Categories
Teknologi

Android 14 Akan Menyokong Sambungan Komunikasi Satelit

Pihak Google kini berkongsi mengatakan sistem operasi Android seterusnya, iaitu Android 14 yang akan diperkenalkan pada 2023 kelak, bakal menyertakan sokongan untuk sambungan komunikasi berasaskan satelit. Buat masa ini, ciri tersebut sedang direkabentuk, sekaligus memperlihatkan sokongan tersebut akan diperkenalkan meluas menjelang 2024.

Categories
Kewangan

Alibaba Melabur RM4 Bilion Pada Lazada

Alibaba terus menggandakan pelaburan mereka pada platform edagang popular, Lazada. Terbaru, Alibaba melabur sebanyak $912.5 juta (~RM4 bilion) pada Lazada dalam terus memperluaskan jenama dan pertumbuhan di rantau ini. Sebelum ini, Lazada turut telah melabur pada TNG eWallet dalam mengukuhkan lagi portfolio mereka.

Categories
Gaya Hidup

Kopi Kenangan Akan Membuka Sehingga 10 Cawangan Di Malaysia Pada Tahun Ini

Kopi Kenangan, salah satu jenama minuman kopi dari Indonesia, dan terkenal sebagai startup unicorn memfokuskan arena makanan, kini mengumumkan mereka akan mula memperluaskan jenama mereka ke negara-negara lain sekitar Asia Tenggara, dan Malaysia akan menjadi destinasi pertama. Sebanyak 10 cawangan dijangka dibuka menjelang penghujung 2022 ini.

Categories
Teknologi

Ini Adalah Penawaran Dibawah PerantiSiswa – Galaxy Tab A8, Smart Keyboard Trio 500, Stylus Pen Dan Book Cover

Kerajaan sedia mengumumkan inisiatif PerantiSiswa, menawarkan tablet untuk tujuan pembelajaran bagi mahasiswa di IPTA dan juga IPTS. Terbaru, pihak kerajaan berkongsi gambar peranti berkenaan yang bakal diedarkan bermula esok, iaitu Galaxy Tab A8, bersama sejumlah aksesori untuknya dalam memudahkan pembelajaran.

Categories
Teknologi

Oppo Akan Berhenti Menyertakan Pengecas Pada Peranti Bermula 2023

Terbaru, Oppo turut berkongsi mengatakan akan berhenti menyertakan pengecas bersama kotak pembelian dalam tempoh 12 bulan akan datang. Oppo dijangka menghentikan penawaran ini untuk beberapa peranti, secara berperingkat.

Categories
Gaya Hidup

Penyelidik Jepun Hadir Dengan Penyepit Elektrik Yang Bantu Tingkatkan Rasa Masin Pada Makanan

Penyelidik di Jepun kini membangunkan penyepit elektrik yang boleh meningkatkan rasa masin pada makanan yang mana rasa tersebut diwujudkan tanpa meletakkan atau menggunakan garam yang banyak pada makanan yang disajikan. Rasa masin diwujudkan dengan cara menggunakan rangsangan elektrik dan komputer mini yang dipakai pada gelang tangan.

Categories
Teknologi

Twitter Akan Memulakan Ujian Untuk “Edit” Tweet Pada Bulan Ini

Selepas sekian lama dinantikan, kini Twitter mengumumkan mereka sedang menguji butang sunting atau “Edit Tweet.” Ia akan membolehkan pengguna melakukan suntingan dalam tempoh sehingga 30 minit selepas ia diterbitkan. Setiap Tweet yang disunting turut akan dilabelkan, dan boleh lihat Tweet sebelum disunting.

Categories
Semasa

Malaysia Sasar 1,000 Hartawan Global Menetap Di Negara – Melalui Program Visa Premium

Program Visa Premium atau PVIP berkonsepkan Residensi Melalui Pelaburan kini diperkenalkan Malaysia, bagi menarik minat hartawan global untuk menetap dan melabur di negara. Pengenalan program melalui KDN ini memperincikan sasaran awal penyertaan peserta pada tahun pertama program ini seramai 1,000 hartawan bersama anggaran hasil negara mencapai RM200 juta dan simpanan tetap sebanyak RM1 bilion.

Categories
Sukan

Astro Siar Kesemua 64 Perlawanan Piala Dunia Qatar 2022

Kesemua 64 perlawanan di kejohanan Piala Dunia FIFA Qatar 2022 akan dapat disaksikan secara langsung oleh pelanggan Pek Sukan Astro bermula 21 November kelak. Daripada 64 perlawanan tersebut, 37 daripadanya adalah eksklusif menerusi tiga saluran khusus di Astro – dua saluran HD serta satu saluran UHD.

Categories
Teknologi

Samsung Dilaporkan Akan Buang Kabel USB-C Dalam Kotak Pembelian Telefon Pada 2023

Samsung sebelum ini sedia membuang kepala pengecas pada pembelian peranti mereka. Kini, hadir laporan baharu, mengatakan Samsung turut akan membuang kabel pengecas USB-C yang disertakan dalam kotak tidak lama lagi. Perubahan ini dijangka dilakukan pada siri Galaxy A pada 2023 kelak, dan sebahagian daripada langkah Samsung dalam mengurangkan plastik dalam pembelian.