Categories
Teknologi

Apple Membuang Slot SIM Fizikal Pada iPhone 14 – Bermula Dari Model Di Amerika Syarikat

Apple kini dilihat ingin memberikan lebih fokus terhadap penggunaan eSIM, sekaligus mungkin akan menamatkan penggunaan kad SIM fizikal pada iPhone mereka. Melalui iPhone 14, Apple telah membunuh penawaran iPhone dengan ciri SIM fizikal, bermula di Amerika Syarikat. Ia mungkin akan diperluaskan ke negara lain pada tahun-tahun akan datang.

Categories
Gaya Hidup

FamilyMart Buka Cawangan Pandu-Lalu Nirtunai Pertama

FamilyMart kini memperkenalkan cawangan pandu-lalu nirtunai pertama mereka di Caltex Puncak Alam. Menerusi pengenalan ini, pengguna kini mempunyai lebih banyak lagi pilihan pesanan untuk mendapatkan variasi hidangan makanan dan minuman yang digemari seperti set Oden, snek panas, sofuto, rangkaian kopi sejuk dan banyak lagi – secara pandu-lalu.

Categories
Teknologi

HappyFresh, Khidmat Tempahan Barangan Runcit – Kini Dilihat Menutup Operasi Sementara

HappyFresh merupakan salah satu aplikasi yang membolehkan orang ramai melakukan tempahan barangan runcit dari kedai atau pasaraya berhampiran dengan mudah. Apa pun, kini perkhidmatan tersebut dilihat menghadapi masalah. Ia tidak lagi ditawarkan untuk tempahan perkhidmatan, dan memaparkan notis yang mana semua kedai pada platform ditutup buat sementara waktu.

Categories
Teknologi

Filem Yang Dibuat Sepenuhnya Menggunakan AI Sedang Dibangunkan

Kecerdasan buatan (AI) sedia digunakan dalam sejumlah perkara, dan kini sebuah projek dinamakan “Salt” diumumkan, dimana ia akan menjadi filem yang dibuat sepenuhnya menggunakan AI – termasuk latar belakang, prop dan juga pelakon maya.

Categories
Semasa

Pemakaian Pelitup Muka Tidak Lagi Diwajibkan Di Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini mengumumkan pemakaian pelitup muka di tempat tertutup tidak diwajibkan lagi, berkuat kuasa serta-merta. Pelaksanaan ini menurut Khairy Jamaluddin diteliti berdasarkan situasi semasa tahap penularan COVID-19 negara.

Categories
Teknologi

Bekalan Terjejas Kesan Cuaca – Harga Sayur Mungkin Naik

Rentetan cuaca hujan berlarutan di Malaysia sejak kebelakangan ini, sesetengah petani berpendapat situasi ini berupaya menjejaskan bekalan sayur negara sehingga 30%. Pengurangan hasil tanaman ini menurut laporan sekaligus berpotensi meningkatkan harga jualan sayur di pasaran.

Categories
Sukan Teknologi

DeepMind Kini Mengajar AI Bermain Permainan Bola Sepak

Sebelum ini, kita sedia melihat DeepMind mengajar kecerdasan buatan sejumlah perkara, termasuk permainan catur dan Go. Kini, bergerak setapak kehadapan lagi, DeepMind berkongsi kajian mereka, mengajar AI untuk bermain bola sepak. Langkah ini dijangka akan membolehkan robot belajar cara berinteraksi dan bekerjasama dengan yang lain.

Categories
Gaya Hidup

Gardenia Kini Tawar Alternatif Maggi Melalui Penawaran Mi Segera Tersendiri

Gardenia kini memperluaskan penawaran produk mereka menerusi pengenalan variasi mi segera baharu iaitu NuMee Instant Noodles. Ia hadir dengan 3 pilihan rasa iaitu perisa kari, ayam dan juga mi goreng yang mana ia sekaligus dapat memenuhi citarasa setiap individu.

Categories
Semasa

Iran Menggunakan Teknologi Pengecamam Wajah Untuk Menghukum Wanita Yang Tidak Menutup Aurat

Sejak revolusi 1979, pemakaian tudung oleh wanita adalah diwajibkan di Iran. Kegagalan menutup kepala boleh menyebabkan wanita didenda atau dalam kes lebih serius dipenjara. Terkini, kerajaan Iran akan menggunakan teknologi pengecaman wajah untuk mengenalpasti dan kemudiannya menghukum wanita yang tidak menutup aurat di kawasan awam.

Categories
Gaya Hidup

Tealive Kini Mempunyai 800 Cawangan Fizikal Di Seluruh Negara

Tealive kini telah pun membuka cawangan ke-800 mereka, di Batu Kawan, Pulau Pinang. Untuk makluman, cawangan pertama Tealive dibuka di Pavilion Kuala Lumpur pada Februari 2017 lepas, dan sejak daripada itu, jenama ini telah diperluaskan secara mendadak, dimana sebahagian dijenamakan semula daripada Chattime.