10 tahun).

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Apple Music Dan Apple TV Akan Datang Untuk Windows Pada 2023

Microsoft hari ini mengumumkan, mereka akan menawarkan aplikasi Apple Music dan juga Apple TV untuk para pengguna Windows pada tahun hadapan. Melaluinya, pengguna boleh menikmati kandungan lagu dari Apple Music, dan juga video daripada langganan Apple TV+ terus melalui komputer Windows.

Categories
Sains

NASA Akan Menguji Perisai Haba Yang Mengembang Seperti Belon Untuk Misi Ke Marikh

Seawal bulan November ini, NASA akan melancarkan misi LOFTID yang akan menguji perisai haba yang akan digunakan untuk menghantar kapal angkasa ke permukaan bulan. Biasanya perisai haba menggunakan binaan keras dengan permukaan seramik tetapi perisai haba ini akan hanya dibuka seperti belon apabila tiba di destinasi.

Categories
Sains

Misi DART Oleh NASA Berjaya Mengubah Arah Pergerakan Asteroid Dimorphos

Pada 27 September lalu, satelit DART dihempas ke permukaan asteroid pada kelajuan melebihi 22,000 km/j. Misi ini dilakukan bagi melihat sama ada teknik menghentam DART yang sebesar mesin layan diri ke permukaan Dimorphos sebesar sebuah stadium akan mengubah hala tujunya. Saintis NASA kini mengesahkan pasca dihentam, orbit Dimorphos berjaya dipendekkan sekitar 32 minit berbanding 11 jam 55 minit sebelum ini.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Microsoft Hadir Dengan Alternatif Canva Melalui Microsoft Designer

Microsoft hari ini memperkenalkan penawaran penyelesaian grafik mereka tersendiri, yang turut dilengkapi kecerdasan buatan Dall.E, dinamakan sebagai Microsoft Designer. Microsoft Designer dilihat menawarkan beberapa ciri seperti Canva, membolehkan anda membuat penyuntingan pantas terus melalui Microsoft Designer, dan seterusnya berkongsi karya yang dihasilkan ke medium sosial atau penerbitan lain.

Categories
Gaya Hidup Semasa

KKM Syor Individu Positif COVID-19 Dibenar Mengundi Dengan SOP Ketat

Kementerian Kesihatan (KKM) akan melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) COVID Safe Election, dengan mengesyorkan individu positif COVID-19 dibenarkan untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak lama lagi. Menteri Kesihatan berkata, kebenaran itu akan dimuktamadkan dan disyorkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam masa terdekat, dengan pematuhan SOP yang ketat.