Categories
Kewangan Semasa

DHL Express Akan Naikkan Caj Perkhidmatan Secara Purata 7.9% – Mulai 1 Januari 2023

DHL Express, hari ini (26 September) memaklumkan pihaknya akan menaikkan harga caj perkhidmatan mereka secara purata 7.9% bermula 1 Januari 2023 kelak. Langkah pelarasan kos ini didorong berpandukan kepada tekanan inflasi, aliran mata wang dan keperluan kos pentadbiran untuk mengukuhkan langkah pengawalseliaan dan keselamatan operasi.

Categories
Kewangan

Kemaskini Aplikasi CIMB Anda Sebelum 8 Oktober 2022 Untuk Terus Menggunakannya

CIMB kini mengeluarkan peringatan, meminta pengguna untuk mengemaskini aplikasi perbankan di Android, iPhone dan Huawei sebelum 8 Oktober 2022 ini. Dengan kemaskini ini, pengguna perlu menggunakan versi aplikasi 4.1.97 pada Android, atau 6.1.97 pada iOS sebelum 8 Oktober 2022, dalam terus menggunakan perkhidmatan perbankan tersebut tanpa gangguan.

Categories
Kewangan

Bank Negara Malaysia Minta Bank Untuk Beralih Dari Penggunaan SMS OTP

Dalam usaha terus meningkatkan sekuriti dan keselamatan dikalangan pengguna, kini Bank Negara meminta institusi kewangan untuk beralih daripada penghantaran OTP menggunakan SMS kepada kaedah pengesahan lebih kukuh. Pada hari ini, beberapa bank telah mula menggunakannya, termasuk Maybank dengan penggunaan Secure2U, dan CIMB dengan SecureTAC.

Categories
Gaya Hidup Semasa

Rakyat Malaysia Paling Ramai Bersalin Pada Bulan Oktober

Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan Malaysia, kini berkongsi mengatakan kemuncak peningkatan kelahiran bagi kaum wanita ialah setiap kali bulan Oktober. Mengikut trend, setiap tahun ia meningkat bermula bulan September hingga November, dengan kemuncak pada Oktober.

Categories
Gaya Hidup Semasa

Harga Purata Sewa Rumah Bertingkat Tinggi Di Lembah Klang Naik

Hartanah bagi kediaman bertingkat tinggi di Kuala Lumpur dan Selangor kini memaparkan kenaikan pertumbuhan harga purata sewa yang tertinggi – setakat 6 bulan pertama tahun 2022 ini. Kenaikan ini seiring dengan peningkatan permintaan menyewa yang semakin rancak di kawasan Lembah Klang dengan 34% kenaikan carian menyewa di lokasi berkaitan direkodkan.

Categories
Sukan

Harimau Malaya Naik Ke Ranking 146 Dunia Selepas Muncul Naib Juara King’s Cup

Malaysia menamatkan saingan King’s Cup Kali Ke-48 anjuran Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) sebagai naib juara setelah tumpas dalam penentuan sepakan penalti kepada Tajikistan. Walaupun terlepas gelaran juara, skuad Harimau Malaya berhasil meraih peningkatan yang positif dalam kedudukan ranking dunia Persekutuan Persatuan Bola Sepak Dunia (FIFA) selepas bertemu Tajikistan dan Thailand.

Categories
Kewangan Semasa

Kerajaan Ingin Memperkenalkan Lesen Khas Untuk Peniaga Atas-Talian Bagi Mengelakkan Penipuan

Kerajaan kini sedang mengkaji semula prosedur lesen khas atas perniagaan atas-talian dalam usaha melindungi pengguna daripada menjadi mangsa penipuan. Satu pasukan khas diwujudkan bagi mencari mekanisme pelesenan baharu dengan peraturan sedia ada yang akan dipinda.

Categories
Teknologi

iPhone 15 Ultra Mungkin Akan Gantikan Model Pro Max Pada 2023

Apple pada hari ini mempunyai empat model telefon pada pengenalan sesuatu siri iPhone, dengan yang paling berkuasa adalah iPhone Pro Max. Namun, untuk tahun 2023 kelak, Apple dijangka mengubahnya kepada nama iPhone Ultra, sekaligus membawakan rekaan serba baharu, disamping menyertakan port pengecasan USB-C pada tahun hadapan.

Categories
Sains

Penguin Maharaja Dijangka Pupus Menjelang 2050

Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja berdepan kepupusan dalam tempoh 30 tahun lagi, iaitu menjelang tahun 2050 kelak. Penguin maharaja merupakan endemik Antartika dan adalah yang terbesar daripada 18 spesies penguin, yang boleh mencecah ketinggian sehingga 1.3 meter.

Categories
Semasa

DBKL Perkenal Surau Bergerak Mudahkan Pengunjung Tunaikan Solat

DBKL kini perkenal sebuah surau bergerak, dimana surau bergerak ini boleh memuatkan 10 jemaah lelaki dan wanita sementara 20 jemaah lelaki lagi bagi ruang solat di bahagian luar lori. Kemudahan ini bakal memberi manfaat kepada pengunjung melibatkan program ad hoc seperti maraton dan sambutan Hari Kebangsaan.