Categories
Semasa

Kini, Anda Boleh Menikmati Pengalaman Bercuti Di Bulan, Tanpa Terbang Ke Bulan

Moon World Resort ingin membina Moon – bangunan berbentuk seperti bulan di beberapa lokasi dunia. Di dalam kubah gergasi Moon, pelawat boleh mempunyai pengalaman seperti bercuti di sebuah koloni di permukaan bulan. Sebuah permukaan bulan palsu akan dibina dengan pelawat boleh memenuhi impian mengikut jejak Neil Armstrong. Pihak Moon World Resort ingin membina satu Moon di setiap benua seperti sebuah Disneyland.

Categories
Gaya Hidup

IKEA Malaysia Memperkenalkan Gelato Berasaskan Tumbuhan

IKEA Malaysia kini memperkenalkan empat perisan aiskrim gelato berasaskan tumbuhan bagi pengguna tempatan, iaitu kelapa, strawberi, coklat, dan juga lingonberi. Gelato ini disediakan oleh IKEA Malaysia sehingga 31 Disember 2022 kelak.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

GoPro Kini Perkenal GoPro Hero11 Black Dan Hero11 Black Mini

GoPro kini perkenal kamera aksi terbaru mereka, iaitu GoPro Hero11 Black dan juga GoPro Hero 11 Black Mini. Kedua-duanya hadir dengan spesifikasi lebih kurang sama, tetapi berbeza dengan skrin dan bateri. Kamera aksi ini dijangka ditawarkan di Malaysia tidak lama lagi.

Categories
Teknologi

Canva Perkenal Produk Pengurusan Dokumen – Bersaing Dengan Microsoft Office

Canva yang terkenal dengan penawaran produk grafik, kini turut memperluaskan produk mereka meliputi aplikasi produktiviti dan pengurusan dokumen, sekaligus bersaing dengan Microsoft Office dan juga Google Workspace. Ini sekaligus memperluaskan penggunaan produk mereka, yang terutamanya diminati oleh ramai anak muda masa kini.

Categories
Kewangan Semasa

35% Jurutera Di Malaysia Terima Gaji Permulaan Bawah RM2,000

Mengikut tinjauan terbaru Lembaga Jurutera Malaysia (LJM), sekitar 35% jurutera di Malaysia didapati menerima gaji permulaan di bawah RM2,000. Ia juga dimaklumkan purata kenaikan gaji permulaan bagi sektor awam dan swasta adalah masing-masing 2.9% dan 2.2% dari tahun 2000 hingga 2021.

Categories
Teknologi

Starbucks Umum Sistem Ganjaran Berasaskan NFT, Dinamakan Starbucks Odyssey

Starbucks kini berkongsi berkenaan perancangan menawarkan sistem ganjaran berasaskan kepada rantaian-blok dan juga NFT, dinamakan sebagai Starbucks Odyssey. Ia akan berasaskan kepada rantaian-blok Polygon, dan akan turut menyatukan bersama penawaran Starbucks Rewards sedia ada. Info lanjut berkenaan dengannya masih tidak diketahui buat masa ini.

Categories
Gaya Hidup

Restoran Tertinggi Di Korea Selatan Terletak Pada Ketinggian 555 Meter Atas Tanah

123F Lounge adalah sebuah restoran yang terletak di tingkat atas Menara Lotte World di Seoul. Ia merupakan restoran tertinggi di Korea Selatan dan kelima tertinggi di dunia dengan ketinggian sekitar 555 meter iaitu kira-kira 1,820 kaki di atas tanah. Selari namanya, ia terletak pada tingkat 123.

Categories
Kewangan

AirAsia Ride Tawar Kerja Tetap Buat Rakan Pemandu Dengan Jaminan Gaji Sehingga RM3,500

Airasia Ride, segmen seru-pandu di bawah aplikasi sehenti gaya hidup Airasia Super App kini memperluaskan strategi perkhidmatan mereka apabila menawarkan pekerjaan tetap buat rakan pemandu Airasia Ride dengan jaminan pendapatan bermula RM2,500 sehingga RM3,500 sebulan. Sebelum ini, AirAsia melakukan perkara sama untuk penghantar AirAsia Food.

Categories
Teknologi

Kelak YouTube Akan Memaparkan Sehingga 5 Iklan Sebelum Video Boleh Dimainkan

YouTube telah sedia memaparkan iklan sebanyak 2 kali sebelum ini, dan kini ia dilihat akan dipertingkatkan kepada 5 kali sebelum sesuatu video dimainkan. YouTube mengatakan, iklan yang dimainkan lima kali berturut-turut ini adalah di bawah 6 saat setiap satu. Oleh sebab itu lima dimainkan berterusan berbanding dua iklan yang turut mengambil masa sehingga 30 saat.

Categories
Teknologi

Instagram Perkenal Family Center Di Malaysia – Membolehkan Ibu Bapa Pantau Kegiatan Anak-Anak

Instagram kini mengumumkan pengenalan ciri Family Center untuk para pengguna di Malaysia, sekaligus membolehkan para ibu bapa memantau dan mengawasi kegaitan anak-anak mereka pada platform tersebut. Ciri ini akan diaktifkan bermula 16 September 2022 ini untuk semua.