Categories
Semasa

Lebuhraya SUKE Fasa 1 Dibuka Bermula 16 September 2022, Tol Percuma Sebulan

Kerajaan kini mengumumkan Lebuhraya SUKE fasa pertama akan dibuka untuk diakses oleh para pengguna jalan raya bermula tengah hari, 16 September 2022. Lebuhraya SUKE ini menghubungkan Sri Petaling ke Jalan Hulu Kelang, dan adalah sepanjang 24.4 kilometer. Ia dijangka akan mengurangkan sejumlah besar kesesakkan di beberapa jalan utama sekitar Kuala Lumpur.

Categories
Teknologi

Zoom Ingin Perkenal Aplikasi Emel Dan Kalendar

Zoom yang terkenal dengan penawaran aplikasi untuk panggilan video dan telesidang, kini dilaporkan akan memperkenalkan perkhidmatan emel dan juga kalendar seawal November kelak. Masing-masing dijangka dikenali dengan nama ZMail dan Zcal.

Categories
Gaya Hidup

7-Eleven Kini Jual Aiskrim Pedas

7CAFé baru-baru ini hadir dengan satu perisa aiskrim edisi terhad iaitu Flaming Choco. Ia merupakan aiskrim yang diperbuat daripada sos cili pedas Lingham bersama-sama dengan coklat. Melalui gabungan kedua-dua bahan ini, anda akan menikmati rasa pedas dan manis dalam setiap gigitan aiskrim lembut (soft serve).

Categories
Sukan

Roger Federer Mengumumkan Bakal Bersara Tenis

Roger Federer hari ini mengumumkan beliau akan bersara dari sukan tenis tidak lama lagi. Pemain berusia 41 tahun ini, telah memainkan lebih 1500 perlawanan sepanjang 24 tahun dalam kerjaya, dan menjadi juara sebanyak lebih 20 kali. Beliau akan bersara selepas acara Laver Cup di London.

Categories
Gaya Hidup Semasa

Lebuhraya SUKE Catat Dua Rekod Tersendiri Di Malaysia

Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) sepanjang 24.4 kilometer (km) bermula dari Sri Petaling ke Jalan Hulu Kelang kini mencatatkan dua rekod tersendiri di Malaysia, apabila menjadi struktur tanjakan ‘helikoidal’ pertama di dalam negara; selain mempunyai struktur bertingkat galang kekotak bersegmen (SBG) tertinggi di Lembah Klang dan ketiga di Malaysia.

Categories
Teknologi

Adobe Membeli Figma Pada Nilai RM90 Bilion

Adobe hari ini mengumumkan akan membeli Figma, salah satu platform dan aplikasi popular untuk rekabentuk antaramuka dan grafik, pada nilai mencapai RM90 bilion. Proses transaksi dijangka akan selesai pada 2023, dan Adobe akan integrasikan Figma ke dalam Adobe Creative Suite.

Categories
Sains Teknologi

China Menemukan Mineral Bulan Baharu Yang Boleh Menjadi Sumber Bahan Tenaga Bersih

China mengumumkan penemuan mineral baharu di permukaan bulan yang diberi nama Changesite-(Y). Mineral yang telah disahkan sebagai penemuan baharu oleh International Mineralogical Association (IMA). Dengan ini China menjadi negara ketiga selepas Amerika Syarikat dan Rusia yang berjaya menemukan mineral baharu di permukaan bulan.

Categories
Gaya Hidup

Rekod Menggunting Rambut Terpantas Di Dunia – Berdurasi Selama 45 Saat

Dalam perkongsian Guiness World Records, seorang lelaki kini dilihat berjaya menetapkan rekod dunia sebagai tukang gunting rambut paling pantas dengan durasi menggunting rambut dalam masa 45 saat. Sebelum ini, rekod gunting rambut terpantas pernah direkodkan pada tahun 2017 dengan durasi selama 47.17 saat oleh individu dari Greece.

Categories
Kewangan Teknologi

Pihak Pengurusan Syarikat Induk Shopee Berhenti Mengambil Gaji, Sehingga Situasi Syarikat Kembali Stabil

SEA Group, syarikat induk disebalik platform edagang Shopee, kini memaklumkan CEO dan juga pasukan pengurusan tertinggi SEA akan berhenti mengambil gaji sehingga kumpulan syarikat tersebut berjaya mencapai tahap perolehan yang baik. Disamping itu, perbelanjaan operasi juga dikurangkan serta diperketatkan lagi.

Categories
Teknologi

Lenovo Perkenal Laptop Menggunakan Skrin Sekunder Ganti Telefon

Lenovo kini mula menjual ThinkBook Plus Gen 3, yang turut hadir dengan skrin kedua bersaiz 8-inci LCD bersebelahan dengan papan kekunci. Penawaran ini dijangka akan tingkatkan produktiviti, selain memudahkan proses melakar. Skrin kedua turut boleh dihubungkan ke telefon Android, memudahkan anda melihat skrin komputer dan telefon tanpa pegang telefon sepanjang masa.