Categories
Kewangan

Bank Negara Dijangka Menaikkan Kadar OPR Pada Minggu Ini

Mengikut perkongsian Moody’s Analytics, Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25bps kepada 2.5% pada minggu ini. Ini selari dengan BNM yang dijadualkan untuk mesyuarat Dasar Monetari bagi September pada 7-8 September 2022 ini.

Categories
Teknologi

Setel Kini Membolehkan Anda Isi Minyak Dengan Lebih Pantas Melalui “One-Tap Fuelling”

Setel hari ini mula memperkenalkan sebuah ciri baharu, dinamakan sebagai “One-Tap Fuelling”. Melaluinya, Setel ingin mempercepatkan proses mengaktifkan dan melakukan pembayaran untuk pengisian minyak dengan sepantas hanya satu tap atau satu ketik sahaja, sekaligus mengurangkan daripada keperluan lima tap sebelum ini.

Categories
Sukan

Skuad Lelaki Negara Raih Pingat Emas Kejohanan Dodgeball Dunia 2022

Peminat sukan dodgeball seluruh dunia sekali lagi menyaksikan skuad lelaki Malaysia berjaya meraih pingat emas dalam Kejohanan Dodgeball Dunia. Kilauan pingat emas itu menjadi milik Malaysia setelah skuad lelaki negara berhasil menumpaskan Australia dengan skor 9-5.

Categories
Sains

Mesin Ciptaan MIT Di Marikh Menjana Oksigen Setanding Sebatang Pokok Kecil

Dalam misi planet Marikh sebelum ini, Mars Oxygen In-Situ Resource Utilization Experiment (MOXIE) adalah antara mesin yang dibawa sekali. Mesin ciptaan MIT ini boleh jana oksigen guna atmosfera Marikh. Selepas setahun menjalankan eksperimen, MIT kini berkongsi MOXIE mampu menghasilkan jumlah oksigen yang sama seperti sebuah pokok kecil.

Categories
Gaya Hidup Teknologi

MySejahtera Akan Menambah Ciri Ikrar Derma Organ Bermula Minggu Hadapan

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, kini berkongsi sebuah ciri baharu yang bakal diperkenalkan pada aplikasi MySejahtera, iaitu pendaftaran ikrar derma organ terus melaluinya. Sebuah ikon khusus akan disediakan untuk Ikrar Derma Organ, dimana pengguna boleh melakukan pendaftaran menggunakannya. Sebuah kad khusus juga akan dipaparkan pada bahagian profil.

Categories
Teknologi

Kerajaan Beri Tablet PerantiSiswa Terus Kepada Pelajar, Tidak Perlu Dipulangkan Kembali

Ketika pengenalan inisiatif Peranti Siswa sebelum ini, kerajaan menyatakan para pelajar perlu memulangkan kembali tablet yang diterima pada penghujung pembelajaran mereka. Namun, kini, kerajaan mengubah keputusan, dan memilih memberi terus tablet PerantiSiswa kepada para pelajar, sekaligus membolehkan pelajar menyimpan terus Galaxy Tab A8 yang diterima dibawah program ini.

Categories
Kewangan

India Mengatasi UK Menjadi Ekonomi Ke-5 Terbesar Di Dunia

Melalui data yang dihimpunkan oleh Bloomberg, kini India mengatasi UK dalam menjadi ekonomi ke-5 terbesar di dunia. India dilihat mengatasi UK sejak tempoh tiga bulan terakhir 2021 yang lepas. Antara negara dengan ekonomi terbesar dunia yang lain mengikut tangga adalah Amerika Syarikat, China, Jepun dan juga Jerman.

Categories
Teknologi

5 Hospital Dipilih Menjadi Hab Perubatan NTIS Menguji Teknologi Perubatan Terkini

Hab Teknologi Kesihatan Sandbox Teknologi dan Inovasi Nasional (NTIS) dilancarkan untuk menguji pelbagai teknologi perubatan terkini di Malaysia. 5 hospital telah dipilih untuk menguji serta mempelopori penggunaan teknologi 5G, robotik, dan internet kebendaan, iaitu Hospital Putrajaya, Institut Kanser Negara, Hospital Tunku Azizah, Hospital Bera dan Hospital Rembau.

Categories
Teknologi

Samsung Menghasilkan Tandas Yang Membakar Najis

Samsung kini hadir dengan prototaip tandas yang membakar najis pepejal dan mengitar semula air daripada air kencing. Najis pepejal akan dikeringkan sehingga terhidrasi sebelum ia dibakar oleh sistem tertutup. Saki baki debu yang hasil pembakaran kemudiannya selamat dibuang tanpa mencemari sumber air atau menjadi vektor kepada penyakit.

Categories
Semasa

KKM Akan Berkongsi Keputusan Keperluan Melonggarkan Pelitup Muka Dalam Masa Terdekat

Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan kini berkongsi mengatakan, pihak KKM akan mengumumkan keputusan berkaitan keperluan untuk melonggarkan pemakaian pelitup muka dalam masa terdekat. Khairy berkongsi mengatakan ia telah dibincangkan secara dalaman, dan mungkin dikongsikan keputusan akhirnya dalam masa beberapa hari lagi.