Categories
Gaming Gaya Hidup

Hugh Jackman Kembali Sebagai Wolverine Di Dalam Deadpool 3 – Tiba Pada Tahun 2024

Ryan Reynolds kini mengumumkan Deadpool akan secara rasminya menyertai Marvel Cinematic Universe melalui Deadpool 3 – bakal ditayangkan pada 6 September 2024. Pada perkongsian sama, beliau turut mengatakan Hugh Jackman akan kembali sebagai Wolverine dalam filem tersebut.

Categories
Kewangan

Maybank Akan Berhijrah Sepenuhnya Dari Sistem SMS OTP Ke Secure2U Menjelang Jun 2023

Maybank hari ini mengumumkan mereka akan beralih sepenuhnya kepada sistem Secure2U untuk pengesahan transaksi, sekaligus menamatkan sistem OTP berasaskan SMS menjelang Jun 2023 kelak. Perkara ini diumumkan selari peralihan penggunaan MAE sahaja untuk pengaktifan Secure2U pada peranti baharu.

Categories
Sains

NASA Berjaya Menghempaskan Satelit DART Ke Asteroid Dimorphos Untuk Mengubah Haluannya

NASA kini telah melakukan eksperimen dengan berjaya dihempaskan ke permukaan asteroid Dimorphos yang terletak 11 juta kilometer dari Bumi. DART yang sebesar mesin layan diri terhempas 17 meter dari sasaran asal di permukaan Dimorphos yang sebesar sebuah stadium. Saintis kini sedang memantau sama ada hentaman ini terdapat kesan pada haluan asteroid tersebut atau sebaliknya.

Categories
Teknologi

Vivo Ialah Telefon Pintar Rasmi Piala Dunia 2022

Apakah telefon pintar rasmi Piala Dunia 2022 di Qatar? Jawapannya ialah Vivo yang menjadi penaja kepada temasya sukan bola sepak untuk kali kedua selepas turut menjadi penaja untuk Piala Dunia 2018 di Rusia. Dengan penajaan rasmi ini, iklan untuk peranti Vivo akan dipaparkan di setiap lokasi stadium dan juga pengiklanan di tepi padang.

Categories
Kewangan Teknologi

Samsung Kini Menawarkan Kad Kredit Di India

Samsung kini turut menyertai arena kewangan di India dengan pengenalan kad kredit khusus bersama Axis Bank dan juga Visa. Kad kredit Samsung ini akan menawarkan pulangan tunai 10% untuk pembelian barangan Samsung sepanjang tahun, selain boleh digunakan seperti biasa untuk pembelian edagang, termasuk untuk penghantaran makanan dan sebagainya.

Categories
Semasa Teknologi

Perkhidmatan Penstriman Mubi Menamatkan Operasi Di Malaysia

Perkhidmatan penstriman Mubi kini mengumumkan penamatan operasi di Malaysia. Pengguna masih boleh melanggannya pada harga RM30 sebulan, tetapi akan hanya dapat mengakses katalog antarabangsa sahaja, dan berkemungkinan katalog tempatan tidak lagi akan ditambah ke Mubi selepas ini.

Categories
Kewangan Semasa

Shopee Malaysia Kini Memberhentikan Sebahagian Pekerja

Selepas melakukan pengoptimasian operasi di beberapa buah negara, kini Shopee turut melakukan pengoptimasian operasi di Malaysia, dan telah menghentikan sebahagian pekerja pada syarikat edagang tersebut. Shopee sebelum ini mengatakan langkah ini diambil dalam mengoptimasikan operasi disebabkan ketidaktentuan ekonomi, selain dalam mencapai fasa keuntungan.

Categories
Teknologi

Sekitar 200 Bas Elektrik Dijangka Beroperasi Di Malaysia – Menjelang Suku Ketiga 2023

Bermula suku ketiga 2023 ini, Malaysia akan melihat lebih 200 buah bas elektrik beroperasi di jalan raya. Buat masa ini, ia pada peringkat perundingan akhir diantara pemain industri dalam membawa masuk bas elektrik ke pasaran tempatan.

Categories
Gaming

Netflix Membangunkan Studio Gaming Tersendiri

Netflix kini mengumumkan mereka sedang membangunkan studio permainan mereka tersendiri, di Finland, dalam usaha membangunkan permainan berkualiti tersendiri – dibawah IP mereka tersendiri. Permainan yang dibangunkan untuk peranti mudah-alih Android dan iOS ini juga tidak akan menyertakan pengiklanan atau pembelian-dalam-aplikasi.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

Sistem Volvo Memberhentikan Kenderaan Apabila Mengesan Pemandu Mengantuk, Mabuk Dan Menggunakan Peranti

Volvo kini semakin ke hadapan, dan akan memperkenalkan sistem yang mengesan tahap perhatian pemandu dan menghentikan kenderaan sekiranya ia mengesan perhatian mereka terganggu. 2 kamera dalam kabin akan sentiasa mengesan mata pemandu. Apabila perhatian pemandu beralih daripada jalan raya, algoritma boleh mengesan sama mereka mungkin sedang menggunakan peranti, mengantuk atau dalam keadaan mabuk.